#Malam Meroyan

Saturday, December 29, 2012

Assalamualaikum dan salam 207 subuh.

KAWAN. Ya kawan, adalah insan yang kita kenal, tapi takdelah rapat mana.

SAHABAT. Ya sahabat, manusia yang kita kenal, nak kata rapat. Ermmm, boleh la.

TEMAN. Ya teman! Ini yang kita cari. Susah ada, senang lagi lagilah ada.

Semua terma diatas, sama je sebenarnya. Namun, cara gua definisikan secara literalnya, dekat blog gua ni, lain macam sikit. Gua tak kata betol mahupun sohih lagi tepat. Terpulang..

#SIRI1 Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

assalamualaikum dan salam 231 pagi. ini jam gua memang tak dapat nak tido sebab masih terikat dengan assignment yang melambak bak gunung tahan tingginya (amboi...nak yang tinggi saja)

"ah kau! asyik asyik citer pasal esemen kau melambak lah itulah inilah, macam kau sorang je student dekat MALAYSIA ni "

kamonnnn derrr..gua pun ada gak perasaan nak diluahkan. standard-lah beb! lu nak baca, baca. taknak, pergi tido sana. ok? haaaaaa...


ok, berbalik kepada motif gua tulis post ini malam, ( sebelum tu KLIK INI ) gua cume nak menyuarakan hasrat gua sebagai rakyat MALAYSIA. pasal yang kecoh kecoh isu rembat tu lah. eh, rebat rebat. silapppp....

ehemm...ok, sepatutnyalahkan, kalau difikirkan balik, kalau betullah nak bagi golongan golongan marhaen ni berpeluang nak gune hanset yang smart ni, gua rasa tak perlulahkan nak tetap tetapkan syarat macam:-



  1. RM500 kebawah punye henset
  2. 21-30 tahun je boleh merasa
  3. kene ada data plan atau pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu (Sumber: BudakBotak )
dan macam-macam lagi syarat yang dikenakan, kalau gua pikir balik, adalah antara syarat-syarat tu yang gua boleh terima. yang GUA boleh terima, bukan bermaksud semua. ada paham?
tapi kalau betul nak bagi, ikhlas lah kan? betul tak?

gua bukan nak ukur keihklasan pihak pihak yang berwajib ni, namun ini hanya suara pendapat gua sahaja. tak betul pon, tapi sendiri nilai dan hayatilah. namun, gua masih bersyukur sebab dengan adanya bantuan gini, merasalah pakai henpon "mahal" dari tak dapat lansung yedak?


nak yang niiiiiiiii....ahhhhhhh! <---gedik bab1.="bab1." gedik--="gedik--">

p/s: bersyukurlah ada orang nak tolong kita kan? ermmm....

Oh! Tidak~~ 


Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

Friday, December 28, 2012

assalamualaikum dan salam penghulu segala hari semua!

bangun je pagi, gua bukak pesbuk "pop!" notification a.k.a noty mengejutkan pagi hari gua. tersedak jantung gua kejak. pehhhh. biadap betol!


ikhwan, member sekuliah, sefakulti dah seuniversiti gua post sesuatu dekat group kami. beliau memberi input mengenai REBAT RM 200 SMARTPHONE tu.


itu jam jugak hati gua berbunga bunga tahi ayam tatkala menerima berita tu. dalam otak gua ni dah terpikir nak beli itu ini semua. hahahaaha! dasar melayu!


dah dah, gua malas nak celoteh panjang, lu nak tahu detail baca sinia ----> ABANG ENSEM


Buat lu orang yang menaruh harapan untuk mendapatkan rebat 'smartphone', boleh mendaftar di link ini menjelang 


1 JANUARI 2013.  

detail lain, lu orang kelik sini cepat---> http://nbi.skmm.gov.my/

Senarai 'smartphone' yang diberikan rebat:


1) Alcatel 993D

2) Alcatel OneTouch Glory 2


3) Alcatel OneTouch Inspire 2


4) The Buzz Phone


5) HTC Wildfire


6) Huawei Ideos X3


7) LG Optimus L3


8) Ninetology Black Pearl II


9) Ninetology Palette


10) Nokia 2730


11) Nokia 7230


12) Nokia Asha 305


13) Nokia Asha 308


14) Nokia Asha 311


15) Nokia C2-03


16) Nokia Lumia 610


17) Samsung Galaxy Chat


18) Samsung Galaxy Mini


19) Samsung Galaxy Pocke


20) Samsung Galaxy Y


21) Sony Xperia Tipo


22) ZTE Acqua


23) ZTE V




p/s : "terima kasih" pihak kerajaan =)


Oh! Tidak~~

#Sepetang Bersama

Thursday, December 27, 2012

assalamualaikum dan salam petang hangat semua. ini jam gua sedang gegolek sambil memikirkan apa nak buat sepanjang study week ni.

"apa daaaa, study la beb, nama pun study week. dasar pemalas! "

amboi. kasar betul mamat tu. takpe takpe, gua dah biasa dah dengan beliau tu. selalu sangat dah. gua perati je, peratiiii jee tang jauh. eeeeiiiii...

ini minggu, tak dapat nak study der. PBL melambak nak kene present. dengan hardware last last minit buat perangai. dugaan dugaan...
tapi, gua tempuhi segalanya dengan member gua sorang ni, KESABARAN nama die. urban beb nama beliau. engko hado? huh!?

terimas kepada KESABARAN, sebab beliaulah, gua mampu dan alhadulillah, PBL yang kami buat ni (bukan gua bikin sorang, ada ramai lagi..)  di-present secara kool dan bergaya (amboi, kemain kan..)

terimas kepada sadam, sin, ima dan amir (bukan nama sebenar, nama sebenar bustamam) sebab kita berjaya beb, walaupun kejayaan tu tidak se-perfect yang kita mahu, tapi usaha doh. nok buak guano lagi ke? haaaaaa... (terabur bahasa orang aku kejakan..hahaha!)

p/s: lepas ni nak ngadap 2 esemen lagi. mintak nyawa. mintakkkk nyawaaaaaa~~

Oh! Tidak~~

Kamon! Semangat sikit!

Friday, December 14, 2012

assalamualaikum dan salam 1/2/34 hijrah...fuhhh~~ tarikh cantik lagi mencantikkan.
gua ni dari itu hari lagikan cakap pasak tarikh cantik la comel la apa la. haha, ok,abaikan sebab itu bukan tajuk utama.

selang beberapa hari yang lepas, gua ada join satu seminar kepimpinan. yela, memandangkan nilai nilai kepimpinan gua dah makin luput dalam jiwa besi ini, haruslah di lembutkan sedikit demi sedikit dengan ceramah motivasi dari pihak yang berwajibkan?

dalam satu segmenya, gua tertarik pasal dua golongan yang bakal tidak berjaya dalam hidup. dalam erti kata lain, kantoi la dalam perjalanan hidup diorang.

Dua golongan yang bakal kantoi dalam perjalanan hidup di dunia :-


  1. cepat berputus asa
  2. ego terlebih
haaaaa...dua sifat inilah yang bakal meruntuhkan titian perjalanan lu orang sume dalam menjadi insan yang berjaya dalam apa jua kerjaya.

p/s: peringatan untuk diri sendiri dan manusia sejagat

Oh! Tidak~~

Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru

Thursday, December 13, 2012





Segmen? lama dah gua tak join segmen ni. ini kali, segmen pasal blogger pilhan.
jom usha blogger pilihan gua

  1. yang pertama dihati gua adalah........*drum rolling* jeng jeng jenggggggggggg~~

BEN ASHAARI

sebab gua suka blog santai. random post gitu. post beliau padat, mantap, sendat, ketat dan yang penting layannnnn

     2.   sekenli, ceewahh..fefeeling omputih plak....(kali ni take drum roll ke?)


brader ni, gua saspek (dibaca: respek) gak sebabnya post beliau pehhh..fully english kot. post menarik dengan gambar bagai. juga post random. ada in kata orang!


      3.   lasli, hah! sapo deh? lain tak bukan oghang kampung den la! warih sei ni poik!

"phat corner"

haaa..ni tak lain dan tak bukan sobab bini eh comel. hahahahahahahahahaahahaha! maap warih, sei gurau yo. bukan bukan. nak gua ulang balik? dari no satu ke dua, sume blog pasal post random, santai dan relax. blog yang ni pon sama. namun ada keunikan sendiri. nak tahu, sendiri usha la.

p/s: ujang, bro framestone, yuyu dan banyak lagi. yela, sebab segmen ni nak 3 je. tapi gua sayang sume bloggers!






Kosong~~

Monday, December 10, 2012

Assalamualaikum dan salam 229 petang. ini hari bertarikh 11/12/12. peh peh peh, esok tarikh dah cantik dah ni. untuk apa? haaaaa..adalaaaa~~

Oh ya! memandangkan gua sudah lama senyap dari menghentakkan jari jemari gua di keyboard laptop gua ni, jadi ini jam terdetik la dek hati untuk menge-post sesuatu. sesuatu tak sesuatu jugaklah,contain masih kosong. gua tak study papepon nak post pasal apa pun tak tau.

haaaa...gua ada idea, apa kata gua share lagu najwa letup tu. eh, najwa latif yang bertajuk kosong tu. yelah, kene la dengan tema gua ni, contain post yang kosong kosong kooosongggggggg~~~ ceh fefeeling suara sedap kejak..hehe

Lirik Lagu Kosong - Najwa Latif

Kau melihat diriku

Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong 2x


Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong 2x


Kini aku bangkit

Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong .. kosong..

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong.. kosong..


Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong 2x


Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong 2x

Sumber : LIRIK KAMI




ok, jadi bagi mereka mereka yang gemar bermain gitar tu chord lagu ni ialah Am Dm G C E
haaaa, lu orang tutuhlah main sampai lebam lagu ni, sebabnya dari mula sampai meninggal lagu ni, chord die sama tak berubah. ok? selamat mencuba!

p/s: hujan la kejak lagi ni..

Oh Tidak~~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...