Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang
diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada
masa itu.Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di
jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di
tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang
dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon
keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan
agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi tempat
lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki
itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat
sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit
selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki
kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.Atas rasa
tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan,
polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.Tapi
perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa
ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di
bawa ke tempat lain).Dia pun tanya perogol itu..“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:“No,you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One
on your right side and the other one was by your left side. If you were
alone of course you will be my victim.”(Tak, awak bukan
berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur
ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat
ayat Kursi yang dia baca malam itu ......
*credit to sesape je yang buat ni..aku share je..
Oh! Tidak~~
0 pesanan kepada aku:
Post a Comment