SERABUT!

Thursday, August 20, 2009

so, this incoming fasting month, aku suda buat masterplan dah...
pergh!!!! bunyi cam gempaq jek kan? hehehe...

Bulan yang paling aku tunggu tunggu (poyo je..) BULAN PUASA...tapi, aku sebenanya ada tugas. nak kene sedia kan makanan time MORIH. ermm...nak suruh makcik kafe buat makanan ape ek? ramai ke turun nanti? camne kalau tak habes? arghh!!!! kusut pale otak aku....tak ape lah. nanti lah aku urus kan..

chioooowwww!!!!


SEMANGAT SEMULA...

Saturday, August 1, 2009

ermm...suda lame sangat tak post entri neh...sebenanys, tak tau lah nak post entri ape...sebab sume hari2 aku, takde yang best pon...sume yang same...lebey2 lagi tyme cuti neh bangun, makan, solat(ada gak tinggal), then tido...neh suda habes cuti dah...nak balek mtr3x da...so!!! i suppose to make new resolution after diz long holidays...aku nak belajar a sungguh2...a ah, ye a tu sgt "BERSUGGUH-SUGGUH" sebelum neh aku ada gak buat..bole kte tiap2 hari la...tapi, tak menjadi pon...owh god!!! help me...give me strenght to make this happen...ermm...takpe2...ushe tangge kejayaan kan? aku nak cube banyak kali lah...yela, bukannya buat due tige kali suda jadi teros...mesti buat banyak2...betol tak?


kalau korang tengok orang buat experiment pon, banyak kali kan? hehehe...saje jek nak sedap kan hati...tapi, betol lah.
.
.
.
satu lagi, aku akan kerap gak post new entri untok blog aku...so, sesape yang slalo singgah teratak aku (ade ke? haha!), bole lah bace  apa aku buat tiap2 hari.

last but not least, hope korang doa kan aku and my other members untok berjaye dalam hidop neh...thx!XD

EXPERIMEN UNTUK SUME...

Monday, July 20, 2009

ehemmm! kali ni aku ade satu mende nak kongsi dengan korang...selalunya, budak budak yang amik kos sains saja yang buat experimen kan? tapi kali ni, sume orang boleh buat! sume boleh lakukan! tak bahaye, sesuai untuk sume lapisan masyarakat. hehe..XD

TITLE : SINS

EX NO : tak ade no. hehe.XD

OBJECTIVES :


1) untuk melihat sebanyak mana anda telah lakukannya di dunia ini.

PROCEDURE :


1) Amik segelas air(gelas tersebut mesti kace) and duet kertas.
2) Letak duit ketas tadi dekat belakang gelas tadi, and catit no siri duit tersebut.
3) Pastu, amik kicap. Sebelum itu, korang ingat kembali dosa dosa korang.
4) Letak setitis untuk dosa kecik and dua titis untok dosa besar.
5) Then, amik balik duit kertas tadi and tengok no siri die balik macam cara no (2).

OBSERVATION :


aku taknak bagitau lah...kalau nak tau apa sebenarnya yang aku cuba sampai kan ni, cuba lah experimen
ni. Tapi, bagi yang sudah dapat agak, hope boleh jadi muhasabah diri untuk korang and dekat aku gak.

18 sx

Friday, July 3, 2009

Zina memang best sebab dapat bende yang puaskan kita dengan mudah. Tak perlu bersusah payah nak nikah nikah dengan tok kadi..jimat dan cepat,, macam makan kat fast food...haha...Industri penzinaan di negara kita ni makin semarak dengan kehadiran gadis gadis bergetah dan muda yang semakin ligat mencarik pasangan dan lelaki lelaki yang baru nak kenal dunia yang nafsunya tak tertahan tahan lagi akibat daripada lambakan video video porno dan cerita cerita lucah yang banyak sekali.. haha..kalo nak tengok citer blue tu tengok la, DOSA SENDIRI TANGGUNG haha,, ni tak, sampai terbawak bawak kat alam realiti padahal diorang ni tak mampu pon kahwin(dari segi zahir, batin tu dah terlebih mampu dah),, hahahahahaha...gagal lah diorang ni, ish ish, fail lah.



Lepas je laki dan pompuan ni kenal, 'cinta' pon berputik... berputik akibat gelora nafsu yang membadai dalam jiwa jiwa kosong diorang ni.. bese la, duduk umah layan citer blue,, bile nampak je pompuan, wah memang tak boleh tahan-lah.. hahaha, yang perempuan ni plak, berasa wah 'ikhlasnya dia ni' sebab layanan VIP yang diberikan lelaki itu tadi terhadapnya..mula mula kapel kapel biase je dulu,, dah sampai satu tahap dah macam laki bini dah..lalu demi 'cinta', perempuan ni sanggup melakukan apa sahaja,, hahahahaha,, termasuk berzina.... ish ish kesiannya,, dua dua kalau tak bertaubat masuk neraka lah jawabnya..hahaha,, padan muka (macam aku konpem masuk syurga je cakap org, hahahaha! tapi harap harap masuk syurga la..)



Aku walaupon tak baik sangat tapi saje je citer, kalo nak berzina dan tak tertahan tahan tu berzina la...TAPI DALAM AL_QURAN TEGASKAN JANGAN HAMPIRI ZINA (kalo berzina tu lagi lah tak boleh)... maknanya, jangan la berdua duaan di tempat yang mencurigakan, jangan pegang pegang, kalau dah suka kawin cepat cepat..tapi ape lah orang pedulik dengan Al-Quran kan? solat bende wajib pon ramai yang tinggalkan....tapi ni tak, belum tunang lagi dah sental budak perempuan tu,, dah rewang bagai, kot pandai main takpe, ni tak, buat budak perempuan tu sampai mengandung, pastu lari camtu je, kesian anak dan ibunya, dapat malu, sebab tu banyak kes bunuh diri and buang bayi, kesian aku tengok baby tu, sebab lahir daripada benih 'syaitan', pastu tak ade dosa kene bunuh.. malu ni, bukan sahaja dekat dunia tapi dekat akhirat sekali,,, adoiii...nak kata tak tahu, kalau main boleh sampai mengandung apa cer? budak yang belajar perubatan pon ramai je mengandung luar nikah.. ish ish,, tak kan la nak kata budak perubatan tak tahu benda benda gini...Sebenarnya,bukan salah ibu yang mengandung, salah bapak tak pakai kondom kan? (Kalo pakai kondom pon berdosa besar gak sebab dah berzina kan? tapi orang sekarang ni dah tak pedulik dengan dosa pahala )


...ASTAGA...

Wednesday, July 1, 2009


Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis
yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal
dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian
gadistersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala
yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam
lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu
ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai
pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki....."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat
bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu
hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci
syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan
kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata
kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini
dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak
sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam
bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu
dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia
akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di
muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri....
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis
itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu
terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya
menjadi hitam seolah olah dibakar api.. Dua tiga orang
yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan
kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah
bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim
sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak
akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata
kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta
seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi
kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila
kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi
orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka
itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk
dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang
negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau
melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di
bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara
yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi
ini.. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan
kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR

...MASYALLAH...

Aku ada terbaca kosmo hari ni, tajuk dia wanita bersalin dalam bilik air.. wanita tu pastu bunuh anak dia tu, teman lelaki wanita tu terlibat sama. Ni la akibat dua-dua laki dan perempuan bodoh sangat berkapel-kapel ni tapi tak pandai main(ye la main sampai mengandung pastu tak nak tanggung). Ni semua sebab diorang ni berzina lah kan..ish ish,,, Lelaki ni, sebenarnya mengayat perempuan sebab nak main main kan perempuan ni je,, kalo perempuan tu mengayat lelaki, perempuan tu ada something wrong lah kat dia,, may be perempuan tu dah terdesak or something like that la..So, perempuan, jangan mudah percaya kat laki ok,, melainkan lelaki ni dah ada duit nak nikah...



Aku bukan baik sangat pon nak nasihat2 nasihat orang bagai ni, tapi kalau korang bohsia, lantak korang lah kan, at least most bohsia yang aku kenal, bila diorang beranak, diorang tak bunuh anak tu,, pastu diorang ni tak cuba bunuh diri,, ye la korang pon paham paham je lah kan background bohsia ni macamana,, famili diorang pecah belah,, mak bapak tak jaga sangat diorang ni.. sebab tu diorang ni lebih tabah kalau benda benda ni jadi kat diorang.. tapi kalau budak budak yang datang dari famili yang ok, mak bapak beriman, budak budak ni educated plak,, boleh dikatakan student Crème de la crème of the year pulak, tu yang jadi kes2 kes bunuh diri tu lepas terlanjur(pastu hamil) dengan boy friend diorang, kalau tak pon diorang ni bunuh anak tu,,ish ish ish. dunia ni memang kejam..mak sendiri bunuh anak..



Belajar tinggi-tinggi pon tak guna kalau akal macam binatang..
ye lah,, budak budak macam ni mana boleh deal dengan masalah masalah macamni kan?  so diorang terpaksalah korbankan nyawa sendiri atau anak tu..takut tanggung malu lah konon kononnya, tapi sebelum tu ikut sangat perasaan,, ni sume perasan bajet cun la kot(hahaha...), bajet diminati dan bajet lelaki berhidung belang tu setia.. hahahahaha, mana ada lelaki setia,, 1 dalam sejuta je..mudah sangat perempuan ni tertipu..



Aku doa kan bohsia bohsia ni Allah bagi hidayah kat diorang, tapi laknat lah kat orang yang dah bunuh diri tu...Kalau ada boyfriend ke girlfriend ke, jangan la selalu jumpa diorang ok kalau korang rasa korang ni tak setabah bohsia-bohsia yang aku kenal. kalau boleh mintak cerai je terus kat boyfriend korang.. Takut la Allah.. azab Allah lagi pedih kat akhirat nanti.

Malam Pertama...

Saturday, April 4, 2009

-->
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan
maut..
Hantarannya. .sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak
tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan. .
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Bagaimana? Terasa hendak
menjadi 'pengantin' tersebut? Marilah
bersama
muhasabah diri. Kita hanya insan, mudah
terleka dek godaan syaitan...
Wallahualam

...BESNYER PEGI PB....

Saturday, March 28, 2009

best poik!...eden ritu poie PB dengan memba memba den la an...sajo yo...nak release tension final exam la kato an...mulo tu ado sesuatu la yang buek kitorang sumo maleh nak poie sano...masalah banyak kek budak pompuan yo...tapi,beboka an semangat yang kuek, kitorang poie gak...eden tak kiro, awo nak jadi, jadi la...eden dah lamo tak mandi laut ni. maghin, last mandi pon time skola ghondah. hehehe...


yang pegi pon tak ramai sangat la...aku, kembang, bali, zik, amir, jen, fatol, faliq, pigey kurus, hilmi, napex...budak pompuan pula nasha, ara, imah, bacrah, ili, mira, eyka, uyea, ika, ermm...ada lagi la aku rase...aku lupe la...hehehe...soryi ea korang? aku ni kan pemalu orangnye. susah nak tanye name orang yang aku tak kenal. hehe..XD


tapi itulah...aku tak amik la scene scene yang hot hot mase kat sane...ni pon aku amik dari membe membe aku saje...yela, awak ni tak ade henset mahal an...sape lah aku...hanya seorang insan yang lemah lagi tidak punya apa apa dalam dunia ini...dan aku juga...eh eh eh eh dan eh sekali lagi, sudah mula mengarut.sori sori. hehe.XD.


nanti lah...aku cube dapat kan gambar lain...tempat ni best gak la...so, sape yang nak pegi cuti cuti MALAYSIA gitu, aku syorkan korang dekat MELAKA, pegi lah PENGKALAN BALAK(PB)...name chalet ni PERMATA kot...lupe
lah...hehe...best tahu! dengan angin yang sempoi sepoi-sepoi language yang pasti buat anda tak nak balik rumah. (ceewah! boleh jadi promoter aku ni..)


ni mase dekat pantai...baru saje sampai...AKU, BALI, ARA, NASHA...



aku...IMAH...ILI...dengan sape ea??? blakang tu ZIK, BCRAH n BALI...




malam tu nyanyi nyanyi...BALI main guitar...walaupon tak sesedap MAWI mahupun M. NASIR, kitorang nyanyi nyanyi gak. lantak la! haha!XD



BLACK dengan JEN masak ayam...mana KEM dengan AFEB ni??? mesti lari tak mau tolong masak ayam...makan je tahu...hehehe...


owh...korang tido dekat sini ye? masak tak nak...makan nak...wakakaka!XD


amboi amboi...kemain lagi yang pakai spek mate tu...
owh..amik gamba dengan
MIRA ea? haha!XD


malam kejadian, aku dengan
AMIR pasang api...then, KEM, BLACK, JEN bakar ayam, kentang, burger, sosej...trimas la dekat KAKLONG kafe D yang bagi bantuan...owh ye...aku lupe pulak...malam tu, BULAT n TAIKO datang...hehehe...lupe lak pasal diorang...


aku kesian giler dekat
FATUL, PGEY, NAPEK, FALIQ n HILMI...diorang jalan kaki datang PB...mak ai! jauh tu...ni sume pasal PAK GAD skema matrik melaka..diorang sampai malam...kesian betol...takpe takpe, yang penting, diorang selamat sampai...alhamdulillah....


kol 3 pagi aku,
BLACK, BULAT n TAIKO naik motor BLACK n BULAT...saje jalan jalan PB...round round MASJID TANAH sekali...lepas tu usha PAK GUD skema tu depan matrik melaka..hehehe...muke PAK GUD pelik saje...wakakaka...malam tu ramai gak over the night...sebab bilik laki laki satu saja...sian kami...hehehe...


kitorang gerak pukol 2:30 petang la camtu...bile sume sudah beransur nak balik, aku tetibe rase sebak...ceh! touching lak...yela, ntah bile dapat jumpe balik an...sedih die takyah citer la...tapi tak ape...kehidupan mesti diteruskan...aku harap, sem depan jumpe balik dengan diorang then buat aktiviti camni lagi..

best wwoooo!!



yaaaaahhhooooo!!!!!!!!!

Friday, March 27, 2009

Exam final sudah habis.....so, kita enjoy! wakakaka. aku nak redeem balik waktu tido aku yang terganggu time study week ituhari (jangan ikut macam aku)

Riang Itu Saye...

ermm...akhirnya...aku dengan member baik aku tu sudah ok balik...alhamdulillah la setakat ni...terima kasih dekat al milangi sebab bagi komen dekat aku...then, sorang lagi member aku yang satu lagi ni suruh aku mintak maaf dekat die...kalau ikut kan hati aku, malas. mampos la! peduli hape aku!


Tapi, nabi pon sayang kan umat die...time nabi nak wafat pon die still ingat umat die. "umati...umati...umati..." hah! baginda cakap camtu...wooo...sebak dada aku...so, aku amek keputusan untuk mintak maaf...



so, dekat sini aku dapat satu pengajaran...biar la orang buat pape jahat dekat kite pon, tapi kite harus sabar and maaf kan saje orang itu...lelebih lagi member baik kite sendiri...betol tak? 


buat ape nak dendam dendam dengan orang.. jangan ingat kite duduk dekat dunia ni sume orang suke dekat kita. mesti ada punye yang tak suke. konpom! 


so, kalau kite amalkan forgive n forget, insyallah ok! hehehe=)

alamak!!!!

Saturday, March 7, 2009

huh!....ape?!...aaaa!!!....OMG!...what am i gonna do?....tidak...tidak...tiiiidaakkkkk!!!!!....argh...argh...arghhhhhhhhhh!!!!!!!!...eh eh eh dan eh sekali lagi....chop chop dan chop sekali lagi...nape dengan aku ni...ok ok.....tenang tenang...tarik nafas....ok....tarik....lepas...ok....hah...clear your mind anddd.... relax....ok....ermmm....fiuh....aaahhhh....lega da....heee....


Sebenanya bukan ape...aku teringat pulak...aku ni da nak pekse da...final...tapi...persediaan...ermm...aaa....errrr.....ada la sikit...bape peratus je ek....ermm...ntah la...tapi aku rase bole la...dalam 2 point and above je aku target...aku nak lepas saje...hehehe (jgn ikut macam aku)...ish...aku nak target lelebih pon tak mampu la...sudah terlambat...aku banyak main la sem ni...sama saja dengan sem lepas...ish...dulu poyo poyo saja cakap...sem neh aku nak "try my best", tapi....haghammmm!

Jadi, hopefully korang doa doa la aku and my other friend to past with flying colours. aminnnnnn~~

bagaimana mahu baca ni?????

Can U read this?


fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid, too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe tuo fo 100 anc.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid,

aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt

tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas

tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.



If you can read this, your brain is 50% faster than those who can't

p/s:-mana entah aku dapat bende ni. yang penting, bukan original dari aku. hehe.
pinjam sat na!


kekuasaan ALLAH

Wednesday, February 18, 2009


Pendek ja statement ni..tapi banyak maknanya....


"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu"


Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.



Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH ….

aFter MidNight......

Sunday, January 25, 2009


ni lagu indie yang aku suke.. best gak la.
aku memang suke sangat sangat lagu ni.. first time dengar, pergh!! layan giler...tajuk lagu ni after midnight...
die ni nyanyi solo...pandai main guitar sendiri tahu...satu lagi, die ni pkai TUDUNG...respect beb!

...ni lirik die...
After midnight i shall kidnap you from the world
and i'll keep you in my room
hush now my love and hold my hand
after midnight i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now my love and hold my hand

you are exactly where you supposed to be
and if they come for you
they would have to find me

stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only

after midnight
i shall stay awake
and if you chose to close your eyes now
hush now my love
i'll watch you sleep

you are exactly where you supposed to be
and if they come for you
they would have to find me

stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only

stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only

Layan kan? haha! tau dah korang suke. aku pun suke die. OOPPSS!
maksud aku, suke dengar LAGU die.
hehe!XD

MUzik DiHatiKu...

Thursday, January 15, 2009

aku ni sebenarnya "universal muziker"...eh ada ker perkataan camni??? takpe lah ea..aku ni tak pawer BM...selalu jugak fly kelas mase skola dulu(don't do this)..hehehe...tapi sekarang da berubah..aku sedar pelajaran memang penting la...

eh aku neh?!...nak ceramah lak..hehe..takde saje nak bagitau..aku ni suke sume genre muzik..ni aku ada muzik video untuk korang sume..

ni band indie..aku harap sume budak kat luar tu, support la...local band camni...best gak..sebenanya ada banyak..tapi ni yang aku suke...sape nak dengar yang lain, komen la...nanti aku bole carikan..

eh lupe pula nak bagitau name band ni..ESTRELLA nama diberi...solo die pon kiut...hehehe...

HIDUP INDIE! INDIE BOLE!

mmm...

Wednesday, January 14, 2009

ape lah...kalau nak buat mende ni je mesti ada halangan...tapi kalau makan, tido, main main, mmm...takyah cakap, teros buat....
korang rase ape...ermm...belajar la, ape lagi...bile nak belajar saje ada la satu penyakit ni...
sume orang ada...

dapat tangkap tak apa aku nak cakap...tak dapat lagi...takpe takpe...penyakit ni, pergh...sekali kene kat korang...mesti akan kene berkali kali...tak macam chicken pop...bile kene, immune system kite akan bertindak...tapi penyakit ni...takde immune ke ape ke....ubat die diri korang sendiri...

dah tau da apa?..ok lah, kali ni aku bagi tau korang...penyakit ni namenya, RAJIN MALAS...

so, berhati hati lah...kalau tak nak kene, selalu la rajin rajin...tetapkan matlamat ape korang mahu...hidup mesti mau ada tujuan meh...kalau suda ada mesti nak..kalau nak mesti buat...betol tak? bile nak buat mesti rajin...kuncinye...

USAHA DOA TAWAKAL....^_^

WHY

nape ni...sume nak keja kaye....sume nak duitt....diorang tak fikir susah org lain...fikir diri sendri saja...

dia ingat, dia sorang je duduk dekat dunia ni...ingat sikit...tuhan tak jadikan ngko sorang saje dekat dunia ni...aku rase ngko ada mate...takkan lah tak nampak orang sekeliling...ataupun kau ni duduk hutan...ataupon ngko ni sudah dibutakan tuhan dengan duit, pangkat dan nikmat yang melimpah ruah...sampai mata sendiri buta pon tak sedar...

apa la nasib yang kureng tu...kene hina, caci, herdik dengan si kaye yang tak sedar diri, bongkak dan takbur dengan benda benda, yang die sebenanya lupe yang bahawa benda benda itu bukan milik mutlak die...hurmmm....=(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...