EXPERIMEN UNTUK SUME...

Monday, July 20, 2009

ehemmm! kali ni aku ade satu mende nak kongsi dengan korang...selalunya, budak budak yang amik kos sains saja yang buat experimen kan? tapi kali ni, sume orang boleh buat! sume boleh lakukan! tak bahaye, sesuai untuk sume lapisan masyarakat. hehe..XD

TITLE : SINS

EX NO : tak ade no. hehe.XD

OBJECTIVES :


1) untuk melihat sebanyak mana anda telah lakukannya di dunia ini.

PROCEDURE :


1) Amik segelas air(gelas tersebut mesti kace) and duet kertas.
2) Letak duit ketas tadi dekat belakang gelas tadi, and catit no siri duit tersebut.
3) Pastu, amik kicap. Sebelum itu, korang ingat kembali dosa dosa korang.
4) Letak setitis untuk dosa kecik and dua titis untok dosa besar.
5) Then, amik balik duit kertas tadi and tengok no siri die balik macam cara no (2).

OBSERVATION :


aku taknak bagitau lah...kalau nak tau apa sebenarnya yang aku cuba sampai kan ni, cuba lah experimen
ni. Tapi, bagi yang sudah dapat agak, hope boleh jadi muhasabah diri untuk korang and dekat aku gak.

18 sx

Friday, July 3, 2009

Zina memang best sebab dapat bende yang puaskan kita dengan mudah. Tak perlu bersusah payah nak nikah nikah dengan tok kadi..jimat dan cepat,, macam makan kat fast food...haha...Industri penzinaan di negara kita ni makin semarak dengan kehadiran gadis gadis bergetah dan muda yang semakin ligat mencarik pasangan dan lelaki lelaki yang baru nak kenal dunia yang nafsunya tak tertahan tahan lagi akibat daripada lambakan video video porno dan cerita cerita lucah yang banyak sekali.. haha..kalo nak tengok citer blue tu tengok la, DOSA SENDIRI TANGGUNG haha,, ni tak, sampai terbawak bawak kat alam realiti padahal diorang ni tak mampu pon kahwin(dari segi zahir, batin tu dah terlebih mampu dah),, hahahahahaha...gagal lah diorang ni, ish ish, fail lah.



Lepas je laki dan pompuan ni kenal, 'cinta' pon berputik... berputik akibat gelora nafsu yang membadai dalam jiwa jiwa kosong diorang ni.. bese la, duduk umah layan citer blue,, bile nampak je pompuan, wah memang tak boleh tahan-lah.. hahaha, yang perempuan ni plak, berasa wah 'ikhlasnya dia ni' sebab layanan VIP yang diberikan lelaki itu tadi terhadapnya..mula mula kapel kapel biase je dulu,, dah sampai satu tahap dah macam laki bini dah..lalu demi 'cinta', perempuan ni sanggup melakukan apa sahaja,, hahahahaha,, termasuk berzina.... ish ish kesiannya,, dua dua kalau tak bertaubat masuk neraka lah jawabnya..hahaha,, padan muka (macam aku konpem masuk syurga je cakap org, hahahaha! tapi harap harap masuk syurga la..)



Aku walaupon tak baik sangat tapi saje je citer, kalo nak berzina dan tak tertahan tahan tu berzina la...TAPI DALAM AL_QURAN TEGASKAN JANGAN HAMPIRI ZINA (kalo berzina tu lagi lah tak boleh)... maknanya, jangan la berdua duaan di tempat yang mencurigakan, jangan pegang pegang, kalau dah suka kawin cepat cepat..tapi ape lah orang pedulik dengan Al-Quran kan? solat bende wajib pon ramai yang tinggalkan....tapi ni tak, belum tunang lagi dah sental budak perempuan tu,, dah rewang bagai, kot pandai main takpe, ni tak, buat budak perempuan tu sampai mengandung, pastu lari camtu je, kesian anak dan ibunya, dapat malu, sebab tu banyak kes bunuh diri and buang bayi, kesian aku tengok baby tu, sebab lahir daripada benih 'syaitan', pastu tak ade dosa kene bunuh.. malu ni, bukan sahaja dekat dunia tapi dekat akhirat sekali,,, adoiii...nak kata tak tahu, kalau main boleh sampai mengandung apa cer? budak yang belajar perubatan pon ramai je mengandung luar nikah.. ish ish,, tak kan la nak kata budak perubatan tak tahu benda benda gini...Sebenarnya,bukan salah ibu yang mengandung, salah bapak tak pakai kondom kan? (Kalo pakai kondom pon berdosa besar gak sebab dah berzina kan? tapi orang sekarang ni dah tak pedulik dengan dosa pahala )


...ASTAGA...

Wednesday, July 1, 2009


Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis
yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal
dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian
gadistersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala
yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam
lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu
ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai
pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki....."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat
bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu
hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci
syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan
kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata
kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini
dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak
sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam
bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu
dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia
akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di
muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri....
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis
itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu
terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya
menjadi hitam seolah olah dibakar api.. Dua tiga orang
yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan
kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah
bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim
sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak
akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata
kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta
seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi
kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila
kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi
orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka
itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk
dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang
negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau
melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di
bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara
yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi
ini.. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan
kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR

...MASYALLAH...

Aku ada terbaca kosmo hari ni, tajuk dia wanita bersalin dalam bilik air.. wanita tu pastu bunuh anak dia tu, teman lelaki wanita tu terlibat sama. Ni la akibat dua-dua laki dan perempuan bodoh sangat berkapel-kapel ni tapi tak pandai main(ye la main sampai mengandung pastu tak nak tanggung). Ni semua sebab diorang ni berzina lah kan..ish ish,,, Lelaki ni, sebenarnya mengayat perempuan sebab nak main main kan perempuan ni je,, kalo perempuan tu mengayat lelaki, perempuan tu ada something wrong lah kat dia,, may be perempuan tu dah terdesak or something like that la..So, perempuan, jangan mudah percaya kat laki ok,, melainkan lelaki ni dah ada duit nak nikah...



Aku bukan baik sangat pon nak nasihat2 nasihat orang bagai ni, tapi kalau korang bohsia, lantak korang lah kan, at least most bohsia yang aku kenal, bila diorang beranak, diorang tak bunuh anak tu,, pastu diorang ni tak cuba bunuh diri,, ye la korang pon paham paham je lah kan background bohsia ni macamana,, famili diorang pecah belah,, mak bapak tak jaga sangat diorang ni.. sebab tu diorang ni lebih tabah kalau benda benda ni jadi kat diorang.. tapi kalau budak budak yang datang dari famili yang ok, mak bapak beriman, budak budak ni educated plak,, boleh dikatakan student Crème de la crème of the year pulak, tu yang jadi kes2 kes bunuh diri tu lepas terlanjur(pastu hamil) dengan boy friend diorang, kalau tak pon diorang ni bunuh anak tu,,ish ish ish. dunia ni memang kejam..mak sendiri bunuh anak..



Belajar tinggi-tinggi pon tak guna kalau akal macam binatang..
ye lah,, budak budak macam ni mana boleh deal dengan masalah masalah macamni kan?  so diorang terpaksalah korbankan nyawa sendiri atau anak tu..takut tanggung malu lah konon kononnya, tapi sebelum tu ikut sangat perasaan,, ni sume perasan bajet cun la kot(hahaha...), bajet diminati dan bajet lelaki berhidung belang tu setia.. hahahahaha, mana ada lelaki setia,, 1 dalam sejuta je..mudah sangat perempuan ni tertipu..



Aku doa kan bohsia bohsia ni Allah bagi hidayah kat diorang, tapi laknat lah kat orang yang dah bunuh diri tu...Kalau ada boyfriend ke girlfriend ke, jangan la selalu jumpa diorang ok kalau korang rasa korang ni tak setabah bohsia-bohsia yang aku kenal. kalau boleh mintak cerai je terus kat boyfriend korang.. Takut la Allah.. azab Allah lagi pedih kat akhirat nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...