PAHAM?

Friday, December 24, 2010

pejam celik. pejam celik. pejam tak celik-celik. huh?! bahaye tu. jangan cari pasal. sudah mau balik dah ni. tapi, berat rase nak pulang. sebab ape? huh?! sebab...

entah, tau tau nak cakap ape. hatiku berbelah bahagi. nak pergi situ atau mau pulang. tak pegi situ kang, member-member ramai. tak pulang kang, benda tu penting. ape-ape hal, konpem 'effect' bende tu punyelah.

haish. mau pegi situ atau pulang? arghh!!! pening dibuatnya. macam-macam hal kena pikir lately ni. makin besar, makin banyak cabaran. banyak benda yang kite sendiri harus buat keputusan. dan yang paling dirisaukan, tak tahulah keputusan yang dibuat baik atau vice versa. haddoiyai!

right now, aku dekat 'pergi situ' punya tempat. tapi, esok malam kene pegi 'pulang' punya tempat. so, aku rase dah bahagikan badan aku dekat dua-dua function yang bagi aku sama penting ni. adilkah aku? biar aku sendiri yang nilai. sebab kalau tanye korang, mesti tak tau ape benda yang aku cite skang ni. haha!

memang aku takde niat pon nak kasi orang paham. biarlah ianya rahsia~~
nak tanya orang lain pon, diorang takkan paham aku. memanglah aku mau kasi diorang paham (tadi kate takde niat..), cume diorang tak faham tentang ape yang aku cube nak pahamkan dekat diorang agar diorang paham. paham? fuh~~
tak paham aku. *lempang diri sendiri*

takpelah, yang penting sekarang, aku sendiri yang paham yang aku sedang usaha nak puaskan hati sume orang, tu saja.

haish~~
suda melalut ni. *terajang pipi*

ok. mamat ni ensem gak la(sila jangan perasan ye wahai mamat), tapi bukan aku. kalau ni muka aku, mesti suda kawen sekarang. haha! *sila muntah*

MUKA

Thursday, December 23, 2010

hallamak!! kena tag la pulak, haddoiyai. telah ditag oleh DATO'
tau-tau je muke aku ni comel (muntah 8 besen..)


papehal pasal contest ni, sila KLIK sini. ok? tarikh tutup 25 Dis ni.

ok, gamba yang mahu dipertandingkan yang inilah.


ok. macam gedik. aku tau. xyah cakap. tapi lantaklah. kah3!!!
ni zaman matrik dulu. kalau x silap, tengah exam ni rasenye. tension-tension, teros snap
pic ngn membe-membe. haha!!!
sebenarnya gamba ni ade sejarah. nak tau?
haha! tidak semudah itu. nak tau, sila bayar.
owh, btw. aku yang pakai baju belang-belang tu. comelkan? *terajang pipi sendiri*

okeyh! yang ini satu lagi gambar mintak penerajang. time ni tengok game bola jaring MALAYSIA vs SINGAPORE. kalah terok weh! haha!! saje mau sebok-sebok pegi. 34 betina, 10 je jantan yang pegi. tak malu kan aku? kah3!!!

ni pulak, gamba kat pizza hut bahau. haha!! kutuk bahau ea?
ko ingat bahau tu kampung sangatkah?
eating with my mom and sis. my father ade feast malam tu dekat
rumah membe die so, die tinggal. pity him! kah3!!!

ok. sampai sini je aku mahu mencapub. ade lagi gambar-gambar yang gojes mojes lagi comel kumel. *tolong lempang aku*

KENTANG

"skreeet", bunyi sliding door dibuka. "kau mau pergi mana ni?", soal beliao. "nak keluar jap, boring la duduk rumah ni. kalau ada bini takpelah" balasku. "tu la. aku suruh kawen, taknak. macam-macam alasan. padahal, diri sendiri yang cari masalah. sekarang, komplainlah diri sendiri". geram sugguh hati bila dilemparkan kata-kata begitu. "membebe...", tersentak tatkala mengingatkan diri yang sedang berbicara dengan beliao. "tak baik cakap macam tu, aku harus sabar", bisik hatiku.

"yela-yela. mau kuar ni. petang sket balik", aku memberitahu. "hah, lagi elok kalau kau tak pulang, menghabih an bogheh yo", katanya. "whatever.." balas ku didalam hati. "balik nanti jangan lupe beli kentang 3kilo", pesan beliao. "yela-yela, chow dulu" balasku. "wokeh", berkatanya sambil menggelengkan kepala macam ala-ala hindustan gitu.

tak balik petang pun. saje je cakap balik petang. biar dier risau. lagipun, kalau lewat sangat, kang mesti die memepel. sakit 'cerebrum' aku menahannye.

"pet pet pet...", bunyi motor wave balik. "nah, kentang tu". "nak buat ape dengan kentang ni?", soalku. "nak rebus kau kang. aman sikit dunia aku", sindir beliau. "eeee...kalau aku tahu, aku belikan kentang yang busuk tu tau tak?" berkataku dalam hati.

1 jam kemudian....

"ape yang bau macam 'good-good' je ni?", soalku. huh?! WTFISH n CHIP?!

jeng3!!!


KARIPAP!!!
NIA CAP EH!! MEN CAYA EH DOH!!XD

then kat sebelah tu ada lagi doh-doh yang belom dibikin dengan inti sekali. still in process bak kato oghang nogori smilan. kah3!!!XD


tetibe je ade smiley kat tepi tu kan? Pelik ye tak?


mesti la ada intikan? kalau tak, bukan karipap la.


penat tau buat bende ni. penat nak buat tepi-tepi die tu. ape term die ek? klaim. hah! tu kot kalau tak silap. tangan laki-laki kan? mau buat karipap, hah! amik kau jadi lempeng. tak jadi weh aku buat! sudahnye, aku tengok je mak aku buat. siap, aku makan la! haha!!!XD


GURU YANG TIDAK DISANGKA

Wednesday, December 22, 2010

selalu orang selalo suruh ikut resmi padi. makin berat makin berguna. itu sifat baik yang ada pada flora. kalau fauna pula? hah! mesti tak tau kan? tadi bersiar-siar dekat 'muke buku' nampak status member ni. die tulis bende ni:-

A wise old owl lived in an oak

The more he saw the less he spoke

The less he spoke the more he heard.

Why can't we all be like that wise old bird?


burung hantu ni tak suruh kau diam, tapi berkelakuan seperti die. tunggu dan

bersabar semasa memburu. eh? macam bagus pula kau burung hantu. mau suruh

orang "tiru macam saya" pula. apa kau ingat kau artis. oh tidak! sudah mula

merepek. ape yang aku mau sampaikan adalah, dalam setiap tindak tanduk kite,

harus bersabar, tunggu(jangan la lame-lame..), plan betol-betol dan berfikir secara

rasional. macam si hantu ni. eh? silap burung hantu. maaf ye cik burung. hehe..XD


eh? berlagak sungguh kau. turun kan dada tu sikit.


ada banyak contoh lagi. banyak la fauna lain yang ada sifat-sifat yang baik yang harus kita
teladani. ciptaan ALLAH memang sempurna. namun, manusia itu sendiri yang tidak

menggunakan akal beliao untuk berfikir. cuma tahu, "aku yang terbaik". kadang-kadang kita

tidak sedar, sekecil-kecil haiwan boleh menjadi "unexpected teacher" dekat kite. kan?

TENGAHARI...

Monday, December 20, 2010


"keluarkan daging dalam peti sejuk tu,"kata Mak Limah kepada anaknya Amir. Si Amir pon dengan segera mengeluarkannya sambil bertanya, "mau buat ape?". "eh, saje je mau keluarkan, nak buat perhiasan dekat atas sinki tu, lawa sikit. sudah tentu la hendak di masak", sindir Mak Limah. "hampeh...aku tanye elok-elok",bisik Amir.

"tang tung tang tong", bunyi orang sedang masak di dapur.

Hah!!! sudah siap!!! makanan tengahari ni.



RENDANG DAGING!!!
MY FAV!!!

SEMALAM...

@lepak di MELAKA..

@bersama RAKAN..

@gerak PETANG...

@sampai je teros MAKAN..

@borak-borak tak sedar sudah MALAM..

@pool THE JETTEY..(tak tahu main pun)

@SHISHA tuah mall..(tak berani cube)

@BBQ di PANTAI PUTRI...

@tak tido sampai PAGI..

@masih BERBORAK lagi..

@GELAK sampai mau mati..

@bile cerah teros MANDI..

@LAUT itu amat best sekali..

@gerak BALIK pukul 830 pagi..

plan pon lewat. gambar pon tak sempat. takpe, next time mau buat awal. ape-ape pon, masih gembira dan ingat kenangan yang indah SEMALAM...


OK!!!

Saturday, December 18, 2010

Sudah dibaiki masalah yang ditanggung. Kau pon sudah senang hati bukan? Takde lah nanti semput. Aku jugak yang susah jika kau begitu. Tapi, naseb aku untung sebab pergi dengan beliao. Kalau tidak, mesti tak dapat yang baik. Ikutkan hati malas mau pergi tapi, entahlah...
Tibe-tibe hati membenarkan, untunglah kau sebab memuaskan.

Tapi, masih risau kerana ada yang tidak lengkap tadi. Tapi, bagi aku, ia tak 'effect' ape-ape pon. kan? Haraplah..
Tapi takpelah, yakin saje sudah memadai. Harap kau pon begitu, kalau tidak, tamat....

Mase cuba, keyakinan bertambah terhadap kau. Kau tak seperti dulu, semput, lembab(siput lagi laju..), berat dan macam-macam lagi yang tak elok. Hari-hari memikirkan masalah kau. Amat kesian terhadap diri kau yang kolot itu. Kadang-kadang rase tak mau kawan kau. Ishh..ape ni, tak baiklah cakap camtu kat kau. Kan kau? Kenangan lame lah menyebabkan amat kuat untuk teros bersama berkongsi hidup dengan kau. Terharunya~~

Esok sudah mau pergi ni. Rase malas nak bawa bersama, tapi ape guna berkerah tulang empat kerat membaiki masalah kau kalau tak gune. Hati masih berat ni, tapi harus pergi jua. Hal ini penting, sudah janji. Janji harus ditepati, baru orang tak maki, kan?

Haha, ape ni. Hal yang kecil ini kalau tak dapat selesaikan, mana mungkin hal besar kelak. Harus bersemangat dan cekal. Sesungguhnye, kau akan bersama aku esok.


DATANG KEMBALI

Friday, December 17, 2010

"weh...asal harini ko banyak menulis", tanya Balqis kepada Hassan. Entahlah weh, ko rase sebab ape? Mungkin ko ada benda nak ungkap tapi tak mampu. Btol? Haha. Biarlah.

Perasaan tadi tak hilang lagi. Namun, rase-rase da habes segala hutang-hutang masalah. Ape lagi kau mahu? Kacau hidup orang saja. Kan aku da habes bayar, dah selesai pun kan? Geram tak terhingga. Tanpa aku sedari, sudah berhutang lagi. Huh?! Alamak!! Tu la, sape suruh geram, kan sudah berhutang. Takpe, langsaikan sekarang. Istighfar-istighfar.

Perasaan baru muncul tibe-tibe. Ni mesti sebab pasal benda tu kan? Btol tak? Ala, relax sudahlah, mesti sedang sibuk. Fikir positif sudah tentu perlu dalam hal ini. SEDANG SIBUK?! Ape yang dikerjakan? Berkebun? Membaja? Berjual? Huh!! Sudahlah, aku sudah lali. Betol, relax sudah memadai. Kesian kat dia, dari tadi masalah sahaja yang membelenggu. Bagi dia rehatlah. Eh?! tak bolehlah. Bukan ke malam ni ade janji temu. Mahu saksi benda itu? Penat tau cari. Sudah dapat, biar berciciran pula. Sungguh tidak bersyukur.

Takpe, malam ni macam biasalah. Nanti dah kembali, tidak ade jalan pulang. Betol tu!!

PERASAAN

mula merasai satu perasaan yang tidak sedap...ape agaknye perasaan itu...ape ntah aku ni, diri sendiri pun tak tahu nak nilai camner...takpe, aku akan teros biarkan ia sampai aku dapat teliti apekah ia sebenarnye...

"..ala..macam malas saje nak pegi..tapi penting...sebenarnye taklah terlalu penting kalau nak bandingkan dengan kawan-kawan aku..tp..arghhh!!!!..", "..kenape tak lepas-lepas jugak, mesti die sengaje buat camtu...takpe, aku tak kesah, slaloo dah kene macam ni..", "..nak pegi jom je la, tak perlu nak tanya banyak..", "..kalau dah tahu takde duit, perlu ke nak bagitau..?"

banyak betol masalah...semua masalah orang...isshhh, bodohnye kau, pikir orang lain, diri sendiri diabaikan...kadang-kadang aku lucu dengan diri aku sendiri..kenapa kau macam tu weh? kah3!!! gelak sendiri sambil berguling-guling(tak sedar gelakkan diri sendiri..)

takpe la..lebih baik jadi diri sendiri kan? nak malu ape..

JANGAN KETAWA

sedang duduk mengadap laptop..tiba-tiba, sesuatu bebunyi dari luar.." alamak..apebenda tu??"
"tik tok tik tok.." dan ia teros berbunyi dengan kuat, padat, mampat dan lebat...owh, hujan rupanya, hatiku berkata..

adoiyai...camner nak online ni...mesti jadi macam haritu kalau aku berdegil nak online...ishhh...tak boleh la macam ni...kang jadi macam tu lagi, habis la aku, lansung tak dapat...ermm, takpe...aku batalkan sahaja niat tadi...

prot prot prot dan prot dan prot sekali lagi...erkk...bunyi ape lak tu? aishh..banyak betol bunyian la kat dalam rumah ni...takot pon ade gak tadi...arghhh!!! aku buat keras je la..."PROOOOOTTTTTT!!!", kali ini lebih panjang dan begitu kuat...laaa, perot aku lapar sudah...

ermm, dari tak buat ape-ape baik aku isi die dulu...kang bole la teroskan benda aku yang tergendala tadi..."turun tangga, buka tudung (tudung saji la..), yeaaa!!! tak ade ape-ape...cesss..takpe, masak sendiri..mane cik megi ni?

"krang krung krang..", bunyi pinggan dibasuh...laaa, asal ko tak berhenti lagi..pikir-pikir balik, rahmat tuhan...bersyukur la...mengeluh? tak patut betol kau ni..istighfar-istighfar..
jadi, kene batalkan juga benda yang tadinya tergendala dan berniat untuk sambung balik...(entah bila..)

Ermmm, sedihnye kehidupan kau...

KAH KAH KAH!!!!!

Saturday, December 11, 2010

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan


Pengetua: Apa 3 x 3?


Abu: 9


Pengetua: Apa 6 x 6?


Abu: 36


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?


Abu: (berfikir) Kaki


Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?


Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?


Abu: Kelapa


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)


Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.


Abu: Bersalaman


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?


Abu: Baik Cikgu


Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.


Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.


Abu: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.


Abu: Hidung


Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.


Abu: Anak panah


Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?


Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot ofheat and excitement?


Abu: Firetruck


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont getit you have to use your hand.


Abu: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?


Abu: Surname


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?


Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

...........................................................................

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe..XD

DAMN IT!!!!

Thursday, December 9, 2010

AKU SUDAH GEMOK!!!!!

PERKARA INI AMAT MERISAUKAN...

SEKIAN...XD

HANTU or MENANTU???

Wednesday, December 1, 2010

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Kah3...tu le..nak menipu pasal agama..skali ALLAH bayar CASH da...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...