Tuesday, May 25, 2010

blog... medium di mana aku, seorang insan yang lemah menggunakannya sebagai tempat kedua mengadu selepas myfren... blog, ko amat bermakna bagiku... kat sini jugalah, aku bertemu secara maya orang2 sepertiku, yang gemar 'berblog'... mereka secara tidak lansung telah memotivasikan diriku dengan hanya menggunakan perkataan2 yang disusun indah...

ya... aku amat menghargai mereka dan amat berharap mereka semua sentiasa ada dikala aku memerlukan jawapan untuk hidopku~~

Friday, May 21, 2010

citer neh aku copy paste je... bace lah... best~~
btw, thx duan...

Aisyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan kit kat, mustahil sudah ada siri baru iklan Kit kat? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah suaminya, Naudir Mohd, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Asiah, Syuhada' dan wafa'.

Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa anak2nya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Hasan dan Husin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Naudir Mohd hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur oleh keluarganya hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aisyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Julia, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

Kau mampu Naudir, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga; sokongan Zulkarnain, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aisyah.

Abang Naudir, Jue tak kisah. Jue sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Jue, Jue perlukan seseorang yang mampu memimpin Jue,Naudir masih terngiang-ngiang bicara lunak Jue.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.. Aduhai, penangan Jue gadis kelahiran Bumi di bawah bayu benar-benar menjerat hatinya.

Abang , Aisyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aisyah nak berjumpa dengan wanita tu..Naudir lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aisyah bukan seorang yang panas baran. Aisyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

Abang Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aisyah selama 1 hari saja, boleh?Naudir pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya menerima senyuman manis daripada Aisyah.

Apa, nak suruh Jue jumpa dengan isteri abang Naudir? terjegil bulat mata Jue yang berwarna hijau.
Kak Aisyah yang minta..Naudir masih lembut dia memujuk Jue.
Ãbg Naudir Biar betul, apa dia nak buat dengan Jue?
Abg Naudir,takutlah jue, silap haribulan dia bunuh Jue!terkejut Naudir Mohd.
Percayalah Jue, Aisyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham Jue tu macam mane sikapnye..

Julia mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering dimomokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Jue lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Julia.

Hari ini genap seminggu Julia bercuti seminggu. Seminggu jugalah Naudir merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Julia, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Julia pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Julia untuk ditemuduga oleh Aisyah. Sedangkan dia diminta oleh Aisyah bermunajat di Masjid Wilayah. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Wilayah.

Dulu, sebelum dia mengenali Julia, saban malam dia akan bersama dengan Aisyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca al-mathurat dan membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Julia melalaikannya. Haruman Julia memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Wilayah, dia cuba mencari dirinya, Naudir Mohd yang dulu. Naudir Mohd anak Imam Kampung Kelang. Naudir Mohd yang asyik dengan berzikir. Menitis air matanya.kemudian, setelah jam menunjukkan pukul 11.30 malam, dia pulang ke rumahnya kembali..

Walaupun telah seminggu berlalu,hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aisyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aisyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aisyah.

tut,tut,tut… sms menjengah masuk ke kantung inbox telefon bimbitnya.

"Abg Naudir, Jue minta maaf. Jue bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Jue tidak sehebat kak Aisyah. Jue perlu jadikan diri Jue sehebatnya untuk bersama abang..:-( "

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Naudir Mohd,
Suami yang tersayang…

Naudir Mohd diburu kehairanan. Sampul berwarna putih yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aisyah jalankan pada Jue. Terima kasih kerana abang membawakan Aisyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aisyah kemukakan penilaian Aisyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aisyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aisyah sayangkan abang. Aisyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, mungkin masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aisyah sayangkan abang…

2. Aisyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aisyah sayangkan abang. Aisyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aisyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aisyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aisyah sayangkan abang…

3. Aisyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aisyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aisyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aisyah sayangkan abang…

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aisyah. Kalau diungkap satu persatu, Aisyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aisyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aisyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sabah . Jika munajat abang di Masjid Wilayah tempoh hari mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Julia. Oh ya, lupa nak cakap, Julia telah berada di Sabah. Menunggu abang… Aisyah sayangkan abang… Tetapi jika abang merasakan Julia masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aisyah… Aisyah amat sayangkan abang. Tetapi, jika abang merasakan Aisyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aisyah bawakan sarapan kegemaran abang, mee goreng.. air tangan Aisyah.

Salam sayang dari isterimu,
Siti Aisyah binti Abdullah

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Siti Aisyah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Siti Aisyah, isterinya!!! !!

YEAH!!!!

Thursday, May 20, 2010

baru sahaje sebentar tadi aku berssiar2 di blog2 mmbe2 ku... tibe2 hatiku tersentuh tatkala menyinggah di satu blog neh... cam terkias2 lak post die dekat aku... die story pasal bersyukur...
memang tidak dapat dinafikan, semua manusia x akan terlepas untuk sekali merasa tidak bersyukur (erkk..cane ayat ak neh??)
btoollllll... korang sume jangan la nak tipoo diri sendiri ok?? hahaha!!! aku pun 2x5 je... bile aku bace post die sampai habes, aku kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan hidop aku di medan peperanganku ini...

so, thx a lot to dat post coz secara x sengaja memberi semangat, motivasi serta inspirasi aku untuk teros hidup dan bersyukur... aha~~

tengok, dengan pakai baju keje melompat2...
xpe, yang penting semangat!!!!





as long as u live, be gratefull....


BANTULAH AKU YA ALLAH...

Monday, May 17, 2010

walaupun aku rase dugaan ini tidaklah seberat mana, namun agak lame jugaklah aku nak terima...
ermm... ntalah, aku slaloo nasihatkan orang lain kalau dapat musibah tu bersabar, terima dengan redha, allah lebih tahu ape yang terbaik untuk hambanya... namun, bila ianya terkena sebijik2 berturut2, aku pulak yang tak boleh terima...

aku cuba untuk gunakan kata2 nasihat yang aku gunakan dekat orang lain keatas diri ini, namun...
tidak juga berjaya untuk memujuk diri dan hatiku yang lara ini... kenapa dengan aku, cakap tak serupa bikinkah? ermm... ntalah... tak tahu lah mengapa... mungkin dosa aku berbakul2 kot...
itu sudah semestinya, setiap manusia tidak akan pernah lari untuk melakukan kesilapan... btol x?

namun... aku akan cuba untuk berpegang pada kata ini "setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, kalau ada masalah jangan tunjuk tapi gelak, ketawa jangan tensen2 n banyak pikir..."

macam myfren slaloo cakap,
"CHILL LA!!!!" pastu die gelak "HAAHAHAHAAHA!!!"...

seronok je tengok die... hahaha!!! aku pun nak jadi cam die la... gelak n gelak dan tros gelak!!!!!!

I'M BACK...

Thursday, May 13, 2010

duduk2, termenung mase depan... ermm...tibe2, rase borink... ape aku nak buat neh.. huh?!
aku ade idea...

mandi, solat zuhur jap then stat motor... mak, kuar jap pegi pilah... ngeng3..(bunyi moto aku..)
ingat nak pegi pekan, tapi lesen mampus dah.. pegi dekat2 je... tengok2 kat econsave, ade x benda tu... cari, cari dan aku tros mencari...

huh?! jumpe pon... yes!!!!! aku menjerit kesukaan, xsedar dalam pasaraya... (malu jap...)
pelik je sume orang pandang aku... mampos la!!! haha!!!!

sebenarnya, aku cari board basket... tapi aku dapat beli yang murah je... lame da dowh aku x main... rindu la rasenye.. nak training shoot sampai bagus... da tumpul da aku rase shoot aku..
hehe... ok, bye~~

KEJADIAN~~

Tuesday, May 11, 2010

lampu tido ak punye mentol suda #*&%$!! (maksud die pecah..)
aduss~~

satu hal la nak beli mentol baru...terkejut gak..tetiba lak mentol tu melompat keluar dari perumah die...sek bek jatuh atas lantai, klu atas kepale aku?? huh?! ganti due2 la..
malam neh tido ngan lampu kalimantang la jawabnye...panas lak tuh..duhh~~

Di Kala Bulan Mengambang...Erk!!!!

Friday, May 7, 2010

erk...aku kene tag..ermm, thx ea HENCEK PENSEL hehe...(sje je wt slah sebut lg..)

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
What will u do if u know that your friend has been back stab on u ?
ermmm....aku neh jenis cepat marah then cepat sejuk...so, ape aku buat ??? (paham2 la ye..)

6 orang di hati anda?
6 people in your heart?
my mom, my dad, my sibling, my gurl ( belom declare lg, just kwn..tgh cube, tp ak malu...), my best fren ever ( sjak sekendri skool), 100dirisendiri.blogspot.com (assume je la bnde neh bnde idop..)

Anda rasa anda comel?
Do u think u're cute?
xkius me!!! i x comel, but t'lebey comel..(pergh!!! prasan thp cipan)

Single or taken?
single mingle pringle..bwahahaha!!! (erk?! x lawak ea?)

Blog yang anda suka?
Blog that u like?

sehatahir.blogspot.com (sebenarny banyak lagi..malas nak tulis, tengah ngantok tyme neh..)

Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Do u clean your room everyday?
yups...cam selekeh je xkemas bilik....tp kemas biasa2 jela...(copy ayat pensel kontot..)

Lagu terakhir yang anda dengar?
The last song u listening?
ape ntah tajuk lagu tu, dgr fly td...

Last text message?
bg emoticon gmba org giler kt my best fren, tp x reply pn...sedey dowh...

Last phone call?
kol alang, tny sok nk g sembn x..mao beli buku la..

Hari terakhir anda menangis?
Last day u cried?
sehari yang lepas... tgk drama.. (mke maliknor, dlm hati ada taman bai!!!)

List lima color favorite anda?
List down 5 of your favorite colours?
Hitam, Cokelat, Merah, Biru, Kelabu (sme la ngn PENSEL KONTOT, cume ak ad + pink..)

Orang terakhir anda ber-YM?
The last people chat with u in YM?
Nasha Aziz..ceh, xde la..nasha dak mtrik...

Game paling anda suka?
Your favorite game?
The Sims 3

Adakah anda peminat MCR?
Are u a fan of MCR?
Ade lagu tu suke, ada yang x bape b'kenan...

Apa perasaan anda jawab tag ni?
What do u feel when u answering this tag?
suke!!! hehe...

Anda rasa tag ini best?
Do u think this tag interesting?
Menarik jugak... (copy ayat PENSEL KONTOT balik..)

Tag lagi 10 orang
tag 10 other people
www.esoksemalam.com

www.arcx13.com

aquadila.blogspot.com

sehatahir.blogspot.com

khalifahdaie.blogspot.com

thestoryweshare.blogspot.com

PUTRAJAYA..

Tuesday, May 4, 2010

ermmm... pertama kali aku pegi PUTRJAYA... eeeee...gayatnye!!!! tu pun nak cite ke?? mampos la, blog aku!!!! haha!!!!

tempat pertama aku pegi adalah ALAMANDA.. ermm, ak nak sangat tengok tempat die camne, da tengok tu, aku rase cam, "ala...biasa je ke? kesian orang2 yang duduk kat sini.." jalan2 la kat situ, tengok kedai2 yang bes... SUNWAY lagi bes la... haha!!!!( mintak maaf penduduk PUTRAJAYA, ngeh3...)

lepas tu, aku jalan2 kat kawasan pentadbiran tu... bes la... tapi aku rase, bes pegi waktu malam je, petang2 mesti panaskan?? yela, da majoriti dekat situ bangunan je... pokok2 adela, tapi x semajor bangunan... mase malam tu, bes la, sebab banyak lampu2.. aku suke lampu banyak2 neh.. bes, cantik je malam tu dihiasi lampu2 dari bangunan2 tu..

aku pun malam tu, gayat abes la.. yela, xpenah pegi langsung...

KESIAN~~


BERDOSAKAH AKU??

Sunday, May 2, 2010

ritu, aku kuar makan... nak sangat rase makanan kat satu 'restoren' (alamak!! cane ak eja neh??)...
tengah makan2 tu, gelak2 la... besa la.. kuar makan dengan orang2 yang korg rapat, mestilah ade je cite2 lawakkan (walaupun orang lain pikir x lawak, hehe..)

argghhh!!!!! lantak pi la depa nak kata apa..memang la diorang x paham coz x satu kepala!!! (emo lak..) ok smbung balik...

sebelah meja ktorg, ade la pair of couple neh... da tua gak la, makan...(mmg a makan, name pn kat restoran..) aku neh malas la nak makan gune sudu n garfu yang betol an... ala, bukan majlis formal pon ko nak poyo2 huh!! makan je la ikot selesa... Lepas tu, diorang bole kutuk2 care kitorg makan...pergh!!!! menyirap shial!!! aku memang F**K la orang yang suke jage tepi kain orang neh.. xde la nak kate aku baik dan perfect, tapi mind ur own business la gampang!!!

mule2 aku pikir gak, "ala lex a, org tue kot..." tapi, aku neh da la jenis yang selaloo d'permainkan, korg tau x.. selaloo aku x kesah, tapi on that day, aku xtau la sebab ape aku x bole stand on it anymore!!!.. da la tyme tu aku banyak prob, pegi hangout neh pon sebab nak release tension.. aku ape lagi 'sound' baik punye kat couple yang da tua x sedar diri lagi tu.. biasalah an, bile marah naik syeikh la dibuatnye.. memang setan tyme tu la die cucuk kite...macam2 la aku kutuk couple tua tue.. aku pon lupe da ape yang aku cakap...(haha!! mmg release tension abes la..)

haha!! lawak btol... sian pn ade gak.. tapi serve them right la.. sape suruh wat palat ngan aku.. tyme tengah ade prob lak tu.. haha!!! tepat pada masenye diorg kene.. tapi, bile aku pikir2 balik.. b'dose besar lak.. da la ngn org tue, tp nak wat camne... bende da jadi... nak cari diorg ntah mane2 lak.. ermm..xpe la, ade rezeki jmpe, mnx maaf la..hehe..(^_^)

ber-ENJOY-ing...

Saturday, May 1, 2010

tadi lepak2 ngn mmbe2 aku g tgk game rugby... bes+fenin pale=x syok...
kacaw betol la pening kepale aku tadi... menganggu mood untuk ber-rugby-an la...
siot betol...

tapi, game tadi memang bes... ns vs cobra... credit to ns coz win da game!!!!
woo hoo!!! haha!!! sejak bile nta aku minat rugby... aku suke tengok je... nak men, x sampai seru lagi, hehe...

thx to all my frens... especially, him.. my best fren... u cheered me up dude...thx bro!!!! i really appreciate it!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...