Aktivitas sepanjang minggu lepas

Thursday, January 31, 2013

assalamualaikum dan salam petang eberibodi. apa bikin petang petang gini? yang tengah baca post gua ni, konpem konpem la tengah membaca kan? hahaha (lawak hambar )

ok kali ni, gua takda nak tulis banyak, cumenya nak tulis segala aktiviti yang gua buat setat dari 25/1 sampai la 30/1 tahun duaributigabelas.


  1. 25/1 tu, pepagi lagi gua dah bangun, basuh baju, kemas rumah sewa dan memacam lagi perkara yang gua buat bagi mempercepatkan masa, sebabnya lepas solat jumaat tu gua nak berambus terus ke pilah.
  2. 26/1 bersamaan dengan hari sabtu, gua dapat invitation dari laman sesawang twidder gua dari seorang member se-Universiti gua untuk menyertai pendakian gunung angsi, ulu bendol pada pagi itu jugak. disebabkan rumah gua yang dekat gila babun tu, gua pun dengan gelojohnya bergegas ke tempat kejadian. pendakian selamat.
  3. malam 26/1 itu gua dan beberapa lagi rakan se-Sekolah gua melakukan aktiviti melepak bersama. gua rindu ke diorang senanya. karok, minum, gelak gelak, cerita cerita bende bangang, kacau budak minta derma, tengok budak setting moto dan bergerak balik.
  4. pagi 27/1 itu, dengan liat sekali gua bangun untuk bergegas ke port dickson pula. macammana gua boleh lupe aktiviti bersama keluarga gua yang telah gua sendiri rancang pun, entah gua tidak tahu. makan, mandi, borak borak, bersilat, kutuk uncle jual eskrem, kacau makcik tengah mengurut dan macam macam lagi.
  5. malam 27/1 itu, gua pergi melawat paksu yang kebetulan berbulan madu dekat tiara beach resort. kitorang pon dengan nakalnya, menyerbu bilik hotel diorang yang dah penuh macam sardin tu. lagi sardin kuasa lapanlah jadi die!
  6. selesai menjadi nakal, gua dari port dickson terus shoot ke Banting, Selangor. lepak lepak saja rumah along gua. lama jugaktak lepak sana. makan as-salam, beli bunga, sakat anak buah, kacau anak burung.
  7. malam 28/1 baru gerak ke rumah pilah. penat die takyah cakaplah. peh peh peh....
  8. petang 29/1 lepak rumah alang dekat seremban. saja saja. mak aku tak sabar sabar nak jumpa si aqil. rindu katanya. makan cekur, kari ayam, roti jala, tutit fruti, lepak mamak azhar maju. malam tu balik.
fuhhhhhhhh~~ berpeluh jugak dahi aku nak mengingat balik apa aktivitas yang berlaku sepanjang minggu lepas... dah dah, engko orang nak baca, baca lah. aku nak tido. penat otak aku. kesian die.

p/s: terubat kerinduan aku ke mereka mereka yang aku sayang

Oh! Tidak~~

chel.............shit!

Monday, January 21, 2013

assalamualaikum dan salam tengah malam..

gua takde banyak cite ini hari, cumanya gua tengah riang sebabnya lab gua dapat A-, dan selama ber-lab dekat UTeM ni, jarang jaranglah kata orang tu nak jumpa A-, selalu B+ saja. gua tak tahulah mana silap tapi alhamdulillah...

keduanya, gua sedang duaorang dekat umah sewa ni sejak habis exam itu hari, rumate gua ada kursus dan gua pula sebok menjalani aktiviti SUKSIS. ya! dalam tiga tahun bersama SUKSIS ni, kalau engko jenis manja dan nak bau ketiak mak bapak saja, hentikan niat nak masuk SUKSIS. cuti kau harus dileburkan hanya untuknya. aku tak kisah, sebab kalau cuti, menonggok duduk rumah tanpa berbuat apa apa, adalah boring dan aku bakal meninggal sambil mulut berbuih sebab keboringannya yang tahap tak dapat dibendung lagi.

ketiganya, ermm.. dah habis cerita, tak ada cerita yang bes. bye~ ehhhh, jap jap, kepada kipas-susah mati chelsea dan arsenal, sori kalau engko terasa dengan TERMA kelab engkorang ni.

p/s: CHELSHIT menang  lawan ARSENGAL. gua tak sokong mana mana pon, baik cari duit dari bagi duit                   dekat mamak mamak yang hemsem hemsem tu.kbai

Oh! Tidak~~

Hepi Morning!

Sunday, January 13, 2013

assalamualaikum dan salam pagi ahad semua! apa cer hujung minggu? apa bikin? gua habiskan masa dengan meniduri diri saja. kamonnn..hujung minggu citer die sekarang. apa boleh buat. haha.

ok, memandangkan  jarang jarang gua update blog, dan jarang jarang jugak update time siang siang cenggini, pagi pagi subuh lak tu. haaaaaa....eh, takdelah subuh sangat, dah cerah dah tu kat luar nuuuu...saja nak bikin gempak je..kehkehkeh..

takda apa sangat yang gua nak bincamgkan, cuma sesaja nak hapdet blog kasi haptudet sikit. amboi, gedik kemain kan ayat. lantakkkk~~

round round sekitar blog para pem-blogger tadi, macam macam cerita gua baca. dari pasal #KL121 lah, skmm hapdet list hensetlah, tukar perabot barulah, exam lah. macam macam..nasib takde yang hapdet, "aku baru lepas melabur (dibaca: buang air besar) " kalau takkkkk, basah laptop gua ni dek muntah. adoiiii~~ selekeh beb! jangan gitu ok? no no no...

jadi, hidup dekat dunia ni ibarat atas pentas drama. kita sebagai pelakon drama kita sendiri. kita yang akan dikomen oleh "para penonton" kita dan sendiri tanggung apa bakal terjadi dengan "lakonan" kita. silap langkah merana anggota badan woi!

ok tu je, bai.

Oh Tidak~~

p/s: matilah paper mikro-p aku tu....aduiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...