tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato
Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang
bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba..., si dia
bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang,
maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di
hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak
tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan
jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk
kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi,
angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku
balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.
Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj.
Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang
ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku
kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak
enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala
Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum
seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.”
Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak
tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri
telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak.
Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri
bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.?
“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60
dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta
awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah
senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya
dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa .
Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok
kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya.
Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin.
Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-
suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada
orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan
risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat
kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak
pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab
agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi
ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak
solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-
baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan
doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau
dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh
terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di
pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan
sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi,
jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir
sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah
mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara!
Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku
terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang!
Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia
senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini
siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat
macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap.
Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara
Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap
melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula
ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah
mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya
agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba
si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia
ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang
buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”
“tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab
Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat
istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di
katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak
pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa
kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak
bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah
sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis,
kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu
di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan
dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah
sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa
bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar
masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan
membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.
“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai
di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan
ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni
tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam,
sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai
sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak
siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang
dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah
senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman
pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya
nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi
sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi
Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.
“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah
pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin
sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.”
kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.
“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman
bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya
balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang
Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman
tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama
dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia
nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak
terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi
tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih
Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau
pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah,
rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah
ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.”
Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik
muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir
sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya
Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia
menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?”
Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat.
Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak
call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak
sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar
coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap
abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar
sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air
mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga
diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak,
saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air
matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa
sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman
ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat
tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah
dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa
berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar
tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya.
Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.”
Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang
hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta
berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya
memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan
akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan
menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk
di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di
dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak
pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut
Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak
tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang
duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang
macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?”
“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.
Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.”
Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya.
Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan
cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam
hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil
mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak
ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah
lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan
Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak
sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman
turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini
cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu
semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?”
Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu
disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia
menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa
di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke
dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti
hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak
apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah
dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan
isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok
matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik.
Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita
keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.”
Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.”
Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah
senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”
“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada
dua beg kertas
barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa
abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan
menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke
buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan
dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik
tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa
tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak.
Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan
buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar
buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku
itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan
wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan
baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah.
Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just
pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung
labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”
“superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki
yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang
jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan
yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok
hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan
sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur
lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong
perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana
tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke
bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..”
terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran,
the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang
bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-
bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu
di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah
sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up.
Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu
melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.
sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia
seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa
ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami
Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak
banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar
tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya?
ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat
Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak
stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah
nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.
“abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu
buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya
Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa
abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam,
weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er,
kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula
dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa
ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta
isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti
sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah.
Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..”
Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya
tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik
kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun
berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak
ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha?
Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.
“along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak
akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah
berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap
macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku
nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang
isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan.
Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan
hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang
masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa
dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis
tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik
adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu
sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman
terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia
tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia
memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di
atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button
hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian
itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak
senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene
tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah
susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri
yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya
mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni..
saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja
study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-
kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.
Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-
hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di
pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah
abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada
di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan
along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa.
Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang,
minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya.
YA ALLAH!
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang
haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-
tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2)
Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai
Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1)
Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman.
Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat
Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak
balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari
Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik
kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu
bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak
muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah
mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan
pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun
perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah
Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai
tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan
isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita
yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula
berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar
semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali
abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu…
sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to
voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar
melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa
dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam.
Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak
terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada
hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik.
Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka
emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di
tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah
itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu
renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat
memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir
melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah
abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat
mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu
itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah
datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan
memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.”
Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat
abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat
Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU
permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman
bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu
mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu
senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum
senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu
itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah.
Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak
jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya
hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh
Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi
sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat
wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.
Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan
untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan
daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung
kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat
atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman
memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.”
“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman
lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk
ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus
lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka
bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk.
Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi.
Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah
Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah
tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak
apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi
Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa
perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya
upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba
berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia
menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya
Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman
di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut
Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-
lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah
qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah
pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi
imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.
“..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.
“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya
yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai
berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan
Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan
hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa
memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman
menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak
minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya
ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya
untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak
ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng.
“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang
abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke
dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari
kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk
ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju
hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya
itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke
dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang
menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba
mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan
kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan
Aiman tidak bernafas dan pengsan.
********************************************
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar
suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya
beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam
mana dia boleh memegang pisau. Aiman
mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota
polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah
bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman
terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan
Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya
menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka
dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!”
Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya.
Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.
“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau
yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah
mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya!
Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU
berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa
dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika
pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya
Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran
senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap,
bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya
bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum
terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa
itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata
Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-
banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa.
Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar
kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat…..
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-
kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan
lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.
Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan
minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman
pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya.
Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman
membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir
sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar
MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar
TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu
KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum
melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..”
kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang
menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak
yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara
Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke
umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman
hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan
dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman
hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman
terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang
iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah
menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak
dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan.
Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat
nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi
katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di
atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala
isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya
Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan
terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa
mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman.
Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah
isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini.
Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah……….
Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =)
“lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang
terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..”
kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada
isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar
duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?”
Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di
gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk
setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali
ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya.
Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa
sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam
sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak
pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.
Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya
di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya
dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi
mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm,
pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar
dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama
masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia
melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.
Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang
lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah
hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah
pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir
satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap.
Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal.
Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa
sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa
tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah,
rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia
baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang
seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri
Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman
menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.”
Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu
mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu
lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah
meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya
dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak
bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia
menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung
dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
P/S: Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita
rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat.
Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati
dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih.
Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan
hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat
pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri
dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi
hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam..
Owh! TidaK~~
3 pesanan kepada aku:
cerita yg sgt menyentuh..
sedih kisah ni..ada pengajaran di sebaliknya..
power kau feb!
Post a Comment