Ali berfikir...

Sunday, August 7, 2011

"kau kena berubah ni Ali..kau tak boleh terus macam ini saja..lama kelamaan orang akan tahu jugak rahsie kau..",bisik hati Ali.

suasana yang tidak terlampau terang itu, cuma ditemani lampu dapur rumah, ditambah dengan angin kipas syiling, membuatkan dirinya bermuhasabah sebentar.
baru sahaja beliau menyahurkan diri bersama ibu tersayang beliau. Harini bangun lambat sikit. Menggelabahlah satu rumah, sempat sahur kurma 3 biji dan segelas air suam. Alhamdulillah...
rezki ALLAH kan?

"atau, sume yang berlaku ni ade hikmahnya? ermmm...",berfikir Ali sejenak.

"eh? takkan lah. Takkanlah DIA jadikan aku macam ini, semata-mata untuk elakkan aku dari buat perkara-perkara yang berdosa besar tu?", fikirnya lagi.

Ali bingung memikirkan mengapa dirinya diuji dengan begitu hebat sekali. Dia buntu ditengah highway. Eh? silap-silap. Ditengah jalan, haaaa....
Cube korang fikir ok, die diuji dengan perkara A semata-mata untuk elakkan perkara B ini terjadi. TAPI perkara A ini lagi teruk dan keji dosanya jika korang bandingkan dengan perkara B ni.
Eh?Yeke?
Entahlah, itu pendapat Ali. Aku cume menulis sahaja.

"TAPI, sepanjang aku diuji dengan perkara A ni, ade gak aku buat dosa. Betul ke hikmah disebaliknya ni?", lagi sekali die membebel sensorang.

"TAPI, takdelah banyak kali sangat kau buat kan? Bagi aku, DIA risau, jika kau diuji dengan perkara B, lagi banyak dose kau buat dari perkara A. DIA kan Maha Mengetahui segalanya. SEBAB die, perkara A ni, bende yang paling memalukan. OK... memang dua-dua perkara ni memalukan, TAPI perkara A ini lebih memalukan", tetiba satu suara asing muncul.

Eh? Sejak bile lak ade watak sampingan ni? KAU sape weh? Ermmm..
Bole jela terima pendapat kau ni. Ape yang kau cakap pasal Ali tu memang betul. Camner kau tau ek? Takpelah, terus...

Ali terus memikirkan segala kemungkinan mengapa die diuji dengan perkara A yang bagi dirinya, amat-amat memalukan. Lebih-lebih lagi, dengan ahli keluarga beliau.
Sampai suatu ketika, azan Subuh pun berkumandang.
Ali berlalu pergi dari sofa kayu 'jati' itu. JATI? pfftt...

"HOI! Berani kau menganjing aku!", marah Ali kepadaku.

Eh? Aku pulak kene marah. Aku yang reka citer kau, suka hati lah!

Ali berlalu pergi dengan muka yang tak puas hati ala-ala orang utan tak dapat pisang. Berlalu untuk menunaikan tuntutan Subuhnya. Mana tahu, dapat jawapan disebalik kebuntuannya itu.

*p/s: ape jadi kat Ali ek?

Oh! Tidak~~

4 pesanan kepada aku:

TUKANG TULIS said...

ni cerpen ekk??

Lelaki Ini said...

SuperHuman,
cerlut..cerita melalut...

Rean said...

semoga ali dapat petunjukNya..

Lelaki Ini said...

iMBobo,
ermmm...kan? sian Ali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...