#Malam Meroyan

Saturday, December 29, 2012

Assalamualaikum dan salam 207 subuh.

KAWAN. Ya kawan, adalah insan yang kita kenal, tapi takdelah rapat mana.

SAHABAT. Ya sahabat, manusia yang kita kenal, nak kata rapat. Ermmm, boleh la.

TEMAN. Ya teman! Ini yang kita cari. Susah ada, senang lagi lagilah ada.

Semua terma diatas, sama je sebenarnya. Namun, cara gua definisikan secara literalnya, dekat blog gua ni, lain macam sikit. Gua tak kata betol mahupun sohih lagi tepat. Terpulang..

#SIRI1 Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

assalamualaikum dan salam 231 pagi. ini jam gua memang tak dapat nak tido sebab masih terikat dengan assignment yang melambak bak gunung tahan tingginya (amboi...nak yang tinggi saja)

"ah kau! asyik asyik citer pasal esemen kau melambak lah itulah inilah, macam kau sorang je student dekat MALAYSIA ni "

kamonnnn derrr..gua pun ada gak perasaan nak diluahkan. standard-lah beb! lu nak baca, baca. taknak, pergi tido sana. ok? haaaaaa...


ok, berbalik kepada motif gua tulis post ini malam, ( sebelum tu KLIK INI ) gua cume nak menyuarakan hasrat gua sebagai rakyat MALAYSIA. pasal yang kecoh kecoh isu rembat tu lah. eh, rebat rebat. silapppp....

ehemm...ok, sepatutnyalahkan, kalau difikirkan balik, kalau betullah nak bagi golongan golongan marhaen ni berpeluang nak gune hanset yang smart ni, gua rasa tak perlulahkan nak tetap tetapkan syarat macam:-



  1. RM500 kebawah punye henset
  2. 21-30 tahun je boleh merasa
  3. kene ada data plan atau pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu (Sumber: BudakBotak )
dan macam-macam lagi syarat yang dikenakan, kalau gua pikir balik, adalah antara syarat-syarat tu yang gua boleh terima. yang GUA boleh terima, bukan bermaksud semua. ada paham?
tapi kalau betul nak bagi, ikhlas lah kan? betul tak?

gua bukan nak ukur keihklasan pihak pihak yang berwajib ni, namun ini hanya suara pendapat gua sahaja. tak betul pon, tapi sendiri nilai dan hayatilah. namun, gua masih bersyukur sebab dengan adanya bantuan gini, merasalah pakai henpon "mahal" dari tak dapat lansung yedak?


nak yang niiiiiiiii....ahhhhhhh! <---gedik bab1.="bab1." gedik--="gedik--">

p/s: bersyukurlah ada orang nak tolong kita kan? ermmm....

Oh! Tidak~~ 


Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

Friday, December 28, 2012

assalamualaikum dan salam penghulu segala hari semua!

bangun je pagi, gua bukak pesbuk "pop!" notification a.k.a noty mengejutkan pagi hari gua. tersedak jantung gua kejak. pehhhh. biadap betol!


ikhwan, member sekuliah, sefakulti dah seuniversiti gua post sesuatu dekat group kami. beliau memberi input mengenai REBAT RM 200 SMARTPHONE tu.


itu jam jugak hati gua berbunga bunga tahi ayam tatkala menerima berita tu. dalam otak gua ni dah terpikir nak beli itu ini semua. hahahaaha! dasar melayu!


dah dah, gua malas nak celoteh panjang, lu nak tahu detail baca sinia ----> ABANG ENSEM


Buat lu orang yang menaruh harapan untuk mendapatkan rebat 'smartphone', boleh mendaftar di link ini menjelang 


1 JANUARI 2013.  

detail lain, lu orang kelik sini cepat---> http://nbi.skmm.gov.my/

Senarai 'smartphone' yang diberikan rebat:


1) Alcatel 993D

2) Alcatel OneTouch Glory 2


3) Alcatel OneTouch Inspire 2


4) The Buzz Phone


5) HTC Wildfire


6) Huawei Ideos X3


7) LG Optimus L3


8) Ninetology Black Pearl II


9) Ninetology Palette


10) Nokia 2730


11) Nokia 7230


12) Nokia Asha 305


13) Nokia Asha 308


14) Nokia Asha 311


15) Nokia C2-03


16) Nokia Lumia 610


17) Samsung Galaxy Chat


18) Samsung Galaxy Mini


19) Samsung Galaxy Pocke


20) Samsung Galaxy Y


21) Sony Xperia Tipo


22) ZTE Acqua


23) ZTE V




p/s : "terima kasih" pihak kerajaan =)


Oh! Tidak~~

#Sepetang Bersama

Thursday, December 27, 2012

assalamualaikum dan salam petang hangat semua. ini jam gua sedang gegolek sambil memikirkan apa nak buat sepanjang study week ni.

"apa daaaa, study la beb, nama pun study week. dasar pemalas! "

amboi. kasar betul mamat tu. takpe takpe, gua dah biasa dah dengan beliau tu. selalu sangat dah. gua perati je, peratiiii jee tang jauh. eeeeiiiii...

ini minggu, tak dapat nak study der. PBL melambak nak kene present. dengan hardware last last minit buat perangai. dugaan dugaan...
tapi, gua tempuhi segalanya dengan member gua sorang ni, KESABARAN nama die. urban beb nama beliau. engko hado? huh!?

terimas kepada KESABARAN, sebab beliaulah, gua mampu dan alhadulillah, PBL yang kami buat ni (bukan gua bikin sorang, ada ramai lagi..)  di-present secara kool dan bergaya (amboi, kemain kan..)

terimas kepada sadam, sin, ima dan amir (bukan nama sebenar, nama sebenar bustamam) sebab kita berjaya beb, walaupun kejayaan tu tidak se-perfect yang kita mahu, tapi usaha doh. nok buak guano lagi ke? haaaaaa... (terabur bahasa orang aku kejakan..hahaha!)

p/s: lepas ni nak ngadap 2 esemen lagi. mintak nyawa. mintakkkk nyawaaaaaa~~

Oh! Tidak~~

Kamon! Semangat sikit!

Friday, December 14, 2012

assalamualaikum dan salam 1/2/34 hijrah...fuhhh~~ tarikh cantik lagi mencantikkan.
gua ni dari itu hari lagikan cakap pasak tarikh cantik la comel la apa la. haha, ok,abaikan sebab itu bukan tajuk utama.

selang beberapa hari yang lepas, gua ada join satu seminar kepimpinan. yela, memandangkan nilai nilai kepimpinan gua dah makin luput dalam jiwa besi ini, haruslah di lembutkan sedikit demi sedikit dengan ceramah motivasi dari pihak yang berwajibkan?

dalam satu segmenya, gua tertarik pasal dua golongan yang bakal tidak berjaya dalam hidup. dalam erti kata lain, kantoi la dalam perjalanan hidup diorang.

Dua golongan yang bakal kantoi dalam perjalanan hidup di dunia :-


  1. cepat berputus asa
  2. ego terlebih
haaaaa...dua sifat inilah yang bakal meruntuhkan titian perjalanan lu orang sume dalam menjadi insan yang berjaya dalam apa jua kerjaya.

p/s: peringatan untuk diri sendiri dan manusia sejagat

Oh! Tidak~~

Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru

Thursday, December 13, 2012





Segmen? lama dah gua tak join segmen ni. ini kali, segmen pasal blogger pilhan.
jom usha blogger pilihan gua

  1. yang pertama dihati gua adalah........*drum rolling* jeng jeng jenggggggggggg~~

BEN ASHAARI

sebab gua suka blog santai. random post gitu. post beliau padat, mantap, sendat, ketat dan yang penting layannnnn

     2.   sekenli, ceewahh..fefeeling omputih plak....(kali ni take drum roll ke?)


brader ni, gua saspek (dibaca: respek) gak sebabnya post beliau pehhh..fully english kot. post menarik dengan gambar bagai. juga post random. ada in kata orang!


      3.   lasli, hah! sapo deh? lain tak bukan oghang kampung den la! warih sei ni poik!

"phat corner"

haaa..ni tak lain dan tak bukan sobab bini eh comel. hahahahahahahahahaahahaha! maap warih, sei gurau yo. bukan bukan. nak gua ulang balik? dari no satu ke dua, sume blog pasal post random, santai dan relax. blog yang ni pon sama. namun ada keunikan sendiri. nak tahu, sendiri usha la.

p/s: ujang, bro framestone, yuyu dan banyak lagi. yela, sebab segmen ni nak 3 je. tapi gua sayang sume bloggers!






Kosong~~

Monday, December 10, 2012

Assalamualaikum dan salam 229 petang. ini hari bertarikh 11/12/12. peh peh peh, esok tarikh dah cantik dah ni. untuk apa? haaaaa..adalaaaa~~

Oh ya! memandangkan gua sudah lama senyap dari menghentakkan jari jemari gua di keyboard laptop gua ni, jadi ini jam terdetik la dek hati untuk menge-post sesuatu. sesuatu tak sesuatu jugaklah,contain masih kosong. gua tak study papepon nak post pasal apa pun tak tau.

haaaa...gua ada idea, apa kata gua share lagu najwa letup tu. eh, najwa latif yang bertajuk kosong tu. yelah, kene la dengan tema gua ni, contain post yang kosong kosong kooosongggggggg~~~ ceh fefeeling suara sedap kejak..hehe

Lirik Lagu Kosong - Najwa Latif

Kau melihat diriku

Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong 2x


Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong 2x


Kini aku bangkit

Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong .. kosong..

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong.. kosong..


Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong 2x


Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong 2x

Sumber : LIRIK KAMI




ok, jadi bagi mereka mereka yang gemar bermain gitar tu chord lagu ni ialah Am Dm G C E
haaaa, lu orang tutuhlah main sampai lebam lagu ni, sebabnya dari mula sampai meninggal lagu ni, chord die sama tak berubah. ok? selamat mencuba!

p/s: hujan la kejak lagi ni..

Oh Tidak~~




MASALAH DEMI MASALAH...

Wednesday, September 26, 2012

assalamualaikum dan salam pagi subuh...

ini jam tengah hujan...fuhhhh~~ indahnyaa...

gua baru je lepas menfutsalkan diri bersama rakan rakan seperjuangan. penat die takyah cite lah kan, sapa pernah main tahu, sapa tak tahu sila main.

usha usha youtube, layan nasyid jap, nampak satu lagu DI PONDOK KECIL, lagu pasal ayah.
tetiba mutiara mata gua berceceran jatuh ke atas tilam, AYAH.....

beliau mengalami masalah buasir, kronik die sampai kena pakai pampers, sedih siot...

masa gua buang pampers beliau, teringat waktu kecik kecik dahulu, agaknya ginilah bapak gua dulu kan, sobss..

selang bape hari, anak buah gua pulak, AUDADY, kena paru paru berkuman. sedih die takyah cite la, tangkap leleh itu jam jugak lepas dapat khabaran tu. peh, itu jam gua rasa, sifat kebapaan gua ada mari sikit.

p/s: macam macam masalah. kuatkan diri ini tuhan...

Oh! Tidak~~

PENANG 3

Monday, September 24, 2012

Assalamualaikum dan salam tengah malam...

ya dah tengah malam dah ni, esok isnin dan tak bes. sebab apa? haaa... lu pikir la sendiri apa sebab..

janji gua nak upload gambar penang itu hari belum dapat gua tunaikan lagi wahai belog. nanti nanti lah gua bagi. ini hari tak senanglah...

babai...

p/s: takde isipun, nak merepek saja.

Oh! Tidak~~

PENANG 2

Friday, September 21, 2012

assalamualaikum dan salam lepas isyak...

perjalanan dari kuala pilah ke penang yang mengambil masa sepatutnya 6 jam, tapi disebabkan tema kitorang  slow and steady, jadi 8 jam dah perjalanan tu...

motif ke penang? gua follow abang gua grad dekat USM induk, dalam jurusan sains sosial.. ya, abang gua dah ada degree dah...siap dah keje, dah kawin, dah ada anak dan pelbagai ada lagi....huntonglerrrrrr....

ini jam gua lepak dekat ANGGERIK LODGING.. nak kate hotel, errmmm...tak tahulah, resort....ermmm...bukan kot...tapi, dekat laman sesawang tempat ni maklumkan, tempat ni adalah sejenis hotel.. segalanya ok lah, bagi orang marhaen macam gua ni, selesa je..campak memana pon...rilek saja..

aktiviti ini malam, lepak saja kot.. asalnya plan nak jenjalan sekitar kawasan ni, tapi, abang gua ada rehearsal ini malam, habis konpem-konpem lah lambat..kesudahan die, lepak bilik jela,,naseb internet laju...lalu perasaan nak hapdet belog tu ada mari sikit...hehe...

p/s: gambar gambar nanti nanti lah gua upload ok

Oh! Tidak~~

PENANG!

Assalamualaikum dan salam lepas maghrib!

ini hari di PENANG! ada pogram sikit! papehal kejap lagi gua citer kat lu ok belog!

p/s: sabar ok saba...

Oh! Tidak~~

Percubaan Yang Menggerunkan

Wednesday, August 1, 2012

Assalamualaikum dan salam 255 pagi

Ini hari mood gua ok se-ok oknya...

Ehem...tadi gua wusha wusha market android, manalah tahu ada pulak apps untuk para bloggers yang hensem macam gua ni nak guna untuk berblog.

Geledah punya geledah, gua jumpa lah apps ni..tak tahu lagi bes atau pon tidak. Gua agak agak cuak jugak nak guna ni. Manalah tahu kan.....kan.... Haaaaa...ada pahan eh?

P/s: sejuk di Melaka, mutiara langit sentiasa melimpah...

Oh! Tidak~~

Kalau kau tak femes boleh la cakap cenggitu...

Thursday, July 19, 2012

assalamualaikum dan salam petang 3.16

mood gua ini hari melonjak-lonjak keriangan tidak sabar menanti petang untuk bermain bersama rakan seperjuangan yang sudah lama tidak ketemuan. fuhh~~ habis napas baca gini, bole meninggal terkangkang jadinya.

sebentar tadi gua bersantai di beberapa blog, lalu mata gua terpanar pada tajuk entri ni ---> SINI

gua bukan setuju mahupun bantah, namun nak ulas sikit saja.


  1. kalau tak femes, tuit cenggitu takpelah. MUNGKIN manusia berakal boleh konsider ianya satu humor geletek ketiak orang.
  2. engkorang yang celik ilmu ni tak sepatutnya besar besarkan isu ini, engkorang sepatutnya berbincang dengan damai dengan pihak berwajib.
  3. segala perbuatan kita di dunia ni diaplikasikan dalam newton's third law of motion iaitu EVERY ACTION HAVE REACTION. ada paham eh?
jadi, kesimpulan die berfikir sebelum bertindak. senang. damai dunia ni. insyallah

p/s: laparnya...

Oh! Tidak~~

penat? tak hensem lansung tajuk kau...

Tuesday, July 17, 2012

assalamualaikum dan salam pagi semua...

ya..pagilah! pukul 1 dah ni..abih tu? tengah malam? ok, pape jelah...

*urut-urut pinggang* adehhhh..tuo dah kosan eh..amalan making kurang ni....

ok. sebenarnya sakit pinggang gua ni disebabkan futsal tadi. lama dah gua tak beraksi dekat atas padang menunjukkan skill gua yang hensem-hensem tu.

yelah, pagi sampai petang sibuk dengan kelas. petang tu dah tak sempat nak berpeluh-peluh jantan dah, malam je lah yang gua percuma. ramai jugak main tadi. ramai pulak dah tau port biasa kitaorang, tapi takpe takdelah bosan, balik-balik muka kau kau kau kau dan kau.

post ini hari takde nak berceloteh panjang tapi nak ingat kan kepada lu orang "BERSUKAN MENCERDASKAN  MINDA, MENYIHATKA BADAN, MERAPATKAN UKHUWAH"


sekian.

p/s: faris nak tido da tu, tutup lampu lah.

Oh! Tidak~~

minda kecamuk

Tuesday, July 10, 2012

assalamualaikum dan salam tengah malam..

erkkk...tengah malam? eeeeeeeee......cuak kan kan kan kan? haaaaaaa....ayokkk tak tahu..cek bawah katil ada ape? sampah? habuk? sah pemalas...hehe

ini hari agak letih..sama je macam hari-hari sebelum ni..gua masih sibuk dengan amalan kejuruteraan dekat kampus..manusia lain dah berambus balik, gua dengan beberapa rakan seperjuangan yang lain je masih bertapa dekat melaka ni....sobs sobss...

tapi takpe, ilmu tu penting. jadi gua dengan hensemnya, bersemangat untuk teruskan hari-hari gua dekat kampus ni sebelum masuk sem baru..

ok, cukup citer pasal kampus life gua..boooring...

ini jam, gua tengah try nak edit gambar..belajar sesikit la ilmu lain..engineering is soooo mainstsream. tapi.......

gua buntu! tak tahu! idea kosong! seseorang mohon bantu.

sekian.

p/s: kene angkat laptop baru ni...

Oh! Tidak~~




sepetang bersama komputer riba

Saturday, June 30, 2012

assalamualaikum dan salam 556 petang...

ini jam, mood gua so-so saja...

gua baru lepas blogwalking beberapa blog yang baru-baru  update post. hal ini disebabkan oleh, kebosanan level nak meninggal gua yang tak dapat dibendung lagi.

gua tak lalu lalang blog lu? kesah pula?

sekian.

p/s: pian ajak ke pasar ini hari

Oh! Tidak~~

KAMONLAH bro and sis!

Wednesday, June 27, 2012

assalamualaikum dan salam 1115 malam

ini hari mood berbelah bahagi. sekejap hepi datang menjengah, sesekali marah menyusul. hal ini adalah disebabkan ape pon gua tak tahu. sebab dan musababnya tidak dapat dikenal pasti

saban hari gua tengok, nampak, dengar, rasa, sentuh dan pelbagai basic sense yang ada pada diri ini gua gunakan dan perasan, blogger semakin meningkat bilangannya. sebab dan musababnya adalah terletak pada si pencipta blog itu sendiri yang gua tak tahu tapi alasan yang normal adalah DUIT DUIT DUIT.

tapi, alasan tu memang tercapai dek akal namun kalau diiringi bersama USAHA.
macam post sebelum gua ni ~~> mohon TEKAN sini

tapi, bagi gua. berblogging ni sekadar mahu suka-suka sahaja macam mengisi masa lapang gitu. disamping tambah kenalan, jumpa dan borak-borak.
tapi setakat ni, gua tak pernah pon join mane-mane gathering blogger disebabkan kekangan masa. yelah, gua masih ade tanggugjawab yang lebih penting sebagai PELAJAR.
tapi, kalau dapat tu  syukurlah jangan pulak lu orang riak tak tentu pasal, sesilap kene tarik balik nikmat tu. ada paham eh?

sekian. maleh nak ceghabih banyak, bosan koba dek oghang.

p/s: blogger baru tu memang style

Oh! Tidak~~

USAHA ESCALATOR KEJAYAAN

Monday, June 25, 2012

assalamualaikum dan salam isnin.

mood gua ini hari sedang sedang elok saja. tak berapa gembira, tak berapa sedih. kira gua masih mampu lah menjalani kehidupan yang serba mencabar ni dengan tenang tanpa gangguan emosi.

ESCALATOR, apa kejadah tu? haaaa, itu adalah tangga bergerak yang lu orang dok naik masa jenjalan kat shopping shopping kompleks tu.

selalu, lu orang dengar usaha TANGGA kan, ini jam gua tukar pendirian. yela, USAHA ni kalau lu orang buat, insyallah result yang lu orang mahukan itu, cepat dapat.

tapi kalau, tak buat USAHA tu? ape jadi? haaaaa..sendiri mau pikir aaaa bak kata NABIL MAHARAJALAWAK tapi ni versi cina la.

senang cerita, kalau usaha dapat, tak usaha tak dapat. sekian

p/s: nampak dah usaha sorang blogger ni makin naik. saingan makin tinggi.

Oh! Tidak~~

Ubat Lupe

Monday, June 18, 2012

assalamualaikum dan salam pagi..

ini hari hati gua tergerak sikit nak berceloteh di pagi yang damai lagi dingin ni.

memandangkan sorang sorang member manusia gua balik ke kampung halaman memasing, gua berasa boring dan seraya teringat dan berkata, "Eh? kita ada blog kan? Nak post sesuatu lah" *sambil tunjuk peace kat pipi*

......................

err, nak post ape ni? nak citer pasal ape? ape yang aku pikirkan tadi. arghhh!

*pergi ke tempat dimana gua dapat idea sambil jalan ke belakang*

asal gua buat gitu? kecelakaan apekah itu?

gua ade terdengarlah khabar angin yang mengatakan bahawa kalau lu orang lupa nak buat ape terhadap sesuatu perkara, maka pergilah lu orang ke tempat dimana lu orang dapat idea nak buat sesuatu perkara tu nescaya akan ingat semula sesuatu perkara yang lu orang nak buat tu haaaaa..

gua pon tak tahulah sejauh mana kesahihan berita atas angin tersebut tapi setakat ini.....kengkadang jadi kengkadang tak.

ok. nak makan bai.

Oh Tidak~~

Mari berfikir wahai akal!

Monday, May 21, 2012

assalamualaikum..

gua bukan cube jadi ustad yang beriman, bukan juga cuba menjadi bapa yang soleh, juga bukan cuba untuk menjadi anak yang derhaka.

belek-belek susur masa petang tadi, gua terbaca satu tuit  dari seorang blogger yang tidak kurang dari segi kepopularan blognya, menyatakan "Anak, tak pernah bawa malang kepada ibu bapanya. Mereka adalah amanah dari ALLAH. "

ok, bagi pendapat akal gua yang tak berapa jahil ni, kenyataan itu tepat, NAMUN!

BAGAIMANA PULA JIKA ANAK YANG DERHAKA?

ok, gua nak tekankan dari segi masalah anak itu sendiri. SALAH SIAPA?

gua bukan nak tunjuk pandai waima cuba menjadi seorang hamka dekat sini, namun gua mahu berfikir dan berkongsi. ermmm.


.......................................................... ok, gua tak dapat fikir. sapa ek salah?

p/s: anak ibarat kain putih, penjaga yang mewarnai anak die sendiri.

Oh ! Tidak~~

Padah tak warming up...

Monday, May 14, 2012

assalamualaikum...

adehhhhhh *urut pinggang*

dah macam orang tua dah gua ni. urut-urut pinggang bagai.

ni adelah padah yang lu orang bakal terima kalau tak warming up sebelum bersukan. semalam, gua dengan ghairahnya men-follow-kan diri gua untuk join beberapa manusia yang bergelar member berenang yang bertempat di Kolam Renang MBMB MELAKA.

gua ni pon dah lama tak prektis skill berenang yang gua peroleh sewaktu menyertai kursus renang dekat Larkin, JOHOR BAHRU itu hari. jadi, berbekalkan ilmu tersebut, gua dengan ghairahnya prektikkan lah.

semua berjalan dengan lancar sampailah satu ketika, gua tak tahu macam mana, gua nak test skill diving gua yang illegal, kekonon macho la kan. yela, awek ramai kan kat situ, huahuahhuahua. ok, berenti gelak!
ketika untuk naik ke permukaan, beserta kesilapan teknikal, pinggang gua telah membengkok sebanyak 90 darjah lalu meletop. ok, jangan gelak sebab kesakitan yang gua peroleh tu memang tiada unsur lawak pon.

selepas itu, kesakitan itu beransur pulih dan gua pon meneruskan aktivitas gua untuk bermain tenis bersama rakan se-tenis-an gua. ok, gua baru je berjinak-jinak main tenis tu. takde power mane pon. setakat NADAL tu, gua yang ajar servis angin tu.

haaaaaa..setat lepas main tenis tulah, pinggang gua yang baru lepas eksiden tu beransur untuk sakit kembali dan sampai lah sekarang masih sakit. dem!

sekian. malas taip banyak sebab tengah sakit.

p/s: nak bersukan mohon streching dulu ye.

#1 REFLEKSI ISU

Wednesday, May 9, 2012

assalamualaikum semua..

log in pesbuk, tengok timeline, pap! keluar satu bideo yang gua yakin ramai yang dah tengok. bideo mengenai penderaan bayi yang kene pukul dengan bantal secara 'hardcore' tu.

pertama sekali yang menjadi persoalan dalam benak otak gua ni, "KENAPA BEGITU"

kedua, "KENAPA BUKAN BEGINI?"

SOALAN PERTAMA gua tu berkait dengan si perakam bideo tersebut. KENAPA DIA RAKAM? haaaa..... kalau lu orang prasan lah kan, si perakam asyik sebut, "Dah lah tu Senah (bukan nama sebenar).."

SOALAN KEDUA gua pula berkait dengan, si perakam juga. gua tak tahu lah, si perakam atau ada orang lain dalam situasi tu yang berkata camtu, namun mengapa bantuan tidak dihulurkan? tak mampu? haaaaaa... nah, seribu tapak kaki gua hulurkan untuk lu bai!

SOALAN SETERUSNYA, gua tak tahu lah ape nenek jin mana yang rasuk si SENAH (bukan nama sebenar..) tu sampai sanggup la buat gitu kan. ermmmm...
mungkin ade masalah PMS kot.

p/s: gamba kamping kat PAHANG tu gua tak dapat upload sebab personal prob...




kawan...

Sunday, April 15, 2012

assalamualaikum...

hidup ni memang palat, tapi esok masih ade..

gua nak bagitahu lu orang, duduk di dunia ni, jangan cepat sangat tak suke kat orang. walaupun diorang pernah bikin hati lu orang panas, tapi cube bagi peluang dan pikir positif.

sebabnye, satu hari nanti orang yang lu menyampah level sampah tu lah kemungkinan akan bantu korang tatkala berada di saat telor hujung tanduk.



p/s: think positif, be positif..errkk..kenyang~~

Oh! Tidak~~

#1 PAHANG DARUL MAKMUR

Saturday, April 14, 2012

assalamualaikum..

cuti mid-sem ni memang tidak lain dan tidak bukan akan gua penuhi dengan aktiviti bersama suksis-mate gua dan para jurulatih. aktiviti tersebut adelah camping tahunan! weeehu!

dengar je perkataan camping, gua dah seksaited giler dah. pengaliran adrenalin gua bertambah lalu menyebabkan perasaan yang dipanggil gembira dan seronok wujud.

aktivitas tersebut akan gua jalani eh telah gua jalani pada 7-13 APRIL 2012...

macam-macam aktivitas yang gua buat dan akan gua uploadkan dekat sini...tunggguuuuuu~~

p/s: proses upload akan berlaku tahun ni jugak..harap bersobar..

Menguap banyak..

Friday, April 6, 2012

assalamualaikum...

mood gua sekarang TAK BOLEH NAK LELAP!

gua tak tahu kenapa, mengapa, bagaimana, adakah, siapakah dan berbagai jenis soalan yang bermain dalam benak pemikiran gua ni. ASAL TAK BOLEH TIDO DOWH?

jap2..ni mesti sebab petang tadi lu da tido kan?

"bukan..."

ke lu tengah jiwa kacau sebab...

"salah..."

atau lu tengah lapar, perot kecamok?

"salah! eh.................sikit la."

haaaaaaaa..kan..gua dah agak dah!

"tapi tu bukan jawapan yang tepat lagi sahih!"

gua tak boleh nak lelapkan mata pinjaman ALLAH ni sebab besok ade test untuk killer subjek gua beb! stadi dah, hapai formula dah, buat soalan......errrr...aaa....sikit-sikit.
haaaaaa..ape lagi yang mengecamokkan minda gua ni? itu yang gua tak tahu sekarang!

p/s: harap soalan senang.

Oh! Tidak~~

Senyumlah ahaiiii cik mek molek~~

Thursday, April 5, 2012

assalamualaikum....

mood gua sekarang adelah jiwa kecamok..

baru sahaja sebentar tadi gua selesai dengan kelas COMMUNICATION ORGANIZATION, atau secara ringkasnya gua panggil CO.
Yelahkan, kalau orang tanye gua, senang lah. "kau kelas ape rini?" then dengan bersahaja + coolnye gua balas, "CO..."
haaaa...nampak tak permainan die kat situu? takdelah nanti gua mengidap sindrom lidah terseliuh, gara-gara nak sebut dengan spesifik dan skemanya COMMUNICATION ORGANIZATION  tu kan? kah3!

tuan punya penyampai ilmu adelah lelaki dan berlevel professor doktor madya. ke cemana nak sebut? ok, senang citer beliau ade pangkat doktor dan professor madya.

secara normalnya, manusia yang berkemahiran dengki-dengan-orang lain ni selalu membuat hipotesis dengan mengatakan "semakin berpangkat manusia semakin berlagak" dan seterusnya mengiktiraf hipotesis mereka berstatus "experimen berjaya".

godai ok bagi manusia spesis macam ni, sila berjumpe dengan gua punye lecturer ni dan gua pasti manusia spesis  cenggini akan pupus serta merta.
secara konklusinya gua nak coretkan bahawasanya lecturer gua tu masok air, lawak, paham perasaan, boleh bawak berbincang dan berilmu. beliau dalam list role model gua selepas RASULULLAH S.W.A

p/s: tapi esemen die memang banyak...

Oh! Tidak~~

letih main futsal petang tadi dengan rakan-rakan...

Wednesday, April 4, 2012


assalamualaikum...

gua tak nak membebel panjang..

tajuk entri sudah terang lagi bersuluh..

kbai.

p/s:diam!

Oh! Tidak~~

TEST...

assalamualaikum

sekarang mood gua moodless


test statistik yang senang pon lu tak boleh jawab

sekian.

p/s: mungkin masih terganggu dengan masalah lepas. kamoonnn la bro!!!

Oh! Tidak~~

BELIAU.....

Tuesday, April 3, 2012

assalamualaikum...

dikala gua tengah menaip post ni, jiwa gua sedang kacau..

gua nampak beliau masa skola menengah lagi..mase tu form 4..beliau budak baru..gua selalu gak usha beliau (tapi bukan tengok ehem ok, gua hati suci..)  tapi disebabkan persekitaran gua yang islamic environment, kengkadang gua insaf kejap.......... *gentel tasbih* lepastu...........buat balik, kah3! (dasar pervert!)

beliau gua nampak cool, sederhana, independent dan takde lah tergedik-gedik macam lain and is the type that i'm looking for <---mampos BI terabur.

gua setart mesej die lepas high skool, tak penah bebual, tetiba je mesej. die layan! itu yang penting! hehehe...hati gua setart berbunga taman astakona..mak aih! jiwang siot aku! macam jilaka!

then, makan tahun jugak, gua jadi biskut chipsmore brand DANONE yang lazat lagi mengiurkan. kejap ade, kejap takde. *sigh*
gua, ni bukan jenis yang dok suka mesej , tepon 7/25 eh? 7/24, silap..bukan maksud gua tak caring, tapi kitorang tak declare pape pon lagi, dan one thing adelah gua nak jadi kawan tapi mesra beliau.

famili gua bagitahu, kau tak payah nak couple2 bagai, rilex dulu, dah ade yang kau minat,keje bagus2,kumpul duit, teros pinang.

gua pon memang dah pikir gitu dah, walaupun adelah antara DOKTOR CINTA yang gua jumpe cakap, "kalau kau nak,usaha dapatkan,dah dapat,jaga elok2"
tapi gua jenis lain la, bukan jenis yang terburu-buru..

gua ni ibarat pemburu tahu, dah cukup masa baru tembak! bukan nampak terus nak tembak. kene aim dulu kan? hehehehe..

tapi tulah, mungkin rezeki jadi kawan saja kan? (tulah, nak sangat mintak kawan, kan dah di kabul dek TUHAN..)
tapi gua yakin, kalau die bebetol sukekan gua, gua akan dapat beliau.

ritu pon die dah HIGHLIGHTkan dalam mesej yang latest ni bahawasanya gua adelah member yang terbaik sekali..tapi serius lepas tu, gua dah rase cam nak tangkap leleh dah..(muke lejen, hati tisu dowh!)

gua akan tetap berdoa, dan terus berdoa,kalau panjang jodoh, gua akan dapat beliau..

p/s: rase diri cam bersalah pon ade jugak..

Oh! Tidak~~



JAM BUMI

Saturday, March 31, 2012

assalamualaikum....

hepi earth hour!


ok gua tahu light graffiti yang ni tak berapa nak jadi..................ok memang tak jadi pun!

tulisan pada gamba itu adelah "EARTH HOUR"

special thanks to UNGKU FARIS, my best roomate because willing to be my model for this light graffiti. (sebenarnya gua pakse!)

p/s: hati gua masih sayu

Oh! Tidak~~

Babun Bercinta

assalamualaikum...

cinta? eh, cantik sikit ayat lu. lu orang ingat gua taip post gune kata ganti nama diri 'gua' jadi gua hati batu lah? HAHAHAHA..silap besar disitu..

gua ni boleh diklasifikasikan sebagai manusia hati taman muke lejen tahu. ok sila muntah.

*Scene lain*

yeaaaa! dapat mash potatoes kfc dari member.


*Sambung balik tulis post*

untungnya dapat mash potatoes ni..eh? lupe plak nak sambung cite. ok, gua cume nak coretkan kat sini bahawasanya DALAM SESEBUAH RELATIONSHIP TU ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN, MASING-MASING HARUS AKTIF BUKAN PASIF.

ok, paham eh?

lu orang menyesal sebab tak aktif dalam perhubungan tu. lu orang tunggu dan tunggu dan tunggu dannnnnnnnnnnnnn.... terus tunggu dengan harapan si dia akan make the first move.

kamonnnnnnnn! be a gentleman lah!

p/s: dengan harapan si dia baca post ni walau ku tahu dia dah tutup blog dia.

Oh! Tidak~~

Hujan Hujan Hujan

Thursday, March 29, 2012

Assalamualaikum....

Jiwa gua ini hari meronta-ronta malas ke kelas. Pelbagai cara gua aplikasikan bagi membuang sifat negetif ni namun ia berakhir dengan kejayaan si napsu menguasai diri tuannya..dem!

Jap, ni sape tuan kepada sape ni haaa...eiiii aku la kan...


p/s: hidup berajakan napsu itu hancur

Oh! Tidak~~

Fuuuuuuyooooooooooooo!

assalamualaikum...

dan saya macam oh em geeeeeeee. <---- translate ke BI, cenggini bunyi die:-

"and i was like, oh my godddddd!"
cume pronounciation tu kene gedik ala-ala minah KL la. <--- ini racist

HAHA..ok2, maap maap maap..gua mintak maaf kalau sesape terasa. tapi macam, who cares? 
gua nak bangge diri sikit ni, nak citer sikit..

"ape-ape? ce cite-ce cite", suare asing menyampuk.

eiiii..aku lah kan..ko ni suare asing, mane gua ade, situ jugak lu nak bersemak, eh menyemak.

"k....",suare asing berlalu pergi.

bagus.

ok, gua terus-terang jelah, malas nak taip berpuluh juta ratus perkataan, sebenarnya gua nak tunjuk ni haaa..abaikan followers tuu...

tadaaaaaa!!!!


bangga kan kan kan? muahahahahaahaha! bloggers lejen tahu. tak? kuaja.
bagi gua diorang lejen dar segi penyampaian. siyes. try la singgah teratak diorang ni haaa..

KLIK PERKATAAN BAWAH NI KALAU NAK KENAL LEBIH...





p/s:lepas ni konpem gua kene kutuk sebab cara gua. tak goyang la beb!

Oh! Tidak~~





Ade Otak? Pikir la..

assalamualaikum..

orang lain pikir masalah kau, tapi kau tak pikir msalah kau sendiri. macam mane gamaknye tu?

susahkan dapat manusia akal letak dekat bontot. nak pikir je, kentut. nak pikir je kentut. eh?

gua bukan pencemuh peribadi sesape tapi, manusia-manusia begini sila berhenti jadi orang dan mohon jadi haiwan. bro, haiwan pun bole pikir sikit-sikit tahu?

p/s: kata-kata pedas bak masak lemak cili api orang nismilan ni harap tafsir dulu, baru komen.

#WORDLESS WEDNESDAY

Wednesday, March 28, 2012

assalamualaikum..

err..camner ejaan WEDNESDAY sebenarnya? WET-NESDAY ke? ok, abaikan..

ni adelah wordless wednesday gua yang tersulung buat abad ini. gua tak tahu macam mana hati, jantung, hempedu, paru-paru serta semua organ dalaman gua ni mampu bermesyuarat lalu hasut gua supaya buat segmen gini. segmen? bukan.....lantaklah...

umum sedia maklum, wordless wednesday ni secara kasarnye menyuruh bloggers seluruh pelusuk alam ni letak gambar dan tanpe diorang taip pape, hanye pembaca taat saja yang akan komen maksud tersirat serta tersurat gambar tersebut. sekian


p/s: weeeeehuuuuuu..

Oh! Tidak~~

Lu Ingat Gua Budak Lagi?

Monday, March 26, 2012

assalamualaikum..

ok2..ni pehal garang sangat ni..datang bulan ke hape? HAHA!

ok, ni bukan sebab pasal datang bulan ke hape ke, tapi yang gua nak cakap coretkan kat sini adelah mengenai spam komen yang entah dari celah bedah mane ntah datang, bagi ayat-ayat manis bagai suruh gua buat itu ini sume untuk dapatkan lebih follower.

Dear Spammers,
    nak gua tekankan dekat sini bahawasanya gua tak hadap pon follower belambak macam pengembala kambing. yang gua mahukan adalah followers yang setia dengan blog hina gua ni. kalau follower belambak, post lu orang orang komen sebesar zarah pon habuk tarak, simpan je blog lu orang dalam plastik sampah, campak kat laut. takyah tengok blog sesape, tengok gua punye je, HAHA.. (kutuk diri sendiri nampak..)
gua tahu, lu spammers bagi virus tu. ingat gua bebudak ke?

yang penting, bak kate abang BEN kualiti, bukan kuantiti..tapi gua masih mencari dan membuat agar blog gua berkualiti..camner ek? HAHA!

p/s: setandan pisang, belom tentu semuanya elok dan tak semua busuk.

Oh! Tidak~~

Seribu Sesalan

assalamualaikum..

manusia ni kan, hidop die ade kitaran macam ni:-

Dengki--> Tak puas hati---> Balas dendam---> Puas---> Menyesal--->Dengki

dan selepas DENGKI tu akan ulang balik cycle kat atas tadi tu. gua pon manusia, dan gua pon ade hasad dengki. jadi jangan ingat diri tu baik. gua coretkan ni berdasarkan pengalaman. dan pengalaman mengajar gua untuk cube hijrah ke lebih baik. umat islam akan cemerlang kalau die amalkan matlamat "hari ini lebih baik dari semalam"

BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN...

Sunday, March 25, 2012

BEN ASHAARI 


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu MALAYSIA dan salam-menyalam..ok abaikan yang lastu..

dalam saat gua tengah berpesbuk, abg ben ade post dekat kelab die pasal segmen ni la..eh? segmen ke? ntah..jadi gua dengan cool dan machonye join lah..

ok! selamat datang kepada lu orang ke teratak buruk lagi hina gua ni. gua tak saspek sesape untuk singgah mahupon tahu pon pasal blog ni, tapi kalau ade ALHAMDULILLAH..lu orang semua teramat-amat lah dialu-alukan..kedatangan lu orang semua gua dahulukan dengan ucapan trimassssssss! (wahh! macam ayat dalam kad jemput kawin lak...)

p/s: nak join? klik je banner blog abg ben kat atas tuuuu...

Oh! Tidak~~

Terima Kasih Daun Ketum

Eh? Tajuk post ni gua penah buat tak? *cek post lame* Ok!belom cek...malas nak tengok..ok lantak.. Post ni khas buat kipas-susah-mati gua di luar sana sama ada hidup atau yang sudah meninggal. Thanks a lot guys! Tanpa lu orang, gua takde blog ni (tacing cam nohorom!) p/s: tapi ade ke? Oh! Tidak~~

LAGU K-PORK? layan jela...

assalamualaikum..

k-pork? ok, gua admit memang macam menganjing sikit tajuk post gua kali ni. ok bukan sikit, banyak dan sudah tentunya gua akan dikutuk selepas peminat kipas-susah-mati k-pork sekelian alam baca post ni. tapi masalahnya, memang takde orang yang bace, jadi gua tak kesah lah, HAHAHAHAHAHAHAHA! (gelak over-limit..)

gua telah dipilih sebagai vokalis utama band dekat malaysia yang lansung tak terkenal dekat muka bumi malaysia ni. diorang telah memilih lagu yang bertajuk AOZORA NO NAMIDA yang dipopularkan oleh band dekat negara terbit matahari nun di JEPUN sana iaitu HITOMI TAKAHASHI. alah, lagu tema BLOOD + tu...tak tahu? gua pun, baru je tahu.

ok, sebenarnya ni bukan lagu k-pork, ni lagu anime. gua saja je nak bakar lain kipas-susah-meninggal k-pork seluruh semesta semua, HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! (over-limit lagi...)

bagi insan yang tak tahu dan nak tahu, sebelom kene sindrom paru-paru semput, sila

>>KLIK SINI<<

p/s: berusaha untuk menghapal, walau tak faham satu hapak pon.

Oh! Tidak~~

YSS

Saturday, March 24, 2012

assalamualaikum..

rabu ritu, gua bersama 100 lebih budak UTeM yang lain telah menglibatkan diri secara relanya ke suatu event  yang diberi nama PELANCARAN YAYASAN SUKARELAWAN SISWA. secara rela tu tipu je. ade sebab pegi. pegi sebab nak makan free, hehe...
event ni berlansung di UiTM SHAH ALAM dan disertai oleh lebih 10 riban ribu siswa-siswi dari pelbagai IPTA dan IPTS seluruh malaysia. wahhh! bunyi cam gempak kan? haruslah gempak kalau dah PM MALAYSIA, Dato' Seri Najib yang hadir dan rasmikan.

gua tak sempat nak amik gambar beliau sebab malas sebab ramai orang sebab gua tak suka berasak-asak sebab gua cool.. ok abaikan yang last tu. 

di sana, objektif utama gua terlaksana, iaitu makan free dengan PM lagi tu, lu orang hado? HAHA sila jeles.




dan juga gua dapat benda alah ni kat sana-->










tak spesial mane pon bagi lu orang diluar sana, tapi amat bermakna bagi gua. gua pon tak pasti fungsi utama yayasan ni ditubuhkan, tapi yang gua dapat tangkap yayasan ni mesti untuk sukarelawan yang membantu orang lain dan organisasi ni perlukan orang yang hensem dan cool macam gua, itu konpem HAHAHAHAHA! (perah the santan betol!)

p/s: tolong-menolong amalan suci lagi murni.

Oh! Tidak~~

Berdosakah Aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"busuk giler mamat ni, tak pakai dedoran ke?"

"nak main game, buat cara main game, perangai tu kasi cantek sikit"

"lu dengan babi takde beza lansung"

statement-statement diatas tu biasa gua dengar dan tak dinafikan gua juga pernah bercakap sedemikian. tapi, tak seterok ayat-ayat kat atas tu, cume sipi-sipi je. tapi siyes, gua kengkadang kesian dengan beliau ni.

beliau ni, se-classmate dengan gua dan beliau ni sebenarnya ok je, cume ade certain perangai dan bau yang kurang enak selalu menjadi perdebatan dan medium untuk membahan sering berlaku. gua tak nafikan, manusia yang bergender lelaki yang aktif mengeluarkan peluh yang banyak. ya, itu kajian saintifik gua yang latest, tapi sekurang-kurangnya, adalah keinginan nak kurangkan bau babi tu. ni tidak, orang dah semis-semis pon tak paham lagi. nak kene cakap dengan kaki baru ada akal ke?

masalah kedua, beliau ni mempunyai sifat yang kalau cakap tu nak berlagak je. dem! ni gua yakin, lu orang kat lua sana mesti tak berapa minat dengan spesis pesen gini kan? kan? kan? 

huh! gua dah agak dah. <-- ayat berlagak giler.

tak tahu nak cakap dengan die macam mana lagi. nak sembur habis kang, basah pulak kang. haaaaa.. camne ek?

p/s: gua bukan golongan yang suci lagi murni, tapi sekurang-kurangnya gua terima pendapat orang lain.

Oh! Tidak


Sombong Nak Meninggal...

salam tengah malam, salam sejahtera, assalamualaikum, salam satu malaysia dan salam-menyalam.

HAHAHAHA <--- member gua tengah gelak tengok running man.

ok, abaikan keadaan kat atas tu, memang selalu dah jadi tetiap hari. plug in earphone, then tetiba je gelak ditengah-tengah kesunyian. memang pemecah kesunyian betul lah member aku ni.

ok straight to the point, gua nak bagitahu yang manusia yang bergelar femes-amous ni, janganlah lu orang anggap berlagak, ujub, kekwat, takabbur dan pelbagai lagi sifat yang sewaktu serta se-level denganya. Secara majoritinya, hipotesis lu orang yang tak diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran tu amat bertepatan, namun diantara kumpulan majoriti itu ade golongan minoriti yang mampu menggugurkan hipotesis tak diiktiraf tu.

Kalau lu orang ade belajar statistik lah kan, dibawah tajuk sample distribution, korang pasti paham ape yang aku cakapkan.....ok.....sebenarnya takde kene mengena pun, tapi ade lah sikit (mule dah merapu..)

sebagai contoh, legend-legend bloggers kite macam BEN ASHAARI, BRO FRAMESTONE, UJANG (warikh tak berapo nak warikh...) diorang ok je.
takdelah sombong mane pon. gua tegor diorang kat FESBUK n TWITTER balas je, (most of the several timelah)

takdelah, maksud gua tu, cube positif sikit, mane tahu diorang sibuk kan? 
ni tak, bile tak berbalas sume nak panas hati, kutuk lepas tu fitnah. kan dah dapat dose free. kesian insan-insan tu.

p/s: nak bertegur-sapa tu biar kene tempat dan masanya

Oh! Tidak~~

otak akal dan cara befikir

Friday, February 24, 2012

hai uolss..okeyh harini mak jemah nak cakap bagitau sesuatu..uolss sume mesti ade akaun facebook? twitter? akaun bank? ok, abaikan yang last tu.

setiap kali korang bukak, mesti je ade insan-insan yang lepaskan geramlah, sedihlah, gembiralah dan macam-macam ada lagi kan? konpem!
dan konpem jugalah bagi insan yang jenis-jenis alim gittew *tangan kedada, mata keatas* post status bercirikan "islamic environment" walau korang tahu status sebenar insan tersebut.

ok, gua sebenarnya taknak sentuh waima menceritakan pun pasal ciri-ciri manusia yang terdapat di laman soSIAL yang terkenal abad ini tu, sekarang ni gua nak cakap pasal cara pemikiran.

ok, gua sedar dari mula gua membebel tak ade kaitan lansung dengan tajuk gua.

straight to the point lah ok? gua nak bagitahu dekat lu olang sume, kalau insan-insan yang wujud dalam facebook korang hapdet status yang pelik-pelik, gambar pelik-pelik, bideo feliks-feliks, mak jemah nak hengatkan tengok, baca boleh tapi, tolonggggggggglah!
filter dulu setiap bait-bait info yang korang terima masuk dalam kepala korang ittew, kemudian cube fikirkan kebaikan dan keburukannya.

dalam erti kata yang senang untuk difahami, tengok baca bole, percaya 100% jangan...ada paham? kbai.


p/s: berfikir seperti akar serabut, bukan seperti akar tunjang.

Hapepasal?!

Tuesday, February 7, 2012

sebentar tadi, gua terasa nak usha-usha post gua yang lame-lame tu. Saje nak bace-bace balik ape yang gua melalut selama ni. Yela, kena lah dengan tujuan asal gua ber-BLOG, bukan untuk menjadi RETIS mahupun PENGAUP KEUNTUNGAN semata tetapi, hanya sekadar untuk dijadikan satu medium untuk gua imbau kembali kenangan dahulu *lagu blues berkumandang*

alah, lagipun gua tahu kemampuan gua dimana. Setakat gaya penulisan gua ni, memang tak bole pegi jauh lah, tapi gua tahu masing-masing ade kelebihan tersendiri *masih mempunyai niat untuk jadi retis dan pengaup keuntungan! HAHA*

ok, niat tu memang ade, sape yang tak hendak. Tapi, serius niat asal gua adalah yang seperti gua tulis kat perenggan dua satu tadi, sila cari sendiri sebab gua malas nak taip semula mahupun kopipes.

tapi, mase gua usha-usha post-post yang lelama tu, gua dapati bahawa 65% post-post yang gua buat dahulu tak boleh nak bukak lansung! dan gua macam  -____-

arghhhhH! apesal ni!?

Lalu, gua dengan macho dan coolnye men-CHECK la sebab dan musabab berlakunya kejadian seperti diatas tadi.....

dan keputusannya adelah......... *bunyi drum*

PUNCA KEJADIAN MASIH BELUM DIKENALPASTI!

gua sedih dan berlalu pergi......



p/s: gua yakin, ia adelah disebabkan oleh idea yang tak berapa bernas gua melakukan penukaran URL blog gua yang beroperasi pada tahun lepas.... =.="

Onomnom...

Takk ponah ghaso menatang ni...try la...hehe..

Mari Mari Mari

Sunday, February 5, 2012

Potang ni layan ikan bakar yo...

Percubaan

Sedang gua usha market dekat android, gua nampak application untuk blogger, wah! Gua dengan yakin dan takaburnye, meng-klik lah butang download. Itu je citer gua, sekian. Btw, post ni gua gune application android. Taip je blogit, nanti jumpe. Kbai.

idea please!

Friday, February 3, 2012

salam satu malaysia sumo eh! sebenarnya, gua dah lama ada dekat rumah ni. nak juga hapdate belog gua yang dah bersawang macam hidung budak umur 1 tahun. paham? tak? pahamkan sendiri.

kemalasan gua yang tahap bapak sloth ni memang tak dapat diatasi lagi. alasan yang sama, tak ade idea, tapi bile da setat menaip, ade saja bende gua nak taip cuma malas.

sebenarnya gua takde idea nak tulis hape, jadi.. sekian.. bye..


p/s: mesti berbulu dengan gua kan?

Post Khas buat blogger tuu....

Monday, January 16, 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang baca blog ni *ade ke?*

haha, whatever apepun *ayat ntah hape2* , baru je tadi hati aku tergerak untuk melawat halaman teratak aku ni hah..bukan takat berhabuk, berlipas, bertikus, berlabah-labah dan bermacam-macam ber lagi..

ok, sebelum aku men-START-kan kerapuan aku, baik aku stret to the point *eja STRAIGHT salah* , ade lah seorang blogger ni komen kat post aku yang terdahulu ni >KLIK SINI JAH OI

so aku pon merajinkanlah diri semata-mata untuk blogger tu, ceewah! baik kan aku? *muntah pelangi*


kepada BOBO, ni die hero gua tu:-



nama saya MUHAMMAD AQIL AUDADY BIN ASMAWI
saya baru sebulan duduk kat dunia ni.. saya bakal jadi hensem dan cool macam paksu saya, si AFEB PILAH tu =)


ok, sekian repekan aku yang berbaur keUJUBan ni, sebelum korang mati sebab sindrom muntah pelangi, aku chow dulu..




p/s:  kakak aku @ mak aqil ni sakit, so doakan beliau cepat sembuh..sian hero kecik aku           
        ni, sakit pulak mak die..tak dapat susu.. =(







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...