...ASTAGA...
Wednesday, July 1, 2009
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis
yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal
dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian
gadistersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala
yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam
lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu
ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai
pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki....."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat
bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu
hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci
syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan
kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata
kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini
dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak
sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam
bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu
dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia
akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di
muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri....
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis
itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu
terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya
menjadi hitam seolah olah dibakar api.. Dua tiga orang
yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan
kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah
bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim
sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak
akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata
kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta
seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi
kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila
kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi
orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka
itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk
dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang
negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau
melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di
bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara
yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi
ini.. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan
kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR
Labels:
tazkirah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 pesanan kepada aku:
astaghfirullah,,
dahsyatnye,,
thanks afeb,,
this post is very benefit to others,,
mabruk !!
Post a Comment