nak nak nak!

Saturday, February 26, 2011

tidakkkkk! hujannnnn.... tak dapat pegi pc fair... huwaaaaaa......
ahhhh! lautan api sangup ku redah, inikan pula hujan lebat (padahal renyai-renyai...)
ceeewahhhhh...

start motor... jalan jugak. REDAHHH SAJE GENG! yeehaaaaa!
mula-mula tu macam ok lagi la kan. hujan biasa je. lalalalalala~~~ tak cuak pun..
sekali....

ghauuuu! hujan turun dengan lebatnya. wow! saye suke baju saye basah.. huwaaaaa....
jangan lah. pleaseeee... nanti malu la i nak masok mitc tu... baju basahh... segan u... auuuwwwww.. (gedik..)

arghhhhh! baju basah, nampak badan.. rambut pun basah... perghh! bayangkan aku mase tu. HENSEM kan? kan? ahahaha!  takde maknenye...

ronda-ronda disitu sambil usha-usha barang laptop sume, speaker, mouse, keyboard bla bla bla....

"eh!? kau jangan mengada-ngada nak perabes duit beli benda yang tak patut...", marah suare asing.

yela-yela.. tak beli la....


p/s: nak beli dslr... please.... sapa nak support!

huhuhuhu hujannnn....

Friday, February 25, 2011

adoyai.. caner ni? aaaa..... cane nak balik hostel ni? adoi... hujan pulak dah~~
cane nak balik? lebat pulak tu.. perot da lapar ni.. huwaaaaa....

feb.. relax-relax cool okeyh. KITE REDAH SAJE!!!!
yeehhhaaaaaa!

check-check motor, stereng ok.. eh? handle la.. oh! ok. sit? ade.. tayar? tak pancit ok..
minyak? minyak! minyaakkkkkk! alamak! masalah minyak lagi. hadoyai... ok-ok..

sejarah telah berrulang. KLIK> sini

geng! konvoi g petronas.. ok? chanteekkkkk!

fulamak! ramai betolllll! banyaknyer motor! beribu ribu ribu lemonnnn.... sapa ni? tengok no plat, cam orang perak je..
tanye jap. muke tak malu kan? hehe...
ooo... betol  la. budak-budak perak. geng-geng pemuda umno. siap konvoi tu. semangat pilihanraya betol diorang ni. bagus-bagus...

dah isi minyak? ok! calowww!


p/s: kate nak isi minyak penoh sebelum ni..

jangan jangan jangan....

sudah diberitahu, namun kau tetap berdegil.. sudah dihalang namun kau tetap melakukannya..
sudah dinasihatkan, namun kau tetap dengan pendirian kau..

grrr.. penat lah camni.. aku kate jangan, janganlah.. jangan buat lagi.. jangan ambik lagi.. sudah-sudah lah tu!
tapi, kau cakap kubur lain-lain.. kau jage kubur kau aku jage kubur aku..

aku doakan kau bahagia..

oh! tidak~~

balun kfc sat...

Thursday, February 24, 2011

harap-harap kau selamat disana. pergilah. biar doaku mengiringimu kesana. kenangan kita biarlah menjadi memori yang tak mungkin dilupakan.

ecehhh... berjiwang-jiweng pula. waaaaa!!! takde la.. baru saja balik dari mc, hantar member kedah aku balik tadi. die nak balik buat ape ntah.

hah!? tak tau mc tu ape? nak tau? nak? sila tanye orang melaka okeyh. haha...
mc tu MELAKA SENTRAL. tempat manusia-manusia di melaka ni naik bas. hah. ada paham? bagus...
aik?! asal 'SENTRAL' tu mula dengan 'S' bukan 'C'..
hah.. manelah aku nak taukan.. kalau nak jugak sila tanye atok ali rustam.

sebelum tu, pekena la KFC jap. dah lama tekak aku ni mengidam nak makan ayam tu. haish! kesitu pulak korang ni. bukannye tekak aku mengandung. haha!XD

ermm... semoga ko selamat sampai okeyh.. bye~~

dan bus yang membawanya pun pergi... ceewahh.. cam tulis novel pulak(ntah ape la yang aku melalut ni..)


p/s: pernah naik bus, then tertinggal laptop dalam tu.. kalau tak, takdelah BENDA ni lagi... sigh~~

oh! tidak~~

noob lah aku ni~~

ok! hari ini memang teramat syoknye. ingat tadi nak tido sepanjang masa petang ni, tapi ada la sekor mamat ni ajak aku men SOFTBALL...

huh! gamaknya aku ikut juga. dalam hati macam, aaaaaalah! malas nyeeeee.... aku letih laaa.....(gedik-gedik..)

sampi je macam malu-malu. yelah, kat situ sumenya budak-budak senior. cam segan je. hehehe...

"eh! kau tau pulak erri segan?", sindir suare asing.

eeeeee..... sebok lah kau ni suare asing. gi main jauh-jauh laaaaaa....

hah! aku pun ape lagi. tebalkan muke, pegi gak main walaupun tak tau cane nak main. takpe, tak tahu diorang ajar kan? kan? kan? ermmmm....

ape-ape pun, first day aku main ermmmmm.... boleh gak la. namepun noob. hehehe..
tapi tadi eksiden kat lutut. kene bola. hehe...
adussss~~


p/s: lepas ni ade game friendly. patut join tak? patut tak? hah? ermmm....


oh! tidak~~

apehal tu?!

kesiannye lah... balik mkn tengahari tadi, aku nampak budak-budak kelas aku kumpul depan gate hostel.
asal ek. ade pape ke? terdetik kat hati...

YA ALLAH! (muke terkejut macam cipan kena sontot..)

member aku eksiden. kesiaan....
tapi tak adelah terok sangat. cam.. aa.. ok la. die masih bernafas la. bole joget-joget bagai..

syukur... aku ingat apelah tadi. naseb la tak ade pape.


p/s: ingat lagi mase daulu-daulu eksiden dalam longkang. pasal tengok minah ni. haha.. malu i tau!


oh! tidak~~

jom buat projek. sangap lah!

Wednesday, February 23, 2011

grrrr... setelah dihempap dengan pelbagai test, kuiz, assingment, tibe lagi satu bala yang dilemparkan kepada aku. eh?! dan juga kawan-kawan aku....
hehe..

oh oh! tapi, kali ni macam syok sikit la kan sebab ade reward. ingat dekat blog je dapat reward ke? hehe
(bile la aku nak dapat reward blog ni...)

ok. kitorang telah didesak oleh pakcik digital kitorang untuk membuat satu mini projek pasal LOGIC GATES. kene cipta satu system gate untuk sebuah industri makanan!
wow! macam projek besar saje.

huh?! tak paham? nak tau? sila masok engineering okeyh. i tak kuasa nak terangkan bende ni sebab.....
jeng3!

takpe lah, nanti tanye budak-budak engineering okeyh!



 oh! sungguh rajin ye. bincang ape tu bang oi!


 heh! sekerat saje kepala kau SADAM. sian...


hah! tulis cepat...
nanti bole dapat reward tu.
hehe..(tak ikhlas sungguh perangai kau..)


oh ya! pasal reward tu. nanti pemenangnye dapat pergi ke satu pusat industri makanan dekat area MELAKA saja. kedekut lah kau UTeM! buat lah jauh-jauh sikit. baru semangat! hehe..(demand lah kau afeb oi!..)

doakan team kitorang menang okeyh!


p/s: apelah result test digit aku ritu? ermm...


oh! tidak~~


minyak oh! minyak~~

ahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahhaahaha!

"hoi! giler ea? gelak sensorang?", mara suare asing

haha! lawak giler 'suare asing'. kau tak tau. hah...

"asal weh?",tnye si suare asing

tadi.. time jogging... aku naik bukit beruang. fuhh~~ tinggi giler aku cakap kau...
haruslah berasa fenatss okeyh!

"aaaaaalah. tak lawak pon...", si suare asing cakap

sabar ler. belom abes citer. potong betol kau ni. ok, sambung balik...
ondaway nak mem-BALIK-kan diri ke hostel, sekali motor aku tak bole start da.
minyak habesss~~

"jap jap. ko da buat lawak belom ni?", perli si suare asing

...................................(sambil buat gaye sentap..)

p/s: lepas ni, aku nak isi full saja minyak motor aku. HARAM betol! malu i tau...


oh! tidak~~

BUDU? KUNOLAH KAU NI!!

Tuesday, February 22, 2011




Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadikajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabu
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Sumber dari: FB member...

p/s: patut la oghe panta timur bijok2 blako...

oh! tidak~~

ANOTHER HISTORY?!

"weh, kuiz math masok chapter brape?"

..........................

"weh, aku tnye kau ni"

.......................(sambil garu bontot..)


ala.... tak tahu pun ade kuiz petang ni. asal tak ade sape-sape inform aku? grrrr...

"tulah. sapa suruh hang tak pi kelas."

hurrmmmm...

p/s: sejarah semalam pasti datang kembali. matilah.....


oh! tidak~~

BACE BANYAK, ILMU BERTAMBAH....

jemput-jemput semua..
hah! makcik-macik, kakak-kakak, abg-abg...

mari-mari.. saya ade barang baeeekkkk!! punye.

best ni. rugi tak KLIK> sini

orang yang macam maner?

AKTIF or PASIF?

mane satu korang suke? kalau aku. mestilah aktif kan. kalau tanye  budak tadika pon diorang tau. eh.. betol..
konpem... budak-budak zaman sekarang ni kan lebih maju kehadapan.

bende dua ekor n teramatlah banyak bezanya. dan sudah tentu banyak kelebihan dan juga kelemahan.

senang citer, kite amik contoh binatang manusia lah. kalau orang yang mengajar, kriteria yang mana satu jadi pujaan hatimu?
konpem yang aktif punye.

sebab die?
jeng3..
yang aktif ni bla bla bla... dan yang pasif ni lak bla bla bla.... (malas nak citer sebab korang dah dapat agak..)

p/s: aku suke dekat lect tech com tadi. semangat giler care penyampaian beliao. FULL OF ENERGY gitu!


oh! tidak~~

SIYES KE NI?!

tengah duduk-duduk sambil usha-usha blog ni, nampak lak rumate aku bukak satu video.

cerita die cani....

"hah! ce citer ce citer..."

sabar lah wahai suare asing.

video tu pasal sekor harimau bintang ni tangkap sekor monyet betina. monyet tu lak tengah ondaway nak bersalin.

lepas monyet betine tu mati digigit, kemudian rimau tu jinjing ler monyet tu balik port die.

dengan kuase ALLAh, anak monyet yang ondaway nak lihat dunia tu, keluar dari perot monyet betina yang da meninggal mati tu.

korang nak tau ape jadi kat anak monyet yang baru lahir tu?

hah! dengan izin yang MAHA ESA, rimau bintang tu dengan perasaan serba-salahnye, jage lah anak monyet terbabit.

percaya? tak? percayalah....



rimau: sedapnye bau daging kau...

oh! tidak~~


p/s: haiwan pon tau berkasih sayang sesama haiwan. manusia? lu pikir la sendiri....

NOMBOR OH DIGIT! PART 2..

Monday, February 21, 2011

ehemm.. bak sikit jawapan.

"eh! kang lect tu nmpak, MAMPOS!"

ala.. lek a.

hah! tu la yang berlaku dekat orang yang tak ready pape, teros amik test. tak senang duduk jadinye. pandang sane sini. adoi!

tapi takpe. rasenye tadi overall, ok kot. KOT? maksudnye?

"tak ok lah tu"

eh! diam la kau suare asing.

p/s: agak-agak, apelah naseb paper DIGIT aku ek? ermm...



oh! tidak~~

NOMBOR OH DIGIT!

huh?! eh?.. ala...

takpe layan saja..

test test test.. adoi pening la cani. malam ni test digit. so, layanzz~~

kalaulah test itu hanya nombor-nombor saja. ala... macam tadika daulu-daulu. isi tempat kosong. lepas 1 ape.. hah! gitu.





persediaan? ala... ritu dah stadi sikit-sikit. jadilah kan? hehe..

oh digit! aku menghadapi kau dengan ape yang aku ada sahaja tanpa persediaan yang rapi pada malam ini.

oh! tidak~~

SAYA SUDAH, ANDA?

habes je para calon ber-MANIFESTO semalam, tiba lah giliran para pengundi pula untuk menunaikan tanggungjawab mereka..

ya! aku pun tak mahu terlepas peluang untuk sama-sama merasa tanggungjawab tersebut (lagipon masok SMP..)

habes saja kelas aku tengahari tadi, teros gerak dengan semangat giler. walaupun perot aku ni da menyanyi lagu RIHANNA dah.
laparrr~~


undi zaman siber. gune komputer. takyah susah-susah nak kire undi. SENANG CEPAT TERATUR.

urusetia yang setia dengan kerja mereka, padahal berborak saja.. (habes la kalau diorang baca... matila~~)

tak sempat nak snap gambar-gambar lain lah. yela, orang ramai. nak kene undi cepat-cepat. lagipon aku dah LAPAR!!


p/s: tepat ke pilihan aku tadi ek? ermmm...

oh! tidak~~

UNDILAH SAYA!

Sunday, February 20, 2011


balik saje dari memenuhkan perot tadi, tiba-tiba....

penuh kat gate hostel tu dengan lautan manusia yang maha banyaknye.

buat ape tu? o00o... pilihanraye rupenye... untuk wakil pelajar UTeM.

bagus lah tu, selain memberi keyakinan membebel dikhayalak ramai, dapat tengok bakat kepimpinan diorang.

aku? tukang snap-snap saja. tak minat sangat lah. hehe..XD





chinese pon turut serta. bese la 1 MALAYSIA...

semangat uh! tengok tu. siap buat sepanduk. WOW!

 antara calon yang berjantina JANTAN.

 yang ni hok tino. KAUM HAWA pun bersemangat! yeah!

 semangat betol mamat ni..

AKTIVITI HUJUNG MINGGU?

@jogging

@sarapan

@basuh baju

@mandi

aktiviti hujung minggu ni. name je hujung minggu, tapi takyah lah korang sume tido satu hari. bangun pagi-pagi keluarkan peluh. 
lagi best. betol tak BRO?

oh oh oh.. btw sini ade ermmm... something useful. meh sini meh. jenguk-jenguk sikit la..

LOVE U GUYS!


 bermain dengan anak-anak...


sampai ade yang tak mau balik...


tunggu lagi...

dan lagi....

our parents is the best! they want the ONLY BEST THING for us. jangan da besar sok derhaka la pulakss..
oh! tidak~~

KEMBALI!

Saturday, February 19, 2011

yeah! sekian lama tidak kawad.

sekali kawad tadi cam haram da.

but never mine. I LIKE IT! TRULY LIKE IT DAMN MUCH! i mean it!

tapi...

PAHAM? TAK? BAGUS...

ok kalau common base emitter camni camni camni...

ok? paham? bagus..

kalau rc-couple lak, camtu camtu camtu...

paham?! bagus. bagus sangat kamu ni, cepat paham. (bangge kejap aku..)

****************************************

DIDALAM DEWAN PEKSE

errr....

aaaaa....

errmmmm....

alaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tak dapat buat la!!!!!!!

huwaaaaaa!!!!

p/s: lain kali, kalau tak paham buat care tak paham ok?! ape khabar test aku ek?

oh! tidak~~

RIGHT HERE BEBEH!

Friday, February 18, 2011

hak3!

gelak guling-guling macam shin chan. comel kan?

now i'm in tech com class. wow! super duper mega borink la.

take this chance to write something. haha. i'll not wasting my time with this borink subject. better to post something haha..

ok2! come here everybody! look what i have here! KLIK> sini

eceh! mentang-mentang kelas bi, speaking pulak dahhh...
ntah etol ntah tidak. matilah kalau lect aku bace ni

oh! tidak~~

PRAY! THX!

test test test...

bla bla bla..

borink...

pray for my success...

HOMAIGOD!! PART 3

Thursday, February 17, 2011

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

to be coninued lagi?! arghh!!!

dah abesss dah la... hehe..

HATI~~

kenapa?

why?

limaza?

sedih sayu sebak

bercampur baur dalam hati

aku ade buat salah ke? haha!

kenapa aku gelak? hepi? bukan... sebab aku tau aku tak dan tak pernah buat salah (maksum siaa kau..)

lantaklah. itu hak kau kan? sebok je aku ni.

oh! tidak~~

HOMAIGOD!!

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

petikan akhbar..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

btw, copy paste dari FB ni.
                               

to be continued.....

HOMAIGOD!! PART 2

Wednesday, February 16, 2011

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu    segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

to be continued...

MATI~~~

sesungguhnya benda yang palimg hampir dengan kamu didunia ini adalah mati.
jadi, marilah kalian semua mengingati mati.

RASULULLLAH ingat 21 kali mati dalam sehari (sile betolkan jikan salah..)
ceewah.. cam ustaz tak? kui3..

okeyh! stop merapu, mari dengar ceramah dekat ustaz ni KLIK> sini

mai mai mai..

oh!tidak~~

SINI SINI SINI!!

suriram suriram ram ram... suriram yang manis.. aduhai suuuriram sayang makin dipandang bertam...~~

"hoi! diam lah. sudah lah suara seperti anak katak!"

errr... sori ler..

hai! mood tengah nak nyanyi ni kacau saja.

hehe. best kan suara aku? huh! tak best?! grrrr... haha!XD

kali ni aku nak buat entri khas untuk mamat minah ni sebab buat entri untuk aku. eh? err... entah lah.
tapi dalam tu die banyak mention my name okeyh!

haruslah aku berasa terharu...
oh!tidak~~

malas cakap banyak lets cekidaout yaww! KLIK> sini

CEPAT!!!!

"'febbbbb.. pegi stadi feb"

ala... tadi petang dah fenatss stadi tau.

"tu kau stado."

eh? lain eh.

hehe. aku telah dileterkan oleh rumate aku. die suruh aku stadi. yelah, asyik berjalan-jalan, kacau-kacau orang.

yela. nak stadi lah ni.

oh! tidak~~

PLEASE!

jom tolong aku buat kerja-kerja yang bertangguh ni!

mai mai mai!

hadui! macam-macam nak setelkan. test test test...

lalalala~~ baik aku layan lagu melda, PUTUS dulu..

oh! btw, lagu tu diperkenalkan oleh si chantek manis ni

thx juga pada brader ni. kalau tak, aku tak kenal minah ni dan juga lagu yang bes ni. hehe.XD

papai!

EHEM..

Tuesday, February 15, 2011

fenatss yang teramatss. (banyaknye 's')

baru saja balik dari klebang.

wow! sangat ramai ye orang! hurmm... buat ape? haha. sebok je nak tau. ade lah!

haha. tak ade lah, saja melepak bersama rakan tersayang. yelah, asyik mengadap buku saja.(yeke? bkn ngadap muke buku?)

macam-macam orang ada kat situ. MALAYSIA lah katekan. 1 MALAYSIA! (tibe..)

lepak-lepak kat situ best juga. ada orang men 'layang-layang' (hoi! lucah la kau ni.)

bukan layang-layang 'tu' lah!


yang ni hah! ishh..lucu lah korang ni.

then solat, makan, BALIK untuk stado study.

ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU



BEN ASHAARI

oh oh oh! sini sini sini.
HEY! dekat sinilah.

for noob in blog world saja~~
aku noob eh? 
alaaaa.....

"hey! kau ingat kau femes amous ka?"

ehehe...

mau info lebih? KLIK> SINI

BERARAK!

on the way balik dari kampus tadi, lalu la depan satu skool ni.
ape ek name skool tu? errrr... hurrmmm... aaaa... arrgghh!! lupe!

takpe lah, hah! sebenarnya, skool yang dimaksudkan tadi ade buat perarakan sempena maulud nabi ni.

hurmmm... tibe-tibe sahaja. hatiku yang gagah umpama besi keluli ini sayu. teringat akan skool aku dulu.
kalau lah aku masih disitu.

3 hari sebelum tu. dah siap-siap dah. cari pekakas untuk buat banner, hiasan dekat baju melayu, bunga manggar.
oh! tidak~~
haruslah aku yang paling excited dalam aras tu. nak-nak pulak malam last.
tak habes-habes tacap sane sini. yelah! nak menang! hehe..

eh! tak adelah. buat ikhlas. sume untuk ingat pada buah hati kite, MUHAMMAD BIN ABDULLAH.

namun, tu dah jadi kenangan dah~~

klik> sini

SELAWAT KEATAS BAGINDA!

Monday, February 14, 2011

helloooO!!!!! rakyat bumi sekalian!

kalian sihat harini?

cik kera? cukup makan? pakcik gajah, kurus nampak harini?

errrr... cik rimau? monyok je rini? buruan tak masyuk?

hehe.. kesian korang ek.

oh oh! lupe lak, just nak wish SALAM MAULUD NABI!


before that, jom! ikut sama-sama!


hurmm... senangkan, spend tak sampai beberapa minit, da dpt pahala. nak lebih? bace banyak dengan IKHLAS!



bkn sekadar wish ye! ade tazkirah yang terselit tuuuu~~
read by heart!

KAWEN.

hai sume makhluk BUMI!

sudah lame tidak post entri.

minggu ini penat sekali.

melayan orang2 datang rumah ku ini

sebab ape, korang nak tau ke ni?

sebab kat rumah aku ade kenduri

tersangatlah penat sampai lupe pada blog kuini

hilang penat baru la ingat kembali

owh! rupe2nye blog aku yang ini ?!

p/s:- tunggu kemunculan gambar2 sebagai bukti. tau da ade yang tak caye. oh!tidak~~

PANDAINYER~~~

Friday, February 11, 2011

Question:  Prove that (2/10)=2

  1.  The Art Student: "This is out of syllabus!"
  2. The Commerce Student: "This is wrong"
  3. The Medical Student: "It is strange, how it is possible?"
  4. The Engineering Student: "It is so Easy!"
                                    (2/10)
                                 =Two / Ten
'T is common, So      =wo / en

Now,
'W' is the 23rd letter and 'O' is 15th;

Similarly,
'E' is 5th and 'N' is 14th.

                     Hence,  (wo / en) = (23+15)/(5+4)
                                              = (38/19)
                                              = 2

Engineers are never worried for the
What is the answer.
                        
They will only ask:
Which answer you want...

"That is ME ENGINEER!"

PERCUBAAN PERTAMA~~


Percubaan Pertama



sumpah entri mamat ni terbaik!

sedey giler weh!

oh! btw, die pun bace ni dekat entri orang lain.

sila klik >sini

TOLONG PART 2

ok.

test tadi berjalan dengan lancar.

sume dapat jawab namun...

tak tahulah betol atau tak?

ermm... lantaklah! tawakal saja.

oh!tidak~~

TOLONG!

Thursday, February 10, 2011

haish~~

malam ni test mate kejut!

terkejut-kejut la aku malam ni menjawabnye.

do pray for me and my frenz ok?

thx!XD

oh! tidak~~

TAZKIRAH HARI INI

Pada suatu ketika apabila Nabi Muhammad s.a.w. sampai ke masjid untuk mendirikan solat, Baginda s.a.w. dapati beberapa orang sahabat sedang gelak ketawa. Baginda s.a.w. berkata: "Kalau kamu selalu mengingati maut sudah tentu aku tidak mendapati kamu semua dalam keadaan demikian. Pada setiap masa kamu hidup kamu mesti mengingati maut. Setiap waktu tanah perkuburan memekik mengatakan: 'Aku ini merupakan semak samun. Aku dipenuhi dengan debu. Aku ini penuh dengan serangga.
                       
Apabila seorang mukmin dikebumikan didalamnya, bumi berkata 'Aku ucapkan selamat datang kepada mu. Diantara manusia yang bertebaran atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Baik sungguh hatimu kerana mahu memasuki ku. Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan hatimu'.
                       
Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang. Sebuah pintu syurga terbuka dihadapannya. Melalui pintu inilah bau-bauan yang semarak harumnya menyusupi lubang hidungnya.
                       
Tetapi apabila seorang yang jahat dimasukkan kedalamnya, bumi akan berkata: ''Tidak ada kata alu-aluan buatmu. Diantara manusia yang hidup didunia, engkaulah yang paling aku benci. Sekarang lihatlah layanan aku terhadapmu'.
                       
Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang-tulang rusuknya saling bertikam tikaman dan berselisih antara satu sama lain. Sebanyak tujuh puluh ekor ular akan mematuknya sehingga hari kiamat. Ular-ular ini terlalu berbisa hinggakan kalau seekor sahaja menyemburkan bisanya dipermukaan bumi maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w berkata: "Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka."
                        

"Sifat takut kepada Allah s.w.t. pasti terdapat pada manusia yang benar-benar beriman. Sifat takut ini dapat diwujudkan dan dipupuk  sehingga ia tumbuh dengan suburnya kalau kita dalam kehidupan kita sehari-hari dapat mengingati akan MATI !!"

Wallahu alam..

oh! tidak~~

CONGRATE LAH YE!

Tuesday, February 8, 2011

tahniah tahniah tahniah dan tahniah sekali!

"kat sape weh?"

eee... kau lagi suare asing? tak ade orang lain ke? adoyai...

huh! ok. abaikan si suare asing tu. die memang penyibuk tetap kat sini.

ok! tahniah aku ucapkan, bukan pada aku namun pada si budak ni!

nak tau? tak payah lah.
nak jugak? alah... tak payah lah. sibuk je tau.
nak jugak? ok, nak sangatkan? klik sini

oh! tidak~~
tahniah tahniah tahniah dan tahniah sekali!

"kat sape weh?"

eee... kau lagi suare asing? tak ade orang lain ke? adoyai...

huh! ok. abaikan si suare asing tu. die memang penyibuk tetap kat sini.

ok! tahniah aku ucapkan, bukan pada aku namun pada si budak ni!

nak tau? tak payah lah.
nak jugak? alah... tak payah lah. sibuk je tau.
nak jugak? ok, nak sangatkan? klik sini

oh! tidak~~

BANGGE SEKALI LAGI!

Monday, February 7, 2011

hey kau! asyik bangge saje. sudah-sudah lah!

"lantaklah... bluerrkkk"

kau ingat kau comel sangatkah? muke cam hape hentah.

"yelah..."

alaaa... sentap? hahaha!XD


ok! sudah mule merapu kerapu. saje nak bangge ni. tak pernah join segmen brader. first time join. teros terpacak nama kat dalam blogger brader ni! OMG!


 ni hah!

hahaha! sekali lagi aku bangge kerana name aku terlekat disini.
oh! tidak~~




"eleh.. kalau top 50 takpelah nak menunjuk-nunjuk."


hey suare asing! aku bukan nak menunjuk la. just appreciate je. then aku buat entri. hehe.XD

oh oh! klik sini.

ULAR SAWA?! YEKE??

korang penah makan ikan sembilan sembilang? tak? penah?
hurmm.. ade yang penah. ade yang tak. ade gak yang, "ala.. nak try tapi... TAKUT!"

dan juga, "eee.. tak suke lah makan ikan tu. GELI !"

penah gak dengar, "sian ikan tu. cuba korang kena sembelih then dimakan. Oh! sangat kesian" (laaa hai! baiknye anak orang ni.. )

tak kurang juga, "eeeuuuwww.. macam ular lah! SERAMMM!" (gedik tahap nak makan penerajang..)

harus macam ULAR kalau korang jumpa yang sifat fizikal die macam ni!





HAH!? Apo macam? ado bran? maun?

kenapa? tak percaya dengan ke-GIGANTIC-kan makhluk tuhan ni? bandingkan dengan yang ini.




oh! tidak~~
memang tersangatlah besarnye makhluk tuhan ni.



ok. yang ni view die macam chantek sikit! 
kan?
huh?! tak ea?
ok..(touching la plak..)

sume ni part kepala die. yang badan sudah dimakan. nape tak makan kepala ni?
kalau korang pun tak lalu nak makan.
oh! tidak~~


p/s: ada yang terzekut terkejut dan berlari macam masuk acara sprinter 100m time nak tangkap ikan ni. sampai demam. hehe..XD

DUH~~

sigh~~
dah balik MELAKA sudah.
mula untuk menyeksa membelajarkan diri.

hey kau! jangan malas ok?
harus rajinkan diri.
kate nak berjaya.

huh? ok la. rajin la ni. hehe.XD

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Sunday, February 6, 2011

BEN ASHAARI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA 
SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

jom la join reramai wahai kalian sumer!

MAJULAH BLOG UNTUK abg BEN OH?! SILAP-SILAP...

MAJULAH UNTUK.... UNTUK...UNTUK... ERMMM.. ARGHHH!!! APE-APE JELAH!
hehe..XD

berminat? klik sini. eh?! sini lah. bukan-bukan, kat sini. takpelah kat sinilah. hehe.XD

JIHAD!

wow!
pemgalaman yang pastinye tak dapat aku lupe sampai bile-bile.
kalaulah aku dapat turut serta.
pasti diriku berasa bangge
yelah, dapat merasai pengalaman jihad bersama.
sape je yang tak suke?

thx DAUS!
nice entri dude!

DUIT SERINGGIT?! SERIUSLY?

Saturday, February 5, 2011




pelbagai cara lah korang ni kan?
sungguh bijak korang ni kan?
bagi aku bijak MENIPU saja!

namun, aku still tak pasti sama ada benda ini kebetulan atau memang sengaja je diorang ni.

korang tengok and nilai sendiri lah ye!

ROCK ON GUYS!

sedang berjalan-jalan menuju ke Tesco seremban 2, radio memainkan pelbagai lagu-lagu yang amat menarik perhatian aku.

terdetik di hati untuk mendengarnye sekali lagi. namun... radiokan? camner nak main semula. lainlah kalau beli cd.
alah! beli cd mahal nak mampus.
oh ye! baik donload. lupe pule pada kemudahan internet. LEMBAPLAH KAU NI!

wah! harini hari men-DONLOAD sedunia! (bagi aku sahaja lah..)

sudah lame tak dengar radio, tak tahu lagu-lagu baru yang cam BEST keudara.

JOM DENGAR LAGU BARU!

macam ni lah kalau dah GILE LAGU!

p/s:- penah dengar orang mampus sebab dengar lagu?

KAN SUDAH DI MARAHI~~

Pada suatu ketika apabila Nabi Muhammad s.a.w. sampai kemasjid untuk mendirikan solat, Baginda s.a.w. dapati beberapa orang sahabat sedang gelak ketawa. Baginda s.a.w. berkata: "Kalau kamu selalu mengingati maut sudah tentu aku tidak mendapati kamu semua dalam keadaan demikian. Pada setiap masa kamu hidup kamu mesti mengingati maut. Setiap waktu tanah perkuburan memekik mengatakan: 'Aku ini merupakan semak samun. Aku dipenuhi dengan debu. Aku ini penuh dengan serangga.
                       
Apabila seorang mukmin dikebumikan didalamnya, bumi berkata 'Aku ucapkan selamat datang kepada mu. Diantara manusia yang bertebaran atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Baik sungguh hatimu kerana mahu memasuki ku. Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan hatimu'.
                       
Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang. Sebuah pintu syurga terbuka dihadapannya. Melalui pintu inilah bau-bauan yang semarak harumnya menyusupi lubang hidungnya.
                       
Tetapi apabila seorang yang jahat dimasukkan kedalamnya, bumi akan berkata: ''Tidak ada kata alu-aluan buatmu. Diantara manusia yang hidup didunia, engkaulah yang paling aku benci. Sekarang lihatlah layanan aku terhadapmu'.
                       
Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang-tulang rusuknya saling bertikam tikaman dan berselisih antara satu sama lain. Sebanyak tujuh puluh ekor ular akan mematuknya sehingga hari kiamat. Ular-ular ini terlalu berbisa hinggakan kalau seekor sahaja menyemburkan bisanya dipermukaan bumi maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh. Kemudian Nbi Muhammad s.a.w berkata: "Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka."
                        
Sifat takut kepada Allah s.w.t. pasti terdapat pada manusia yang benar-benar beriman. Sifat takut ini dapat diwujudkan dan dipupuk  sehingga ia tumbuh dengan suburnya kalau kita dalam kehidupan kita sehari-hari dapat mengingati akan MATI !!!

Wallahu alam..


p/s: cerita ini aku bace dekat FB la. learn by ur heart ok?



MUNGKINKAH?!

malam yang tenang ........
...................(blur) 
argghhhh!!! tak tahu nak tulis pe.

malam ni, family members aku datang. so, tak ade lah hari-hari aku dengan orang yang biasa aku jumpe saja kan?
dapatlah jumpe setelah sekian lama tak jumpe balik (minggu lepas baru lepak umah diorang..)
tesangatlah hepinya hariku~~

ok. sekarang ni rumah aku suda macam pasar tani. BISING yang teramat sangat.
dengan yang si pompuannye berborak "aritu aku pegi shopping mall ni..." bla bla bla citer pasal die beli itu la ini la.

yang si laki pula tak kurangnye. gelak bagai tak hengat dah itu rumah sape. haha!

"biarlah. sekali sekala. bukannye selalo", berkata suare asing itu.

tau la! saje je aku. sebok lah kau suare asing. 

tapi adakah ini semua akan selalu begini. aku gemarkan suasana yang hiruk pikuk seperti ini. tersangatlah selesanya bila begini.
adakah mereka sume akan teros dengan fi'il mereka ini.
aku akan terkenang lalu rindu suasana ini pada masa akan datang.

oh! tuhan. andakah ini akan berulang?!

SYOK!

Friday, February 4, 2011

"oh! what i really like about CNY is there soo many fireworks!
almost every single part of my 'taman' , chinese play it.
the fireworks look gorgeous."

matilah BI aku terabor~~

"yang kau gatal2 cakap BI asal?", suare asing itu berkata.

ala... orang saje nak try (nada ala-ala pelacur gitu..)


p/s: bess giler dapat tengok bunga api yang lawa tadi!

BETUL!

hahahahaha! bagi aku gelak dulu.
hahahahahahaahahaha!
ahahaha... eh!? tak puas lagi? hah. gelak lagi! ahahahahahahahahahaha!!

ok cukup dulu. kang sambung gelak balik ok.  fuhh~~
letih mulutss akuh nih. gelak saja.

oh ya! aku tengah bangge sekarang ni. hehe.
nak tau? ala... tak payah lah. nak jugak tau? bukan best sangat pun... nak jugak?
oklah. aku citer.

AKU BANGGE SEBAB TUAN RUMAH NI ADD AKU DEKAT FB.
oh! tidak~~

DAN AKU JUGA DAH JOIN KELAB BRADER TUH!
sape tak join lagi, join cepat!

"eleh! tak best pun citer kau", satu suara asing berkumandang

eh! suare asing! aku nak kau jangan nak sebok-sebok dekat sini lagi tau. dah banyak entri kau menyibuk.
eeee... sebok je! huh!

lagipun, aku suke blog brader ni sebab best. macam-macam die cerite. banyak segmen die buat. aku tak pernah join pon, sekadar baca je yang orang lain buat. KELAKAR BETOL LAH!
kalian (perkataan yang member aku gune, pinjam sat naa..) yang kate tak best tu, itu hak kalian la kan. tak kan aku nak pakse kalian sume suke jugak.

malas nak layan~~

oh ya! nak tunjuk bukti sikit la. kang kalian sume tak caye.

 huh! nampak tu! die ACCEPT tau.
bangge sket.



aku sudah join. KALIAN sume bagaimana?
lepas tu, gedik-gedik sikit capub blog aku.
hehe.XD


oh!tidak~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...