sepetang bersama komputer riba

Saturday, June 30, 2012

assalamualaikum dan salam 556 petang...

ini jam, mood gua so-so saja...

gua baru lepas blogwalking beberapa blog yang baru-baru  update post. hal ini disebabkan oleh, kebosanan level nak meninggal gua yang tak dapat dibendung lagi.

gua tak lalu lalang blog lu? kesah pula?

sekian.

p/s: pian ajak ke pasar ini hari

Oh! Tidak~~

KAMONLAH bro and sis!

Wednesday, June 27, 2012

assalamualaikum dan salam 1115 malam

ini hari mood berbelah bahagi. sekejap hepi datang menjengah, sesekali marah menyusul. hal ini adalah disebabkan ape pon gua tak tahu. sebab dan musababnya tidak dapat dikenal pasti

saban hari gua tengok, nampak, dengar, rasa, sentuh dan pelbagai basic sense yang ada pada diri ini gua gunakan dan perasan, blogger semakin meningkat bilangannya. sebab dan musababnya adalah terletak pada si pencipta blog itu sendiri yang gua tak tahu tapi alasan yang normal adalah DUIT DUIT DUIT.

tapi, alasan tu memang tercapai dek akal namun kalau diiringi bersama USAHA.
macam post sebelum gua ni ~~> mohon TEKAN sini

tapi, bagi gua. berblogging ni sekadar mahu suka-suka sahaja macam mengisi masa lapang gitu. disamping tambah kenalan, jumpa dan borak-borak.
tapi setakat ni, gua tak pernah pon join mane-mane gathering blogger disebabkan kekangan masa. yelah, gua masih ade tanggugjawab yang lebih penting sebagai PELAJAR.
tapi, kalau dapat tu  syukurlah jangan pulak lu orang riak tak tentu pasal, sesilap kene tarik balik nikmat tu. ada paham eh?

sekian. maleh nak ceghabih banyak, bosan koba dek oghang.

p/s: blogger baru tu memang style

Oh! Tidak~~

USAHA ESCALATOR KEJAYAAN

Monday, June 25, 2012

assalamualaikum dan salam isnin.

mood gua ini hari sedang sedang elok saja. tak berapa gembira, tak berapa sedih. kira gua masih mampu lah menjalani kehidupan yang serba mencabar ni dengan tenang tanpa gangguan emosi.

ESCALATOR, apa kejadah tu? haaaa, itu adalah tangga bergerak yang lu orang dok naik masa jenjalan kat shopping shopping kompleks tu.

selalu, lu orang dengar usaha TANGGA kan, ini jam gua tukar pendirian. yela, USAHA ni kalau lu orang buat, insyallah result yang lu orang mahukan itu, cepat dapat.

tapi kalau, tak buat USAHA tu? ape jadi? haaaaa..sendiri mau pikir aaaa bak kata NABIL MAHARAJALAWAK tapi ni versi cina la.

senang cerita, kalau usaha dapat, tak usaha tak dapat. sekian

p/s: nampak dah usaha sorang blogger ni makin naik. saingan makin tinggi.

Oh! Tidak~~

Ubat Lupe

Monday, June 18, 2012

assalamualaikum dan salam pagi..

ini hari hati gua tergerak sikit nak berceloteh di pagi yang damai lagi dingin ni.

memandangkan sorang sorang member manusia gua balik ke kampung halaman memasing, gua berasa boring dan seraya teringat dan berkata, "Eh? kita ada blog kan? Nak post sesuatu lah" *sambil tunjuk peace kat pipi*

......................

err, nak post ape ni? nak citer pasal ape? ape yang aku pikirkan tadi. arghhh!

*pergi ke tempat dimana gua dapat idea sambil jalan ke belakang*

asal gua buat gitu? kecelakaan apekah itu?

gua ade terdengarlah khabar angin yang mengatakan bahawa kalau lu orang lupa nak buat ape terhadap sesuatu perkara, maka pergilah lu orang ke tempat dimana lu orang dapat idea nak buat sesuatu perkara tu nescaya akan ingat semula sesuatu perkara yang lu orang nak buat tu haaaaa..

gua pon tak tahulah sejauh mana kesahihan berita atas angin tersebut tapi setakat ini.....kengkadang jadi kengkadang tak.

ok. nak makan bai.

Oh Tidak~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...