Friday, May 21, 2010

citer neh aku copy paste je... bace lah... best~~
btw, thx duan...

Aisyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan kit kat, mustahil sudah ada siri baru iklan Kit kat? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah suaminya, Naudir Mohd, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Asiah, Syuhada' dan wafa'.

Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa anak2nya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Hasan dan Husin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Naudir Mohd hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur oleh keluarganya hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aisyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Julia, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

Kau mampu Naudir, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga; sokongan Zulkarnain, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aisyah.

Abang Naudir, Jue tak kisah. Jue sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Jue, Jue perlukan seseorang yang mampu memimpin Jue,Naudir masih terngiang-ngiang bicara lunak Jue.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.. Aduhai, penangan Jue gadis kelahiran Bumi di bawah bayu benar-benar menjerat hatinya.

Abang , Aisyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aisyah nak berjumpa dengan wanita tu..Naudir lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aisyah bukan seorang yang panas baran. Aisyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

Abang Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aisyah selama 1 hari saja, boleh?Naudir pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya menerima senyuman manis daripada Aisyah.

Apa, nak suruh Jue jumpa dengan isteri abang Naudir? terjegil bulat mata Jue yang berwarna hijau.
Kak Aisyah yang minta..Naudir masih lembut dia memujuk Jue.
Ãbg Naudir Biar betul, apa dia nak buat dengan Jue?
Abg Naudir,takutlah jue, silap haribulan dia bunuh Jue!terkejut Naudir Mohd.
Percayalah Jue, Aisyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham Jue tu macam mane sikapnye..

Julia mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering dimomokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Jue lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Julia.

Hari ini genap seminggu Julia bercuti seminggu. Seminggu jugalah Naudir merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Julia, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Julia pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Julia untuk ditemuduga oleh Aisyah. Sedangkan dia diminta oleh Aisyah bermunajat di Masjid Wilayah. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Wilayah.

Dulu, sebelum dia mengenali Julia, saban malam dia akan bersama dengan Aisyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca al-mathurat dan membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Julia melalaikannya. Haruman Julia memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Wilayah, dia cuba mencari dirinya, Naudir Mohd yang dulu. Naudir Mohd anak Imam Kampung Kelang. Naudir Mohd yang asyik dengan berzikir. Menitis air matanya.kemudian, setelah jam menunjukkan pukul 11.30 malam, dia pulang ke rumahnya kembali..

Walaupun telah seminggu berlalu,hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aisyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aisyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aisyah.

tut,tut,tut… sms menjengah masuk ke kantung inbox telefon bimbitnya.

"Abg Naudir, Jue minta maaf. Jue bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Jue tidak sehebat kak Aisyah. Jue perlu jadikan diri Jue sehebatnya untuk bersama abang..:-( "

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Naudir Mohd,
Suami yang tersayang…

Naudir Mohd diburu kehairanan. Sampul berwarna putih yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aisyah jalankan pada Jue. Terima kasih kerana abang membawakan Aisyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aisyah kemukakan penilaian Aisyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aisyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aisyah sayangkan abang. Aisyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, mungkin masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aisyah sayangkan abang…

2. Aisyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aisyah sayangkan abang. Aisyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aisyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aisyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aisyah sayangkan abang…

3. Aisyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aisyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aisyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aisyah sayangkan abang…

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aisyah. Kalau diungkap satu persatu, Aisyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aisyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aisyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sabah . Jika munajat abang di Masjid Wilayah tempoh hari mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Julia. Oh ya, lupa nak cakap, Julia telah berada di Sabah. Menunggu abang… Aisyah sayangkan abang… Tetapi jika abang merasakan Julia masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aisyah… Aisyah amat sayangkan abang. Tetapi, jika abang merasakan Aisyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aisyah bawakan sarapan kegemaran abang, mee goreng.. air tangan Aisyah.

Salam sayang dari isterimu,
Siti Aisyah binti Abdullah

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Siti Aisyah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Siti Aisyah, isterinya!!! !!

5 pesanan kepada aku:

Frodo Baggins said...

>>___<<


ok wa layan entry ni
wa baca sebijik sebijik. serius!


((mmm, ble jd panduan wa poligami nanti, haishhhhh .. aishah aishah.))


keh2x ... terbaik!

Lelaki Ini said...

FRODO,
ahahaha....
cri a bini name aisyah...

Frodo Baggins said...

xyah carik nama aisyah arrr
err nama lu apa?
wakakakkakakka

larixxxxxxxxxxx


>>___<<

Lelaki Ini said...

FRODO,
ahahaha...
sengal a lu der...

. nurulhidayahbtjuhari . said...

AFEB, NURUL COPY YEAY CTR NI. THANKS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...