Assalamualaikum dan salamat malem.
This story was copied from my friend's blog, and i do not
own this post. But, this is my post, in my blog right? So, does it supposed to
be mine? Or? Ok, maybe not. Stop melalut. Layannn...
Aisyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin
terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan kit kat, mustahil sudah ada
siri baru iklan Kit kat? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas
wajah suaminya, Naudir Mohd, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah
siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Asiah, Syuhada' dan
wafa'.
Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa anak2nya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Hasan dan Husin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Naudir Mohd hanya
diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur oleh
keluarganya hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aisyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Julia, gadis genit
yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar
membuatkan dia lemah.
Kau mampu Naudir, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk
beri makan 2 keluarga; sokongan Zulkarnain, teman sepejabat menguatkan lagi
hujah apabila dia berdepan dengan Aisyah.
Abang Naudir, Jue tak kisah. Jue sanggup bermadu jika itu
yang ditakdirkan. Bimbinglah Jue, Jue perlukan seseorang yang mampu memimpin
Jue,Naudir masih terngiang-ngiang bicara lunak Jue.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak
seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Jue gadis kelahiran Bumi di bawah bayu benar-benar menjerat
hatinya.
Abang , Aisyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aisyah
nak berjumpa dengan wanita tu..Naudir lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya.
Dia tahu, Aisyah bukan seorang yang panas baran. Aisyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh
lebih muda.
Abang Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aisyah selama
1 hari saja, boleh?Naudir pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa
sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan
melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah
jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah
dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak
sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya menerima senyuman manis daripada Aisyah.
Apa, nak suruh Jue jumpa dengan isteri abang Naudir?
terjegil bulat mata Jue yang berwarna hijau.
Kak Aisyah yang minta..Naudir masih lembut dia memujuk Jue.
Ãbg Naudir Biar betul, apa dia nak buat dengan Jue?
Abg Naudir,takutlah jue, silap haribulan dia bunuh
Jue!terkejut Naudir Mohd.
Percayalah Jue, Aisyah bukan macam tu orangnya. abang dah
lama hidup dengannya. abang faham Jue tu macam mane sikapnye..
Julia mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya
berjumpa dengannya? Dia sering dimomokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Jue lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku.
Desis hati kecil Julia.
Hari ini genap seminggu Julia bercuti seminggu. Seminggu
jugalah Naudir merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Julia, namun tidak
berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Julia
pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Julia untuk ditemuduga oleh
Aisyah. Sedangkan dia diminta oleh Aisyah bermunajat di Masjid Wilayah. Di
masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan
dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Wilayah.
Dulu, sebelum dia mengenali Julia, saban malam dia akan
bersama dengan Aisyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.
Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca al-mathurat dan membaca
AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Julia
melalaikannya. Haruman Julia memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar
sunyi. Sunyi dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid
Wilayah, dia cuba mencari dirinya, Naudir Mohd yang dulu. Naudir Mohd anak Imam
Kampung Kelang. Naudir Mohd yang asyik dengan berzikir. Menitis air
matanya.kemudian, setelah jam menunjukkan pukul 11.30 malam, dia pulang ke
rumahnya kembali..
Walaupun telah seminggu berlalu,hatinya masih
tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aisyah menunaikan
tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aisyah. Mulutnya
seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aisyah.
tut,tut,tut… sms menjengah masuk ke kantung inbox telefon
bimbitnya.
"Abg Naudir, Jue minta maaf. Jue bukan pilihan terbaik
untuk abang jadikan isteri. Jue tidak sehebat kak Aisyah. Jue perlu jadikan
diri Jue sehebatnya untuk bersama abang..:-( "
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Naudir Mohd,
Suami yang tersayang…
Naudir Mohd diburu kehairanan. Sampul berwarna putih yang
hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya
sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aisyah jalankan pada Jue.
Terima kasih kerana abang membawakan Aisyah seorang calon madu yang begitu
cantik. Di sini Aisyah kemukakan penilaian Aisyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan
Aisyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aisyah sayangkan abang. Aisyah tak sanggup abang diheret
ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, mungkin
masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak
menggalas dosa org lain. Aisyah sayangkan abang…
2. Aisyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak,
apatah lagi western food. Tapi, Aisyah sayangkan abang. Aisyah tahu selera
abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aisyah kalau-kalau
selera abang sudah berubah. Tapi, Aisyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western
food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan
nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aisyah sayangkan abang…
3. Aisyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut
dibuatnya. Aisyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat abang yang lahir, jadinya Aisyah harapkan dia mampu untuk mengajar
anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau
dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aisyah sayangkan abang…
abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aisyah. Kalau diungkap satu
persatu, Aisyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1
hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan
abang mengenalinya lebih dari Aisyah mengenalinya.
abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah
siap Aisyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sabah . Jika
munajat abang di Masjid Wilayah tempoh hari mengiayakan tindakan abang ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Julia. Oh ya, lupa nak cakap,
Julia telah berada di Sabah. Menunggu abang… Aisyah sayangkan abang… Tetapi
jika abang merasakan Julia masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aisyah… Aisyah amat sayangkan
abang. Tetapi, jika abang merasakan Aisyah adalah isteri yang hebat untuk
abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aisyah bawakan sarapan kegemaran
abang, mee goreng.. air tangan Aisyah.
Salam sayang dari isterimu,
Siti Aisyah binti Abdullah
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri
Siti Aisyah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Siti Aisyah, isterinya!!! !!
p/s: lihat guna hati.
Oh! Tidak~~
0 pesanan kepada aku:
Post a Comment