kawan...

Sunday, April 15, 2012

assalamualaikum...

hidup ni memang palat, tapi esok masih ade..

gua nak bagitahu lu orang, duduk di dunia ni, jangan cepat sangat tak suke kat orang. walaupun diorang pernah bikin hati lu orang panas, tapi cube bagi peluang dan pikir positif.

sebabnye, satu hari nanti orang yang lu menyampah level sampah tu lah kemungkinan akan bantu korang tatkala berada di saat telor hujung tanduk.



p/s: think positif, be positif..errkk..kenyang~~

Oh! Tidak~~

#1 PAHANG DARUL MAKMUR

Saturday, April 14, 2012

assalamualaikum..

cuti mid-sem ni memang tidak lain dan tidak bukan akan gua penuhi dengan aktiviti bersama suksis-mate gua dan para jurulatih. aktiviti tersebut adelah camping tahunan! weeehu!

dengar je perkataan camping, gua dah seksaited giler dah. pengaliran adrenalin gua bertambah lalu menyebabkan perasaan yang dipanggil gembira dan seronok wujud.

aktivitas tersebut akan gua jalani eh telah gua jalani pada 7-13 APRIL 2012...

macam-macam aktivitas yang gua buat dan akan gua uploadkan dekat sini...tunggguuuuuu~~

p/s: proses upload akan berlaku tahun ni jugak..harap bersobar..

Menguap banyak..

Friday, April 6, 2012

assalamualaikum...

mood gua sekarang TAK BOLEH NAK LELAP!

gua tak tahu kenapa, mengapa, bagaimana, adakah, siapakah dan berbagai jenis soalan yang bermain dalam benak pemikiran gua ni. ASAL TAK BOLEH TIDO DOWH?

jap2..ni mesti sebab petang tadi lu da tido kan?

"bukan..."

ke lu tengah jiwa kacau sebab...

"salah..."

atau lu tengah lapar, perot kecamok?

"salah! eh.................sikit la."

haaaaaaaa..kan..gua dah agak dah!

"tapi tu bukan jawapan yang tepat lagi sahih!"

gua tak boleh nak lelapkan mata pinjaman ALLAH ni sebab besok ade test untuk killer subjek gua beb! stadi dah, hapai formula dah, buat soalan......errrr...aaa....sikit-sikit.
haaaaaa..ape lagi yang mengecamokkan minda gua ni? itu yang gua tak tahu sekarang!

p/s: harap soalan senang.

Oh! Tidak~~

Senyumlah ahaiiii cik mek molek~~

Thursday, April 5, 2012

assalamualaikum....

mood gua sekarang adelah jiwa kecamok..

baru sahaja sebentar tadi gua selesai dengan kelas COMMUNICATION ORGANIZATION, atau secara ringkasnya gua panggil CO.
Yelahkan, kalau orang tanye gua, senang lah. "kau kelas ape rini?" then dengan bersahaja + coolnye gua balas, "CO..."
haaaa...nampak tak permainan die kat situu? takdelah nanti gua mengidap sindrom lidah terseliuh, gara-gara nak sebut dengan spesifik dan skemanya COMMUNICATION ORGANIZATION  tu kan? kah3!

tuan punya penyampai ilmu adelah lelaki dan berlevel professor doktor madya. ke cemana nak sebut? ok, senang citer beliau ade pangkat doktor dan professor madya.

secara normalnya, manusia yang berkemahiran dengki-dengan-orang lain ni selalu membuat hipotesis dengan mengatakan "semakin berpangkat manusia semakin berlagak" dan seterusnya mengiktiraf hipotesis mereka berstatus "experimen berjaya".

godai ok bagi manusia spesis macam ni, sila berjumpe dengan gua punye lecturer ni dan gua pasti manusia spesis  cenggini akan pupus serta merta.
secara konklusinya gua nak coretkan bahawasanya lecturer gua tu masok air, lawak, paham perasaan, boleh bawak berbincang dan berilmu. beliau dalam list role model gua selepas RASULULLAH S.W.A

p/s: tapi esemen die memang banyak...

Oh! Tidak~~

letih main futsal petang tadi dengan rakan-rakan...

Wednesday, April 4, 2012


assalamualaikum...

gua tak nak membebel panjang..

tajuk entri sudah terang lagi bersuluh..

kbai.

p/s:diam!

Oh! Tidak~~

TEST...

assalamualaikum

sekarang mood gua moodless


test statistik yang senang pon lu tak boleh jawab

sekian.

p/s: mungkin masih terganggu dengan masalah lepas. kamoonnn la bro!!!

Oh! Tidak~~

BELIAU.....

Tuesday, April 3, 2012

assalamualaikum...

dikala gua tengah menaip post ni, jiwa gua sedang kacau..

gua nampak beliau masa skola menengah lagi..mase tu form 4..beliau budak baru..gua selalu gak usha beliau (tapi bukan tengok ehem ok, gua hati suci..)  tapi disebabkan persekitaran gua yang islamic environment, kengkadang gua insaf kejap.......... *gentel tasbih* lepastu...........buat balik, kah3! (dasar pervert!)

beliau gua nampak cool, sederhana, independent dan takde lah tergedik-gedik macam lain and is the type that i'm looking for <---mampos BI terabur.

gua setart mesej die lepas high skool, tak penah bebual, tetiba je mesej. die layan! itu yang penting! hehehe...hati gua setart berbunga taman astakona..mak aih! jiwang siot aku! macam jilaka!

then, makan tahun jugak, gua jadi biskut chipsmore brand DANONE yang lazat lagi mengiurkan. kejap ade, kejap takde. *sigh*
gua, ni bukan jenis yang dok suka mesej , tepon 7/25 eh? 7/24, silap..bukan maksud gua tak caring, tapi kitorang tak declare pape pon lagi, dan one thing adelah gua nak jadi kawan tapi mesra beliau.

famili gua bagitahu, kau tak payah nak couple2 bagai, rilex dulu, dah ade yang kau minat,keje bagus2,kumpul duit, teros pinang.

gua pon memang dah pikir gitu dah, walaupun adelah antara DOKTOR CINTA yang gua jumpe cakap, "kalau kau nak,usaha dapatkan,dah dapat,jaga elok2"
tapi gua jenis lain la, bukan jenis yang terburu-buru..

gua ni ibarat pemburu tahu, dah cukup masa baru tembak! bukan nampak terus nak tembak. kene aim dulu kan? hehehehe..

tapi tulah, mungkin rezeki jadi kawan saja kan? (tulah, nak sangat mintak kawan, kan dah di kabul dek TUHAN..)
tapi gua yakin, kalau die bebetol sukekan gua, gua akan dapat beliau.

ritu pon die dah HIGHLIGHTkan dalam mesej yang latest ni bahawasanya gua adelah member yang terbaik sekali..tapi serius lepas tu, gua dah rase cam nak tangkap leleh dah..(muke lejen, hati tisu dowh!)

gua akan tetap berdoa, dan terus berdoa,kalau panjang jodoh, gua akan dapat beliau..

p/s: rase diri cam bersalah pon ade jugak..

Oh! Tidak~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...