JAM BUMI

Saturday, March 31, 2012

assalamualaikum....

hepi earth hour!


ok gua tahu light graffiti yang ni tak berapa nak jadi..................ok memang tak jadi pun!

tulisan pada gamba itu adelah "EARTH HOUR"

special thanks to UNGKU FARIS, my best roomate because willing to be my model for this light graffiti. (sebenarnya gua pakse!)

p/s: hati gua masih sayu

Oh! Tidak~~

Babun Bercinta

assalamualaikum...

cinta? eh, cantik sikit ayat lu. lu orang ingat gua taip post gune kata ganti nama diri 'gua' jadi gua hati batu lah? HAHAHAHA..silap besar disitu..

gua ni boleh diklasifikasikan sebagai manusia hati taman muke lejen tahu. ok sila muntah.

*Scene lain*

yeaaaa! dapat mash potatoes kfc dari member.


*Sambung balik tulis post*

untungnya dapat mash potatoes ni..eh? lupe plak nak sambung cite. ok, gua cume nak coretkan kat sini bahawasanya DALAM SESEBUAH RELATIONSHIP TU ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN, MASING-MASING HARUS AKTIF BUKAN PASIF.

ok, paham eh?

lu orang menyesal sebab tak aktif dalam perhubungan tu. lu orang tunggu dan tunggu dan tunggu dannnnnnnnnnnnnn.... terus tunggu dengan harapan si dia akan make the first move.

kamonnnnnnnn! be a gentleman lah!

p/s: dengan harapan si dia baca post ni walau ku tahu dia dah tutup blog dia.

Oh! Tidak~~

Hujan Hujan Hujan

Thursday, March 29, 2012

Assalamualaikum....

Jiwa gua ini hari meronta-ronta malas ke kelas. Pelbagai cara gua aplikasikan bagi membuang sifat negetif ni namun ia berakhir dengan kejayaan si napsu menguasai diri tuannya..dem!

Jap, ni sape tuan kepada sape ni haaa...eiiii aku la kan...


p/s: hidup berajakan napsu itu hancur

Oh! Tidak~~

Fuuuuuuyooooooooooooo!

assalamualaikum...

dan saya macam oh em geeeeeeee. <---- translate ke BI, cenggini bunyi die:-

"and i was like, oh my godddddd!"
cume pronounciation tu kene gedik ala-ala minah KL la. <--- ini racist

HAHA..ok2, maap maap maap..gua mintak maaf kalau sesape terasa. tapi macam, who cares? 
gua nak bangge diri sikit ni, nak citer sikit..

"ape-ape? ce cite-ce cite", suare asing menyampuk.

eiiii..aku lah kan..ko ni suare asing, mane gua ade, situ jugak lu nak bersemak, eh menyemak.

"k....",suare asing berlalu pergi.

bagus.

ok, gua terus-terang jelah, malas nak taip berpuluh juta ratus perkataan, sebenarnya gua nak tunjuk ni haaa..abaikan followers tuu...

tadaaaaaa!!!!


bangga kan kan kan? muahahahahaahaha! bloggers lejen tahu. tak? kuaja.
bagi gua diorang lejen dar segi penyampaian. siyes. try la singgah teratak diorang ni haaa..

KLIK PERKATAAN BAWAH NI KALAU NAK KENAL LEBIH...





p/s:lepas ni konpem gua kene kutuk sebab cara gua. tak goyang la beb!

Oh! Tidak~~





Ade Otak? Pikir la..

assalamualaikum..

orang lain pikir masalah kau, tapi kau tak pikir msalah kau sendiri. macam mane gamaknye tu?

susahkan dapat manusia akal letak dekat bontot. nak pikir je, kentut. nak pikir je kentut. eh?

gua bukan pencemuh peribadi sesape tapi, manusia-manusia begini sila berhenti jadi orang dan mohon jadi haiwan. bro, haiwan pun bole pikir sikit-sikit tahu?

p/s: kata-kata pedas bak masak lemak cili api orang nismilan ni harap tafsir dulu, baru komen.

#WORDLESS WEDNESDAY

Wednesday, March 28, 2012

assalamualaikum..

err..camner ejaan WEDNESDAY sebenarnya? WET-NESDAY ke? ok, abaikan..

ni adelah wordless wednesday gua yang tersulung buat abad ini. gua tak tahu macam mana hati, jantung, hempedu, paru-paru serta semua organ dalaman gua ni mampu bermesyuarat lalu hasut gua supaya buat segmen gini. segmen? bukan.....lantaklah...

umum sedia maklum, wordless wednesday ni secara kasarnye menyuruh bloggers seluruh pelusuk alam ni letak gambar dan tanpe diorang taip pape, hanye pembaca taat saja yang akan komen maksud tersirat serta tersurat gambar tersebut. sekian


p/s: weeeeehuuuuuu..

Oh! Tidak~~

Lu Ingat Gua Budak Lagi?

Monday, March 26, 2012

assalamualaikum..

ok2..ni pehal garang sangat ni..datang bulan ke hape? HAHA!

ok, ni bukan sebab pasal datang bulan ke hape ke, tapi yang gua nak cakap coretkan kat sini adelah mengenai spam komen yang entah dari celah bedah mane ntah datang, bagi ayat-ayat manis bagai suruh gua buat itu ini sume untuk dapatkan lebih follower.

Dear Spammers,
    nak gua tekankan dekat sini bahawasanya gua tak hadap pon follower belambak macam pengembala kambing. yang gua mahukan adalah followers yang setia dengan blog hina gua ni. kalau follower belambak, post lu orang orang komen sebesar zarah pon habuk tarak, simpan je blog lu orang dalam plastik sampah, campak kat laut. takyah tengok blog sesape, tengok gua punye je, HAHA.. (kutuk diri sendiri nampak..)
gua tahu, lu spammers bagi virus tu. ingat gua bebudak ke?

yang penting, bak kate abang BEN kualiti, bukan kuantiti..tapi gua masih mencari dan membuat agar blog gua berkualiti..camner ek? HAHA!

p/s: setandan pisang, belom tentu semuanya elok dan tak semua busuk.

Oh! Tidak~~

Seribu Sesalan

assalamualaikum..

manusia ni kan, hidop die ade kitaran macam ni:-

Dengki--> Tak puas hati---> Balas dendam---> Puas---> Menyesal--->Dengki

dan selepas DENGKI tu akan ulang balik cycle kat atas tadi tu. gua pon manusia, dan gua pon ade hasad dengki. jadi jangan ingat diri tu baik. gua coretkan ni berdasarkan pengalaman. dan pengalaman mengajar gua untuk cube hijrah ke lebih baik. umat islam akan cemerlang kalau die amalkan matlamat "hari ini lebih baik dari semalam"

BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN...

Sunday, March 25, 2012

BEN ASHAARI 


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu MALAYSIA dan salam-menyalam..ok abaikan yang lastu..

dalam saat gua tengah berpesbuk, abg ben ade post dekat kelab die pasal segmen ni la..eh? segmen ke? ntah..jadi gua dengan cool dan machonye join lah..

ok! selamat datang kepada lu orang ke teratak buruk lagi hina gua ni. gua tak saspek sesape untuk singgah mahupon tahu pon pasal blog ni, tapi kalau ade ALHAMDULILLAH..lu orang semua teramat-amat lah dialu-alukan..kedatangan lu orang semua gua dahulukan dengan ucapan trimassssssss! (wahh! macam ayat dalam kad jemput kawin lak...)

p/s: nak join? klik je banner blog abg ben kat atas tuuuu...

Oh! Tidak~~

Terima Kasih Daun Ketum

Eh? Tajuk post ni gua penah buat tak? *cek post lame* Ok!belom cek...malas nak tengok..ok lantak.. Post ni khas buat kipas-susah-mati gua di luar sana sama ada hidup atau yang sudah meninggal. Thanks a lot guys! Tanpa lu orang, gua takde blog ni (tacing cam nohorom!) p/s: tapi ade ke? Oh! Tidak~~

LAGU K-PORK? layan jela...

assalamualaikum..

k-pork? ok, gua admit memang macam menganjing sikit tajuk post gua kali ni. ok bukan sikit, banyak dan sudah tentunya gua akan dikutuk selepas peminat kipas-susah-mati k-pork sekelian alam baca post ni. tapi masalahnya, memang takde orang yang bace, jadi gua tak kesah lah, HAHAHAHAHAHAHAHA! (gelak over-limit..)

gua telah dipilih sebagai vokalis utama band dekat malaysia yang lansung tak terkenal dekat muka bumi malaysia ni. diorang telah memilih lagu yang bertajuk AOZORA NO NAMIDA yang dipopularkan oleh band dekat negara terbit matahari nun di JEPUN sana iaitu HITOMI TAKAHASHI. alah, lagu tema BLOOD + tu...tak tahu? gua pun, baru je tahu.

ok, sebenarnya ni bukan lagu k-pork, ni lagu anime. gua saja je nak bakar lain kipas-susah-meninggal k-pork seluruh semesta semua, HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! (over-limit lagi...)

bagi insan yang tak tahu dan nak tahu, sebelom kene sindrom paru-paru semput, sila

>>KLIK SINI<<

p/s: berusaha untuk menghapal, walau tak faham satu hapak pon.

Oh! Tidak~~

YSS

Saturday, March 24, 2012

assalamualaikum..

rabu ritu, gua bersama 100 lebih budak UTeM yang lain telah menglibatkan diri secara relanya ke suatu event  yang diberi nama PELANCARAN YAYASAN SUKARELAWAN SISWA. secara rela tu tipu je. ade sebab pegi. pegi sebab nak makan free, hehe...
event ni berlansung di UiTM SHAH ALAM dan disertai oleh lebih 10 riban ribu siswa-siswi dari pelbagai IPTA dan IPTS seluruh malaysia. wahhh! bunyi cam gempak kan? haruslah gempak kalau dah PM MALAYSIA, Dato' Seri Najib yang hadir dan rasmikan.

gua tak sempat nak amik gambar beliau sebab malas sebab ramai orang sebab gua tak suka berasak-asak sebab gua cool.. ok abaikan yang last tu. 

di sana, objektif utama gua terlaksana, iaitu makan free dengan PM lagi tu, lu orang hado? HAHA sila jeles.




dan juga gua dapat benda alah ni kat sana-->










tak spesial mane pon bagi lu orang diluar sana, tapi amat bermakna bagi gua. gua pon tak pasti fungsi utama yayasan ni ditubuhkan, tapi yang gua dapat tangkap yayasan ni mesti untuk sukarelawan yang membantu orang lain dan organisasi ni perlukan orang yang hensem dan cool macam gua, itu konpem HAHAHAHAHA! (perah the santan betol!)

p/s: tolong-menolong amalan suci lagi murni.

Oh! Tidak~~

Berdosakah Aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"busuk giler mamat ni, tak pakai dedoran ke?"

"nak main game, buat cara main game, perangai tu kasi cantek sikit"

"lu dengan babi takde beza lansung"

statement-statement diatas tu biasa gua dengar dan tak dinafikan gua juga pernah bercakap sedemikian. tapi, tak seterok ayat-ayat kat atas tu, cume sipi-sipi je. tapi siyes, gua kengkadang kesian dengan beliau ni.

beliau ni, se-classmate dengan gua dan beliau ni sebenarnya ok je, cume ade certain perangai dan bau yang kurang enak selalu menjadi perdebatan dan medium untuk membahan sering berlaku. gua tak nafikan, manusia yang bergender lelaki yang aktif mengeluarkan peluh yang banyak. ya, itu kajian saintifik gua yang latest, tapi sekurang-kurangnya, adalah keinginan nak kurangkan bau babi tu. ni tidak, orang dah semis-semis pon tak paham lagi. nak kene cakap dengan kaki baru ada akal ke?

masalah kedua, beliau ni mempunyai sifat yang kalau cakap tu nak berlagak je. dem! ni gua yakin, lu orang kat lua sana mesti tak berapa minat dengan spesis pesen gini kan? kan? kan? 

huh! gua dah agak dah. <-- ayat berlagak giler.

tak tahu nak cakap dengan die macam mana lagi. nak sembur habis kang, basah pulak kang. haaaaa.. camne ek?

p/s: gua bukan golongan yang suci lagi murni, tapi sekurang-kurangnya gua terima pendapat orang lain.

Oh! Tidak


Sombong Nak Meninggal...

salam tengah malam, salam sejahtera, assalamualaikum, salam satu malaysia dan salam-menyalam.

HAHAHAHA <--- member gua tengah gelak tengok running man.

ok, abaikan keadaan kat atas tu, memang selalu dah jadi tetiap hari. plug in earphone, then tetiba je gelak ditengah-tengah kesunyian. memang pemecah kesunyian betul lah member aku ni.

ok straight to the point, gua nak bagitahu yang manusia yang bergelar femes-amous ni, janganlah lu orang anggap berlagak, ujub, kekwat, takabbur dan pelbagai lagi sifat yang sewaktu serta se-level denganya. Secara majoritinya, hipotesis lu orang yang tak diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran tu amat bertepatan, namun diantara kumpulan majoriti itu ade golongan minoriti yang mampu menggugurkan hipotesis tak diiktiraf tu.

Kalau lu orang ade belajar statistik lah kan, dibawah tajuk sample distribution, korang pasti paham ape yang aku cakapkan.....ok.....sebenarnya takde kene mengena pun, tapi ade lah sikit (mule dah merapu..)

sebagai contoh, legend-legend bloggers kite macam BEN ASHAARI, BRO FRAMESTONE, UJANG (warikh tak berapo nak warikh...) diorang ok je.
takdelah sombong mane pon. gua tegor diorang kat FESBUK n TWITTER balas je, (most of the several timelah)

takdelah, maksud gua tu, cube positif sikit, mane tahu diorang sibuk kan? 
ni tak, bile tak berbalas sume nak panas hati, kutuk lepas tu fitnah. kan dah dapat dose free. kesian insan-insan tu.

p/s: nak bertegur-sapa tu biar kene tempat dan masanya

Oh! Tidak~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...