Nafsu Berahi

Thursday, January 15, 2015

Assalamualaikum dan salam tengahari!

Belek-belek laptop, sekali gua jumpa post yang gua nak muatkan dalam ini blog namun kesempatan tu macam kurang laa.. Macam.

Baca-baca balik, perasaan nak post tu berbelah-bahagi kepala beberapa bahagian dan kalau diselami, dipahami setiap bahagian itu, memang korang takkan paham sebab itukan gua punya kata hati, kauorang apa tahu.

Sampailah kepada satu post ni, yang menyebabkan hati gua membuak-buak, penuh nafsu serakah untuk menge-post-kannya (mampus bm aku!) 

"At some point you will realize that you have done too much for someone, that the only next possible step to do is to stop. Leave them alone. Walk away. It's not like you're giving up, and shouldn't try but, it's just that you have to draw the line of determination from desperation.What is truly yours would eventually be yours, and what is not, no matter how hard you try, will never be..."

Katakau! Kemain ayat diatas itu khenss? Berpeluh-peluh ok karang. SANGAT!

Kata-kata yang bajet-bajet macam ahli falsafah tapi degree dalam eletrical major in industrial power ni bukan gua punya. Empunya kata-kata ni entah mana hilang entah. Puas sudah gua terokai segenap alam maya dan fantasi waima tanya encik gugel, tapi kauorang paham-paham jelah encik gugel ni kan? Tak paham? Kbai...

p/s: tadi jabatan menteri melaka call, tapi tak sempat angkat =(


Oh! Tidak~~

Adakah Anda Tahu?

Monday, January 5, 2015

Assalamualaikum dan salam nak masuk maghrib!

Amboi amboi amboi... Dah nak masuk maghrib dah. Rajin buat entry?

"Eh? Biarlah, masa tengah rajin niii.. Jangan disia-siakan. Muahahaa.. "

Kannn? Bila tetiba rajin nak hapdet blog tu ada mari sikit, tak kira waktu dah, kahkahkah! Kalau tetiba datang kekurangan dalam kerajinan tu, pehh! Kau tengok lah sawang dia nanti!

Ok ok, gua malas nak story panjang. Post ni sekadar ingatan kepada gua dan kaum-kaum adam dekat luar sana tu haaa..

Ni abang nak tanya sikit ni? Masa solat jumaat tu, niat dia betul tak? Ke kauorang tak baca niat?

Ingat rukun solat yang pertama apa? Ingat? Tak?! Pegi google ustaz sana!

OK! Ini niatnya:-

(i do not own this picture. thank you and credit to the person whom created this)

Usalli fardhol jum'ah rak'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala 
(ni dalam rumi, bagi yang buta jawi!)


Maksudnya:-

Sahaja aku solat fardhu jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala



ok habis!


p/s: bukan ustaz, tapi tanggungjawab. kalau salah tegur.


Oh! Tidak~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...