AKU, KAU DAN TOPENG.

Sunday, January 9, 2011

hey kau! tak payah nak bertopeng sangat lah! tak rase susah ke? hidup yang penoh dengan drama ini, kau tambah lagi satu watak dalam hidup kau. maksudnya kau ade dua wataklah! itu pun tak paham. memang lah kau rasa boleh bawa watak-watak itu. tapi persoalannya sampai bila? hah?! lambat laun kau akan rasa rimas juga. satu hari nanti, topeng tu akan kau musnahkan sendiri tanpa kau sedari.

memang watak yang asal dalam diri kau itu tak berapa baik sangat dan orang lain akan benci, tapi itu sume lah yang perlu dihadapi. kau kena bersedia dari sekarang. "~jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama kau kantoi juga~" (eh? menyanyi pula..)

jangan difikir apa orang kata. sebab diorang tak faham dan tak akan cuba faham. manusia ni suma same. buat baik orang kata, buat jahat lagi lah! jadi, buatlah apa-apa yang kau suka janji tak lebih batasannya. aku paham, kau rasa susah nak luahkan, namun kau harus juga. jika tidak, diri kau yang akan mudarat kelak.

ayuh! keluarlah dari penipuan kau selama ini. cuba untuk atasi ketakutan itu. kerana itu adalah yang terbaik buat kau. jangan mudah putus asa dan segan kerana jika tidak, kau akan merana. peganglah watak asal kau. jangan cuba jadi diri orang lain, kerana aku tahu kau tak mampu sebenarnya. BUKALAH TOPENG ITU SEGERA!

2 pesanan kepada aku:

Asfan Ash said...

hmmm ni ade 1 phrase aku dpt dr member aku

accepting who you are is not the same as trying to be what you want to.

Lelaki Ini said...

ARC,
thx weh!=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...