Padah tak warming up...

Monday, May 14, 2012

assalamualaikum...

adehhhhhh *urut pinggang*

dah macam orang tua dah gua ni. urut-urut pinggang bagai.

ni adelah padah yang lu orang bakal terima kalau tak warming up sebelum bersukan. semalam, gua dengan ghairahnya men-follow-kan diri gua untuk join beberapa manusia yang bergelar member berenang yang bertempat di Kolam Renang MBMB MELAKA.

gua ni pon dah lama tak prektis skill berenang yang gua peroleh sewaktu menyertai kursus renang dekat Larkin, JOHOR BAHRU itu hari. jadi, berbekalkan ilmu tersebut, gua dengan ghairahnya prektikkan lah.

semua berjalan dengan lancar sampailah satu ketika, gua tak tahu macam mana, gua nak test skill diving gua yang illegal, kekonon macho la kan. yela, awek ramai kan kat situ, huahuahhuahua. ok, berenti gelak!
ketika untuk naik ke permukaan, beserta kesilapan teknikal, pinggang gua telah membengkok sebanyak 90 darjah lalu meletop. ok, jangan gelak sebab kesakitan yang gua peroleh tu memang tiada unsur lawak pon.

selepas itu, kesakitan itu beransur pulih dan gua pon meneruskan aktivitas gua untuk bermain tenis bersama rakan se-tenis-an gua. ok, gua baru je berjinak-jinak main tenis tu. takde power mane pon. setakat NADAL tu, gua yang ajar servis angin tu.

haaaaaa..setat lepas main tenis tulah, pinggang gua yang baru lepas eksiden tu beransur untuk sakit kembali dan sampai lah sekarang masih sakit. dem!

sekian. malas taip banyak sebab tengah sakit.

p/s: nak bersukan mohon streching dulu ye.

0 pesanan kepada aku:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...