Aktivitas sepanjang minggu lepas

Thursday, January 31, 2013

assalamualaikum dan salam petang eberibodi. apa bikin petang petang gini? yang tengah baca post gua ni, konpem konpem la tengah membaca kan? hahaha (lawak hambar )

ok kali ni, gua takda nak tulis banyak, cumenya nak tulis segala aktiviti yang gua buat setat dari 25/1 sampai la 30/1 tahun duaributigabelas.


  1. 25/1 tu, pepagi lagi gua dah bangun, basuh baju, kemas rumah sewa dan memacam lagi perkara yang gua buat bagi mempercepatkan masa, sebabnya lepas solat jumaat tu gua nak berambus terus ke pilah.
  2. 26/1 bersamaan dengan hari sabtu, gua dapat invitation dari laman sesawang twidder gua dari seorang member se-Universiti gua untuk menyertai pendakian gunung angsi, ulu bendol pada pagi itu jugak. disebabkan rumah gua yang dekat gila babun tu, gua pun dengan gelojohnya bergegas ke tempat kejadian. pendakian selamat.
  3. malam 26/1 itu gua dan beberapa lagi rakan se-Sekolah gua melakukan aktiviti melepak bersama. gua rindu ke diorang senanya. karok, minum, gelak gelak, cerita cerita bende bangang, kacau budak minta derma, tengok budak setting moto dan bergerak balik.
  4. pagi 27/1 itu, dengan liat sekali gua bangun untuk bergegas ke port dickson pula. macammana gua boleh lupe aktiviti bersama keluarga gua yang telah gua sendiri rancang pun, entah gua tidak tahu. makan, mandi, borak borak, bersilat, kutuk uncle jual eskrem, kacau makcik tengah mengurut dan macam macam lagi.
  5. malam 27/1 itu, gua pergi melawat paksu yang kebetulan berbulan madu dekat tiara beach resort. kitorang pon dengan nakalnya, menyerbu bilik hotel diorang yang dah penuh macam sardin tu. lagi sardin kuasa lapanlah jadi die!
  6. selesai menjadi nakal, gua dari port dickson terus shoot ke Banting, Selangor. lepak lepak saja rumah along gua. lama jugaktak lepak sana. makan as-salam, beli bunga, sakat anak buah, kacau anak burung.
  7. malam 28/1 baru gerak ke rumah pilah. penat die takyah cakaplah. peh peh peh....
  8. petang 29/1 lepak rumah alang dekat seremban. saja saja. mak aku tak sabar sabar nak jumpa si aqil. rindu katanya. makan cekur, kari ayam, roti jala, tutit fruti, lepak mamak azhar maju. malam tu balik.
fuhhhhhhhh~~ berpeluh jugak dahi aku nak mengingat balik apa aktivitas yang berlaku sepanjang minggu lepas... dah dah, engko orang nak baca, baca lah. aku nak tido. penat otak aku. kesian die.

p/s: terubat kerinduan aku ke mereka mereka yang aku sayang

Oh! Tidak~~

0 pesanan kepada aku:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...