Monday, January 31, 2011

 sigh~~                                          
lame betol ditunggu
aku tak suke menunggu
tunggu buat aku buntut buntu

sigh~~
sungguh tak patut kau buat begini
bagitahu awal-awal lah kalau macam ini
tunggu kau separuh mati

sigh~~
kalau aku tahu, tak akan aku beriya-iya
nak siap cepat konon katanya
tapi habuk pun tak ada
ataupun kau berdusta?

sigh~~
adakah kau selalu begitu
sering buat orang tertunggu-tunggu
kata-katanyamu amat palsu
hanya pandai menanam tebu



hanya sekadar hiasan, i'm not a girl ok?



p/s: tak suka dengan omong kosong. it scuks ok? fugly son of witch!


SSSSSSEJUK SSSSSSESANGAT!

sejuk sampai ke dada rasenya.
huh!
nak buat ape ni? sangat-sangatlah boring rasenye hatiku ini. kalau lah dapat keluar.

tapi, itu tak mungkin.
"asal pulak", tibe2 satu suare aneh menyahut.

eee...diam lah! aku tak perlukan suara apepun. aku tengah monolog dalaman ni. isshhhh..

"owh. ok. sori-sori", berkata suare aneh tersebut.

bagus! diam itu tindakan bernas.

ok, sambung balik sebab ape tak dapat keluar. sebab hujan. sian kan aku?
tapi tak ape. ade hikmah. aku terima. kan?

p/s:- apelah jadi dekat ATOK tu ek?

LETIH SANGAT KER?!

fuhh~~
keletihan yang melampau! ok sebenarnya tak adelah letih benar.
biasa-biasa saja.

bangun pagi, mak aku dah order kat aku suruh cat kat belakang rumah tu.
"hey! cuti-cuti ni membutakan mata saja kau ini. pergilah cat belakang rumah itu", gitu mak aku cakap.

aku pun apa lagi. tanpe fikir, teros buat. SAYA YANG MENURUT PERINTAH!



dah selesai dah! tunjuk sket je, nak tengok sile datang rumah.
kombinasi hijau dan putih cream. i like!

huh! dah habes cat mesti, cat tangan lak! hehe..XD


 barang-barang yang diperlukan!


 excident ketika mengecat! berdarah-darah! terok!
tak ade lah, cat minyak untuk pintu tu tumpah! konpem mak aku mengamuk, matila~~


 eh!? ni tangan mane pulak ni? yang tadi tu..?!
owh! ni sebelah kanan, lupe pula tangan ade dua. hehe..XD



 ok! ini pintu belakang rumah. just tacap-tacap kasi nampak baru saje. hehe..XD


haish! semangat sangat sampai jari kaki pun nak cat ke?
adoyai!

huh! tak ade lah penat sangat! bukan cat sebuah rumah pun. belakang rumah saje. hehe..XD
then, kemas-kemas sikit. sapu-sapu ape yang patut.
oh oh, terima kasih tak terhingga kepada PAKCIK minyak gas yang juga membantu dalam membersihkan kembali diri aku yang dilumuri cat tuh!
thx PAKCIK!
tak sempat nak snap gambar dengan pakcik tuh! ishhh...

ok! sambung main DOTA!
oh! tidak~~

ATOK!

sigh~~
sedih, kesian, marah, nak lempang sume ade dalam hati aku.
ondaway jalan nak pegi seremban tadi, lalu depan rumah sorang atok ni. umah die memanglah tersangat uzurnya.
kesian die.

kan sekarang musim hujan. dekat tempat aku ni pulak, tak nak berhenti lansung. hujan teros meneros. menakutkan jiwa dan ragaku. eeee~~

sian kat ruamh atok tu. naik air sampai tangga rumah die. dah macam rumah atok tu jadi pulau HAWAII pula.
sian sangat-sangat.
kalau letak jerung lah dekat situ, boleh hidup kot?
hurmmm...

balik tadi, air still tak surut-surut. tak tahu lah ape nak jadi dekat atok tu sekarang.
kebajikan masyarakat tempat aku tak buat keje kah? tak tahu nak salahkan sape. huh?! salahkan aku? hey, aku pun orang tanggung. sape? la... mak bapak aku la. hehe.XD

apelah naseb orang tue tu?
nak tengok die esok lah.

PAYUNG HUJAN SAJAK

Sunday, January 30, 2011




 oh!
sangat dingin
saat berganti-ganti
minit pun berganti gak

kehadiranmu
sering ku persoalkan dengan...
bila lah kau nak blah? (jahat ek kau)

namun
bila kau tiada disisi
aku mula gelisah
hati mula gelora
badan menjadi lemah (wuih ai! jiwang eh!)

oh! tidak~~
kemana kau pergi?
mengapa saat diperlukan
kau tiada didepan mata (tadi tak ghoma..)

yess!!
sekarang kau ade dekat disisi
menemani aku dikala ku memerlukanmu (jiwang lagi..)

jap-jap
tapi kan?
agak-agak lah? bile kau nak blah! (tak baik ko ckp cmtu. jahat lah kau ni!)
sejuk sangat ni..
sudah-sudah lah tu.
esok-esok lah pulak ye HUJAN

p/s:- gambar tu tak bermaksud ape-ape. bukan juga band hujan berkolaborasi dengan aku untuk cipta sajak ni. saje-saje taruk. kasi gempak! (gempak ke? hurmm..)



MARI SINI! BARANG BAEEEK PUNYA!

hey guys!
cepat2! sini2! aku nak bagitau sesuatu ni.
ye! betol. bende ni menarik la. x caye? macam mane kau nak percaya kalau tak dengar aku citer dulu.
"yela2..ce cite ce cite..", kate seorang mamat ni.
heh! kau ingat kau dalam filem MAK LIMAH ke? sengal!

eh makcik? saya panggil "GUYS" tau. yang makcik ni sebok-sebok kenapa? sejak bile jadi pengkid?

mak cik tu kemudian mengeluarkan revolver zaman koboinya.

eh? hehe. makcik harini comel sangat. berkain batik lepas ber-BEG-kan bakul pasar pink. tak ape lah. dengar sajelah. tak "kesah" pon (sempat menganjing makcik tu walaupun nyawa dihujung tanduk..)

"la. makcik baru je nak blah. dah kau panggil balik", kata makcik tu sambil menggaru-garu bontot.

huh?! yang kat tangan tu? nak tembak tupai ke?

"bukan lah. ini pistol mainan. anak makcik tempah tadi. untuk die lah ni.", balas makcik tu dengan muke selamba.

and i was just like tuutttt..........(penulis mencarut + terdiam + tak tahu ape lagi emosi = ditipu oleh makcik berbakul)

ok. lantaklah pasal citer makcik tadi. aku nak bagitau korang satu ni. bende ni bagus gak lah untuk blogger-blogger yang flap TOP meleTOP!
nak tahu lebih lanjut sile tengok MAMAT ni.

ok itu saja. bubaibah!

AKU DULU!

Saturday, January 29, 2011

hoi! jap-jap. tolong la!
nanti dulu! jangan-jangan! ishh... jangan!
nanti dulu! ye! serius!

aku tak main-main lah! tak kan bende macam ini pon aku nak main-main.
tolonglah! jangan buat aku macam ni!

siyes lah PEROT aku sakit! bagila aku masok dulu! lagipun aku datang dulu kan? ishh.. kau ni kan.
urrgghhh!!!!



p/s:- psstt.. skang ni sesape nak pegi tandas awam, hati-hati. takot ade yang memerhati! oh! tidak~~


TERIMA KASIH DAUN SELASIH..

nak wish thx dekat mamat ni sebab tolong aku buat bende itu ini. sekarang aku dah boleh buat dah!
ahahaha!
dah tengok blog die?
die teramatlah super ya! haruslah nama blog beliao begitu.

bapak a sakai kau ni kan?haha!
aku kalau dah dapat buat something sesuatu tu, haruslah aku berasa jakun. kah kah kah kah kah dan kah sekali lagi.

baru aku perasan yang setting blog aku yang memberi masalah kepada perkara itu ini.
oh tidak! aku semakin gemar menggunakannya! ahaha!XD
okeyh! tak mahu jakun-jakin lagi. sila stop berhenti ya!
oh aku lakukannya sekali lagi.
OH! TIDAK~ ~

p/s:- tak tahulah kenap penulis begitu gediwk gedik tahap cipan makan belacan.

PASSION " SESUATU " DAN MOOD

selamat pagi!
owh! pagi yang membosankan. eh kau ni? time banyak keje membebel saja. time tak ade keje, pon membebel gak.
ahaha! macam mak nenek! ahahaha!
hey! diam lah kau! suka hati atok aku la! hahahahahahaha!

hahahaahha! (sambung gelak dan teros gelak sampai lupe, aku tengah tulis entri..)

ok2. enough! shhhh.... diam. fuhh~~
letih gelak. haih! dah lame tak gelak macam ni. kalau tak tu, muke sume serius-mius. fokus dengan esemen masing-masing. boleh kate, kalau tenung laptop tu, macam nak retak dah screen laptop tu. haha! macam2 lah!

hari ini, bermulalah hari untuk aku berlunjur segala tok nenek yang boleh dilunjur. rehat-rehatkan otak sume. malas nak pikir pasal study lagi. but just for a moment la!
sebab, aku harus prepare for the next incoming test!
OMG! aku harus study ni! tak bole memain lagi!

takpe, for today, aku nak rehat untuk satu hari ni! esok lusa tulat, baru pikir lah pasal test!
haha!
relax! nak buat sesuatu tu, mesti ade mood and passion. kalau tak, tak jadi lah sesuatu tersebut.
jadi haruslah ade both thing ni!

whatever apepon (macam lect aku punye ayat..) nak amik mood and passion tu, janganlah lame sangat sampai sesuatu tersebut tertangguh dek non oi! haha!
nanti haruslah kau sume orang ni dimarahi, ditolak markah, dibebel, diberi " kasih sayang " gune tangan, diberi " pujian " halus (ini paling akuh tak tahan! oh tidak~~) dan segala tok nenek " di " lagi lah!
haha!

orite!
akuh nak pergi menghabeskan mase aku ni dengan rehat rehat rehat dan rehat lagi!
bubaiboibah!XD

TIME ITU GOLD!

Thursday, January 27, 2011

alhamdulillah!
siap sikit keja-keja aku! tak ada lah rase tensen yang teramat macam petang tadi.
walaupun ada perasaan sedikit ketidak puasan didalam hatiku ini.
namun, aku harungi jua (ceeewahh!)

oh ya! bile syok dok buat keje yang menggunung mengalahkan EVEREST tingginye, rase lapar lah pulak! adoi!

weh! jom gerak ABRA (kedai mamak berdekatan hostel akuh..)
lapar pulak perot aku ni! yela, dengan keje yang melambak (sape suruh malas..)
tambah pula hujan. heh! pekena roti dengan teh tarik (tapi minum ais kosong je..) masyuk ni!
hehe..

ok! sat lagi kitorang turun.

........................ (tunggu dengan penuh kesabaran)

wei! cepatlah! dekat setangah jam tunggu. macam nak pegi dating la pulak lamanye bersiap. sengal!
time SOLAT tak nak pula wangi-wangi. pakai lawa-lawa. nak pergi makan je pun. haddoiyai!

itulah manusia. dengan pencipta sendiri tak mahu malu. tapi dengan orang laen malu-malu tenuk! piirahhh!
oh tidak~~

chhhooowwwww!!!!

CUKUP TAK PAHAM!

Wednesday, January 26, 2011

hadoyyai! lepas satu prob, datang lagi prob lain. dah tahu nak suruh orang buat, cakaplah awal-awal kan? betol tak? ni tidak.
dah dekat dateline barulah terhegeh-hegeh nak message "ok, saya mahu anda type ye jalan kire untuk setiap litar"

and i was just like "WTF?" sambil mulut terbuka luas (loyang buat kuih pun muat..)
arrggghhhh!!!! kenapalah mesti kau berkelakuan begitu? senang dekat kau. susah dekat kami sume! paham? grrrr!!

"salah buat tolak markah.."
"tak buat lansung 0 markah.."
"kalau buat betul tak tambah pape?!"
" tak faham, kene buat latihan banyak-banyak.."

huh?! what the HELL?! arrgghh!!!! aku memang betol-betol tak faham lah dengan kau ini. adoi!

then, kitorang pun mulalah memberi komen itu ini pasal lect ni. ngumpat then selit-selit sikit pujian-pujian yang halus (maksud die macam makan dalam la..)
ni sume nak tambahkan dosa akuh yang berbakul-bakul ni.
awak pula pantang ada gossip panasssss ni (ingat pompuan je ngumpat?)
oh tidak~~

haha! apa lah. alasan pun tak ada gune. baik buat saja. bagai lembu ditarik hidungnye. apa lah naseb!

POKOKNYA DIRI SENDIRI YA!

Tuesday, January 25, 2011

"ok. esok lepas subuh aku tak nak tidolah. nak setadi sampai tengah hari." (dialog sebelum tido semalam)
sungguh semangat memotivasikan diri ini untukmelaksanakan visi dan misi sebelom tido semalam. namun...

"wah! hujan lah lepas subuh! macam seronok je. seronok ape? untuk tidur la.. selamat tinggal dunia! kroh kroh kroh..."
hey! kate tadi nak 'setadi' sampai tengah ari. pagi pun tak jumpe, harapan lah weh!
ahahahaha!XD

sesungguhnye itulah norma kehidupan manusia. sering mengatakan boleh terhadap sesuatu, namun bila tiba masa perlaksanaannye. hampeh belaka! macam aku. oh tidak~~
tapi perkara macam ni boleh je mahu dibendung. benihnye pada diri kite.
kalau benih tu rosak, tak jadilah pokoknye. kan?

ok. mase untuk sambung misi yang tergendala tadi dek hujan yang teramatlah lebatnya. memang haruslah tido ye pada saat itu.
oh tidak~~
chhoooowww!!!

TAK SUKA LAH DENGAN KAU!

sakit la! tau x?
eeeeee!!!!! geramnyee!!!!!
nak makan, minum, gosok gigi sume tak larat! adoyai!
nyampah lah dengan kau!

BANYAK LAGI!

hurmm..banyak sangat lah keja. tak mampu sudah otak aku memikirkannya. tak bermaya jari jemari aku untuk melakar, menaip dan menulisnya. oh tidak~~

tinggalkan korang sume kejap lah! haha! padan muke! sapa suruh banyak sangat! tinggal korang sume sorang-sorang.
haih! lebih baik aku intip rumah rakan-rakan blogger aku. paling tidak pun, boleh release tensen akuh ni! haha!

ondaway nak mengintip tu, bacelah blog-blog yang power-power tu. wow! terkesima dengan diorang sume! sungguh menarik isi yang dibentangkan. sungguh indah rumah blog mereka. santek sangat-sangat. aku?
oh tidak~~

banyak lagi yang harus kau belajar. banyak lagi yang harus kau tahu. ilmu blog ni bak kate sorang blogger ni, tak pernah habes! ermmm.. ea?
entahlah!

kire blogging ni, ilmu tuhan jugak kan? so, ilmu tuhan tu banyak. tak pernah habes. manusia pun tak mampu nak belajar sume. kalau sume diorang belajar, huh!
jadi gile lah jawabnye.
akuh tak sanggup~~

jadi, aku harus tingkatkan ilmu blogging aku ni lagi. nak cube jadi sekreatif yang mungkin dalam menghasilkan karya.
namun...
mampukah aku~~
percaya pada diri, itu prinsip diri.
harus ada pada diri sendiri
kalau tidak, tak jadi.

tapi, bukan nak kejar glamour ok? no no no...
cume nak kongsi ilmu bersama-sama. kan seronok bunyinye tu kan? haha!
ok. yang penting.
jadi diri sendiri lagi bagos~

LECTURE MOTOR DAN CENDOL..

waktu sekarang 7.40 malam.

wah!
fetang yang amat memeningkan. walaupun pagi tadi tak ade kelas, tapi fetang tadi ade. adoi!
malas lah kelas time matahari atas kepala ni. yela, ngantok satu hal. panas lagi. sudahlah bilik kuliah tadi tak ade air-cond. lagilah baran aku dibuatnya! oh tidak~~

tapi, lect tadi dengan cik irma. oh! silap, PUAN. sudah kawen (melepas aku..)
agak comel. suke tengok die senyum. bile die senyum saje, teros bilik kuliah yang panas macam dalam microwave tadi jadi sedingin everest. COOL!!!! haha. hang jangan nak menggatai na! bini oghang nuh! haha.

tak ade lah! gurau-gurau saja. tak kan lah minat dekat guru sendiri (kalau lah dapat bakal bini macam beliao..)
sedang aku tumpukan sepenuh jiwa dan raga aku terhadap lecture yang diberi, prot prot prot...
perot saye mengalunkan lagu ADAM LAMBERT. " and if i had you...llalalala~~" gitu!
ah doh mak ai! lapar la pulakss. walau apa pun halangan. niat harus ku luruskan di paksi yang benar. belajar niat kerana ALLAH! itu amat penting.

habes je kelas, vrooommmmmmm!!!! aku membawa motorku sepantas yang mungkin (kura-kura pun bole kejar...) demi mendapatkan cendol kegemaranku!
cendol sayang! i datang ni!
haha!XD

okeyh! chow!

PAGI YANG DAMAI.... DAMAI KER?!

Monday, January 24, 2011

yeah! hari yang diikuti oleh pagi yang amat damai sekali!
"asal weh?", satu suare dari belakang bertanya. aku tersentak lalu berkata, "alah! seboklah kau ini. mahu tulis entri pon tidak senang."
eeee...sebok je. kan sudah hilang mood mahu tulis. grrr!!

wah! harini memang hari yang paling best dalam hari-hari yang pernah ku lalui. ermmm.. asal? haha.
sebabnya aku free pepagi ni. tak ade kelas. petang kang baru ade. hurmm.. mungkin si lect ni baik hati sangat kot?
BAIK kau kate? baik ko simpan je kate-kate tu. sebab lepas kau dengar ni, mesti kau nyesal. btol..

diorang bagi cuti kat aku pun sebab suruh siapkan segala mak nenek esemen yang die bagi tu! arggghhh!! tak ade maknenye. oh tidak~~

haha! tak mengape. kalau tak ade keje bukan pelajar lah namanye kan?
so, yang penting kite harus berusaha dan usaha dan usaha dan usaha sampai jaya! tak ade alasan kalau mahu berjaya! kan?

oh keh.. akuh nak sambung balik keje yang ditangguhkan tadi. chiuuuuwwwww!!!

SEKALI LAGI MAKAN ROJAK

keliru ku keliru,
otak ku hampir buntu,
apa yang aku mahu?
kadang ku bertanya diriku
apa yang difikiranku
mengapa terus buntu?
mindaku celaru.

haha! tetibe pula menulis sajak. haha!
ok. fine. tak best ea? kalau nak best, buat sendiri. haha. tu pun tak habes karang lagi tau. kalau full version tu, konpem awek mintak kawen mase tu jugak (aku hensem ke?)
masa sekarang lewat pagi, dalam pukul 3 pagi la camtu. huh?!
masih tak tidur lagi? kalau dulu mase kecik-kecik haruslah kamu-kamu sume tidur awalkan?
sekarang? tidak lagi.

yela, dengan esemen yang berlambak macam HARAM! urghh!! amat menyakitkan hati, otak dan for sure jari-jemari akuh yang comel ni (lempang pelahan-lahan..)
"ne no ne no (bunyi siren motor LC sape ntah..)"
woi! diam lah kau! orang lain pun ade motor juga! orang tengah cari mood nak tulis entri ni!(penulis tetibe emo..)
ok. cool beb! jangan marah-marah! ayuh kita gembira! haha!

btw, tajuk tak kena dengan entrikan? haha!




BOLA BUJUR!

Sunday, January 23, 2011

oh malam yang dingin~~
ku mula merasa mengantok! (tapi tadi da tido petang..)
pagi-pagi dah bangun. pergi jogging di TAMAN BOTANIKAL. boleh blah gak la tempat die. first time jog kat situ.

sarapan dekat MUZIUM LEBAH. nampak pula nasi lemak yang memanggil aku dari jauh!
fuhhh~~
tak tahan beb! aku pun menyahut seruan si nasi lemak tadi dengan bersemangat sekali! haha!
macam tak gune je jogging pepagi.

tengah ari bersiap for rugby game dekat STADIUM HANG TUAH. saje tengok member maen. bukan reti amen pun. suke tengok je. haha!
game ni closed melaka. so, yang maen pon, team kt MELAKA saja.



first game yang aku tengok, not bad la! game ni pukul 1.30 petang. mak ai!
osah paneh eh tu!

sementara tunggu game, panas badan dulu! sori, aku snap dari jaoh. gune enset je. hehe..XD

hah! yang ni pun same tengah paneh an badan eh! kang sibuk la cramp jari la, hidung la, mato lah..haha!XD

member aku main untuk U kitorang. bangge sket! (asal lak aku yang bangge? ermm...)

menang kalah adat lah tu kan? tapi tak ape, yang penting kite enjoy ape yang kite buat, btol?
bagus! teroskan usaha anda!

opppsss!
blom abes tuliss lagi ok? haha!
disini juga aku dipertemukan dengan seorang kawan aku yang tak pernah jumpe. just tegur dekat FB saja. haha!
what a coincidence! tak sangka la. haha! nice to meet you mate!
ok? mahu tidur sudah. esok kelas pukul 8 takot terlajak perahu pula. oh tidak~~

SHOPPING...

Saturday, January 22, 2011

haih! sudahlah belom makan, diajak pula keluar membeli barang. adoi!
hey! kau tak paham ke, perot aku sudah nyanyi lagu "akulah kekasihmu-AXL" haih! tak diapek eh!(tak dilayan..)

aku pun dengan perot yang menjerit-jerit kelaparan, ikotlah mereka-mereka pergi membeli barang-barang. tanpa tahu niat asal mereka, aku pun men-START motor aku. haih~~
keluhku.

sampai saje sane, diorang beli hotdog, fishball, cuttleball dan segala mak nenek ball lagi. diorang nak buat steamboat.
arghhh!!! dah boleh bagitau awal dah! hampeh! ermm... tak ape lah, best jugak sekali sekala try an error masak sendiri. haha!

mari membeli barang-barang!!!!!!!

WHAT A RELIEVED!

oh yess~~
baru lah dapat berlunjur segala mak nenek yang boleh dilunjurkan. letih tidak terkira rasanya tatkala disurruh kawad ditengah panas mentari yang terik lagi menerikkannya pun hadoi (nada johan..)

haha. tadi kate balik teros nak tido, tapi sempat pula nak buat entri. yela, da penat-penat macam ni, tak boleh tido pula rasenya. member seperjuangan yang lain dah nyenyak dibuai mimpi petang (mimpi ape lah tu ek? hehe..)

baik pulak si sarjen ni. dapat balik awal! agaknya, die pun penat kot? haha. norma kehidupan. manusia kalau dah buat kerja yang gune tenaga, mestilah penat. kan? kalau tido pun boleh penat, inikan kawad dekat tengah panas. mampus tak layan~~

ermm.. takpelah, aku malas nak tidolah petang-petang cenggini. mewarisi kepapaan tau. nak miskin ke? akuh tak relaa~~

petang ni cadang nak ber-JOGGING bersama teman-teman (banyak tak stamina aku? haha..) lemak-lemak akuh ni, dah saturated dah. mase untuk men-cair-kannya. oh! pompuanzz diluar sane, kalau nak cari jantan, cari macam saya. kuat stamina. wow! haha!!
ok, bacaan untuk manusia yang matang saje. budak-budak, tunggu besar baru bace. hehe.
chow cin cau!

URGGHHH!!!!

Friday, January 21, 2011

oh tidak~~
penat giler! kawad la bagai pagi-pagi tadi. petang ni nak sambung balik. adoi! tak ape, yang penting aku suke!

suke bende tu tapi, malas nak buat. ermm... boleh pula begitu? haha.
entahlah. kadang aku suke nak kawad tapi, disebabkan bende tersebut meletihkan, oh~~
teramat malaslah rasanya untuk berbuat demikian.

tak ape, yang penting kite enjoy ape yang kite suke buat tu. sebab, kalau tak enjoy nanti mood lari dan bende tersebut kite buat dengan sembrono saje. haha.

ok! dah nak siap-siap pergi untuk petang ni pula. balik kang, teros boommmm! tido!hehe..XD

ROJAK HIDUP

Sunday, January 16, 2011

dulu,
kau amat baik denganku
selalu mengambil berat tentangku
mengajarku erti persahabatan

dulu,
kau suka menyakatku
bersama rakan yang lain, menganjingku
kadang benci, kadang hepi
tapi tidak pernah aku ambil hati

dulu,
sering bermain bersama
setiap petang, aku tak lupa
gelak tawa harung bersama
lebih waktu kena denda

dulu,
tak kusangka kita setanah
kau matang
aku budak
umpama abang kau ku anggap

tapi sekarang, entahlah. macam sudah tidak serupa macam dulu. bila kau jumpa aku buat tak tahu. mungkin kita tak sekepala. kawan-kawan kau matang, aku kebudakan. mungkin itu satu alasan. tapi kadang aku pelik. kau tiba-tiba jadi baik. aku tak faham dengan kau. yang penting, aku tetap ingat kau.

*penulis sedang cuba mencipta sajak (macam rojak adalah..) tak ada kena-mengena dengan diri penulis (yeke? hehe..) ok, tak baik tipu. sebahagian je, yang lain tambah-tambah. sebab?? nak tahu?? sebabnye, blog ni aku punya. ok? hahaha!XD

membebel saja kau ni..

Tuesday, January 11, 2011

malam ni tak ade bende yang mahu dibebelkan sangat sebab tak ade bende menarik pon malam ni. cume terasa nak menulis je.

hari ini:-

1. bad luck giler sebab bangun lambat. kelas pukul 8 tapi sampai pukul 830. oklah tu kan walaupun lambat. at least aku pegi jugak kelas. dapat pula budak-budak bilik yang mandi macam seabad tak mandi. adoyai. sampai-sampai je, bukak bilik kuliah, tak ade orang. text orang, diorang cakap kelas cancel. damn! bukan nak bagi tau awal-awal. menyirap! (tapi hepi..)

2. ondaway nak balik hostel, tengok langit. alamak! janganlah masa macam ni pula. sampai traffic light, rauuuu! turun dengan lebatnya. saye hepi sekali! habeslah kuyup kuyip baju aku.

3. rase lapar la pula. berhenti dekat kedai mamak, beli rojak singapore feveret. direkemen oleh membe. saje mahu try sedap ke tak. mahu beli lebih untuk roomate. duet pula tak izinkan. takpelah, beli juga. sikit same sikit (walaupun perut tak puas makan..)

4. sambung kelas pukul 2-6 petang. huh?! mahunye tak ngantok. sume lecturer cakap, sume aku iyakan (tersengguk-sengguk..) balik solat teros tido sebentar.

5. magrib member kejut mandi then pegi makan. jumpe pula sweet couple kelas kami. owh~
wajib dikacau. kah3! (jahat lah kau ni..) lepas makan, azam mahu setadi.

6. namun, azam hanya jadi asam, setadi kemana aku pun entah mane hilang. hehe.

ermm... sudahlah, esok kelas pukul 8 lagi. tidolah! tak mahu lambat lagi. aku nak mandi awal pula esok. hehe. nite olz!

AKU, KAU DAN TOPENG.

Sunday, January 9, 2011

hey kau! tak payah nak bertopeng sangat lah! tak rase susah ke? hidup yang penoh dengan drama ini, kau tambah lagi satu watak dalam hidup kau. maksudnya kau ade dua wataklah! itu pun tak paham. memang lah kau rasa boleh bawa watak-watak itu. tapi persoalannya sampai bila? hah?! lambat laun kau akan rasa rimas juga. satu hari nanti, topeng tu akan kau musnahkan sendiri tanpa kau sedari.

memang watak yang asal dalam diri kau itu tak berapa baik sangat dan orang lain akan benci, tapi itu sume lah yang perlu dihadapi. kau kena bersedia dari sekarang. "~jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama kau kantoi juga~" (eh? menyanyi pula..)

jangan difikir apa orang kata. sebab diorang tak faham dan tak akan cuba faham. manusia ni suma same. buat baik orang kata, buat jahat lagi lah! jadi, buatlah apa-apa yang kau suka janji tak lebih batasannya. aku paham, kau rasa susah nak luahkan, namun kau harus juga. jika tidak, diri kau yang akan mudarat kelak.

ayuh! keluarlah dari penipuan kau selama ini. cuba untuk atasi ketakutan itu. kerana itu adalah yang terbaik buat kau. jangan mudah putus asa dan segan kerana jika tidak, kau akan merana. peganglah watak asal kau. jangan cuba jadi diri orang lain, kerana aku tahu kau tak mampu sebenarnya. BUKALAH TOPENG ITU SEGERA!

KE-RANJANG..

Saturday, January 8, 2011

owh pagi yang sangat dingin. nyaman dan damai saja pagi ini. semalam sudah janji dengan diri mahu main pagi. main apa? my favourite game lah.

BASKETBALL!!=)

dulu aku tak suka main petang. tak suka sukan. badan aku dulu berisi giler-giler (tp skang pon berisi gak, tapi tak macam daulu-daulu..). hadirnya kau dalam dairi hidup aku, buat aku tukar perspektif diri ini. kau aktif, pandai main sume game. buleh kate bintang juga lah masa dulu. masok-masok je skool, kau sudah aktif. tapi masa itu, aku tak heran pun. sebab baru kenal kau. aku jenis harus ditegur dahulu (pemalu juga aku ni..) tapi bila sudah rapat(maksud aku kenal..), kau dan kawan-kawan kau selalu menge-DOG aku. ouch!(gedik giler) pedih hati ini dek terguris dengan kata-kata kau. namun, aku terimanya sebagai satu gurauan saja lah. rileks sudah! yang aku nak berSENTUHan mengapa pula.

satu petang yang damai, aku plan nak tidur. time tu, baru habes prep (kelas persendirian..) kau tegur aku ajak main basketball (huh! baik pula kau ni..) aku pun follow la main. first time main, haha! macam HARAM! macam tikus kau suruh die baiki tembikai, sudah lah tidak tahu main, disuruh main pula. gelabah ketiak aku.

tapi, yang peliknya, tibe-tibe aku macam suka sangat dekat game tu. so, aku pon main lah tiap-tiap petang. tapi kau jarang main dengan aku. mungkin sebab aku tak power kot? selalu main dengan budak-budak bodoh je. haha!

nak di pendekkan cerita, sampailah F3 aku main bende yang sama. every evening asik main saja. tapi, aku tetap macam dulu. tak pandai-pandai main. satu hari, kau ajak aku turun training sebab ada tournament daerah. huh?! WTF! aku cakap aku tak pandai main la. kau kata kau yakin dengan aku. huh?! (terharu lah pula..) dengan memek muka yang kau buat, lagilah aku bertambah yakin nak join. padahal takut, malu, bimbang dan macam-macam perasaan lagilah ada. tapi, bangge tu tetap no.1 haha!

masok tournament? WTF!

ditakdirkan masok menang no. 2 ok lah tu. kau memang hebat. man of the match! kau pergi wakil daerah, aku tak. sebab aku kurang skill dari kau. haha! tapi, aku tetap bangge dengan kau. walaupun kadang-kadang rase kau ni terlalu showoff. tapi kau baik.

setat dari saat kau ajar aku main basket (BI aku fail, sori la..) aku sudah mula suka main petang. tak kira game ape pun. sume aku bedal. tapi, tak power cam kau. hehe. aku selalu ingin jadi macam kau. hebat! haha!

tapi sekarang, bila sudah besar, aku sudah tak main lagi dengan kau. maknanye, jarang main dah basket. shoot pun sudah tumpul. tapi all the moment with u, will be remembered forever. thank you MYFREN sebab kau, aku banyak berubah. kau tak perasan, tapi aku yang tahu.

now i'm playing alone without you.

kadang-kadang tengok orang main. ingat lak time main sama-sama dulu. selalu kau tegur aku sebab main macam HARAM! haha! garang weh kau.

orang kata, kawan macam guitar. kalau kau mahu terus keharmonian dalam berkawan, rajin-rajinkan diri untuk tuning guitar tu selalu ya! jangan pula jadi macam harimau tersepit. sudah tolong, kau pula di BAHAM!





API

sedang sibuk berborak dengan mereka, tibe-tibe BOOM!
huh! wuts dats?
takotnye dengan bunyi tersebut...
owh, kau ke? sudah tidak gentar lagi. dulu-dulu boleh lah kau bikin cuak pada aku. sekarang NO MORE!

snap dari jaoh! enset murah bkn DSLR atau yang sewaktu dengannye.


snap lagi satu, tak puas hati sebab bunga die tak kembag sangat.

gambar ini di-SNAP at my hostel. haha! dulu boleh la takot time kecil-kecil dulu. mase tu ade FUNFAIR. sekarang sudah suka. sudah lame tak lihat kau.

MMU!

Thursday, January 6, 2011

semalam memang hari yang best. lepas makan, dalam pukul 9.30 mala camtu ondaway mahu balik hostel, mengade-ngadekan diri lepak kat MMU jap. diorang ade buat event ape ntah dekat situ. mane tidaknya hati ini mahu kesana, dari petang hari lagi, diorang da memekak-mekak,entah ape yang dipekakkannya entah.

so, aku and konco-koncoku yang lain bergegas ke tempat kejadian untuk membelek-belek ape yang diorang sambut tu. rupe-rupenye ada event yang dipanggil....

GARDEN FESTIVAL..
opss, over pulak aku ni. cover ketiak sket.

dekat situ ada lah booth makanan, baju, lukisan, cenderahati and macam-macam lagi.
aku minat kat satu booth ni, booth lukisan

lawa tahu. warne yang digunakan itu amat menarik perhatianku. warne tu kalis air tau. HEBAT! pelukis tu cakap lah, kalau kena air takde ape-ape effect.
tak sempat nak snap yang complete edition.

then, kitorang pon meronda-rondi disekitar kawasan terbabit untuk melihat ape-ape lagi yang CAMBEST kat situ.

BAMBOO TALK? wutz dats? aku masih tertanya-tanya ape bende kat belakang tu. tak sempat mahu tanye budak-budak MMU.

semart jugak kolam buatan ni. aku paling ensem+comel. korang nak cakap camtu an? ahaha!

she is soo gojes mojes and cute. (harap-harap minah ni takde blog, kang perah santan pulak..)
minah ni buat fashion show.

mane AKU? takde pun? aku amik gamba, patut la. hah! yang ni the other contestant. yang lain dah hilang. tak dapat dikesan. so takde lah gambar mereka.

ramaikan orang? fuhh~
sesak nafas weh! time ni ade acrobatic show. IMPORT tau. CHINA MALI meh!
aku snap dari jaoh, tak sanggup bersesakan.

kami 1 MALAYSIA! dah jalan-jalan lapar and haus pula menguasai diri. naseb ade gerai makcik kopok lekor. sebab situ ramai chinese. so tak tahu halal atau tidak. so, thx to MAKCIK ni! (time ni kene tolak dengan sape entah, lansung tak smooth gambar i..)

time ni, tengah demam+pening+selesema+penyakit berjangkit sume lah. sanggup jugak pergi sebab nak sangat tahu ape yang diorang buat. balik je, aku teros BOOM!
bukan meletop tapi tidor sebab pening yang amat! esoknya pulak kelas pukul 8.00 pagi. adoyai!

NAK PERGI TAK?

Wednesday, January 5, 2011

hey kau taklimat! takminat aku!
maka, aku pon tak mahu pergi. babai taklimat yang boring~

cuak!!!!

Tuesday, January 4, 2011

dalam kelas tech com skng...  ade presentation report yang die bagi haritu...
adoi laaa.... tengah tunggu giliran aku nak bercakap ni.. pergh!!!

tunggu punye tunggu punye tunggu... AKHIRNYA...
mase aku tibe! dan aku macam... okeyh cakap je la pape...
fuhhh~~ malu die...
naaa jangan cakap laa... luruh pipi ini.. ahahaha!XD
cuak siotttt!

tapi, overall aku rase ok laaa... team member aku yang lain pun... ok laaa...
aku da tak kesah dah mase dok depan tuu.. dok cakap jeee...
ape terlintas itu yang aku keluarkan...
aduyaii....

oh! tidak~~

p/s: laprar la pulaksss~~

DAUN KELADI

ok. tajuk entri ni takde kene mengenakan. tapi, ada maksud tersirat (entah ape-ape la ko ni). just nak wish thank you very much kat GIGS sebab die wish thank kat aku sebab tolong die buat blog die (tak tolong banyak pon) sebab die yang beriya-iya nak buat sangat sebab die punya sukalah!

ok. tu je nak cakap. sila-sila la baca blog die. baru je nak buat tu. tak banyak entri lagi kot.

TERIMA KASIH DAUN KELADI

p/s:- aku suda "market" kan blog ko. so? paham-paham la. hehe..XD

WISH FOR YOU GUYS!!!

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT BALIK KE TEMPAT MASING-MASING UNTUK BERUSAHA MEMBINA KEJAYAAN YANG DIHARAPKAN OLEH KITA DAN ORANG LAIN.

ala. sebenarnya, malas nak balik la. perit sangat. balik tanpa jumpa. owh tuhan~~

RENUNGAN~~

Saturday, January 1, 2011

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol... Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Sesungguhnya segala penyakit Allah lah yang Maha Berkuasa berhak menyembuhkannya... Bi Iznillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...